Wednesday, November 7, 2007



Syaikh Ibnu Athaillah Assakandari mengatakan: "Bukanlah sahabatmu, kecuali orang rela bersahabat denganmu sedangkan dia telah mengetahui celamu. Dan tidaklah yang demikian itu (engkau dapati di kalangan manusia) kecuali Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Sebaik-baik teman yang engkau pergauli adalah orang yang memperhatikan kepentinganmu, bukan kerana sesuatu kepentingan yang diharapkannya daripadamu untuk dirinya."

Salahkah mereka lahir ke dunia?


Assalamualaikum w.b.t...
Salam sejahtera saya ucapkan,limpahan syukur atas nikmat dan kurniaan yang Allah s.w.t berikan.Selawat dan salam kutitipkan atas baginda Muhammad s.a.w.


Kebelakangan ini,sering terpampang di dada-dada akhbar mengenai berita-berita yang tidak menyenangkan.Tsunami sosial yang melanda di negara kita khususnya,amat teruk.Kebejatan akhlak berlaku di mana-mana.Perilaku manusia yang ganas macam haiwan semakin berleluasa.

Hari ini saya fokus kepada isu pembuangan anak.Sejenak saya bermenung lantas terfikir.Setelah apa yang diperlihat melalui kaca televisyen dalam rancangan dokumentari yang mengisahkan kehidupan haiwan primer yang memepertahankan anak-anaknya dari menjadi ratahan pemangsa.

Suatu hari ketika menyusukan anak-anaknya sekilas pandang si ibu terlihat kelibat pemangsa lapar yang sedang mencari mangsanya.Seberapa pantas si ibu mengalihkan pandangan haiwan pemangsa itu daripada anak-anak kesayangannya.Lemah dan kalah itu pasti untuk berhadapan dengan pemangsa .Namun,semangatnya yang kuat demi keselamatan anak-anak mengatasi kelemahannya.Tiada istilah tapi dalam diari hidupnya untuk itu.Si ibu itupun tampil di hadapan musuh lalu bertarung semampu yang boleh. Setelah beberapa minit kemudian si ibu itu rebah,dan mengalami kecederaan yang agak teruk.Tidak lama kemudian pemangsa itupun pergi dan lupa tujuan asal agaknya.Setelah itu,anak-anak kesayangannya itupun mendekati si ibu dan menatap wajahnya yang letih kelesuan.Gelinang air mata ibunya nampak bercucuran membasahi pipi.Apakah yang difikirkan oleh ibunya?Adakah kerana kesakitan akibat kecederaan parah yang ditanggung untuk menyelamatkan anak-anak kesayangannya?Atau merasakan hari itu adalah hari terakhir baginya untuk melihat dunia?Ataupun memikirkan nasib anak-anak andai mati sesaat dua lagi?Begitulah pengorbanan ibu yang bergelar binatang terhadap anak-anaknya.

Bagaimana pula dengan kita?Terkenal dengan sifat kemanusiaannya.Manusia yang dikurniakan nikmat akal dan fikiran .Manusia yang dianugerahkan sifat kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi.Kelahiran yang sepatutnya disambut dengan laungan azan dan iqamah,pemilihan nama yang baik dan bermakna,majlis kesyukuran dan potong jambul ditukar dengan membuangnya di tepi-tepi longkang,belakang surau,tandas awam,di hadapan rumah kebajikan anak-anak yatim dan lain-lain tempat.Alahuakbar,zalim sungguh!Sedarlah pada mereka yang pernah menyertai aktiviti-aktiviti yang disenaraikan tadi.Anak itu adalah hadiah daripada Allah s.w.t.Mereka itu penyambung zuriat dan penolong kita di akhirat kelak jika benar perwatakannya di pentas dunia ini. Wahai si ibu yang kejam!Tidakkah anda takut dilaknat oleh Allah s.w.t kerana tidak mensyukuri atas nikmat pemberiannya.Fikir-fikirkan...

Tuesday, November 6, 2007

Mencari Sinar...


Bismillah...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Bismillah...
Ya Fattahuya Halim
Bismillah...
Ya Allah
Sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari ,mendaki dan berdiri
Ya Rabbi
Dengarlah doakau ya Rabbi
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Cobaan ujian kulalui
Ya Allah YaRahman Ya Rahim

Ila'

Ila' dapat diertikan pada bahasa sebagai berjanji untuk melakukan sesuatu perbuatan atau meniggalkannya.
Manakala dari segi istilah fuqaha' ialah berjanji untuk tidak mendatangi isteri secara mutlak,atau lebih daripada empat bulan.

Contohnya: Si suami berkata pada isterinya,''Demi Allah aku tidak akan mendatangi kamu lebih daripada empat bulan,atau seumur hidup aku."

# Ila' merupakan satu amalan jahiliah ketika mana si suami berniat untuk menyakiti si isteri.Apabila si suami marah kepada isterinya maka dia akan berjanji untuk tidak mendatangi isterinya dalam tempoh setahun ataupun dua tahun.Hal ini adakalanya akan membuatkan si isteri berasa terikat dengan suaminya.Kesan daripada Ila' si isteri tidak akan dapat menikmati nafkah batin daripada suaminya,dan tidak boleh berkahwin dwngan orang lain.Namun kedatangan Islam telah membela nasib nasib wanita ,tempoh Ila'tersebut telah dikurangkan dengan menghadkan bagi si suami untuk Ila' selama empat bulan sahaja,kemudian dituntut untuk kembali kepada isterinya ataupun talakkan sahaja.Begitulah,agungnya Allah S.W.T yang telah meletakkan agama Islam sebagai agama yang murni dan suci.Sempurna intipatinya sehingga merangkumi semua aspek hatta insan lemah yang bergelar wanita mendapat pembelaan.Itulah Islam...bersambung..




Tuesday, October 23, 2007


SALAM LEBARAN BUAT SEMUA..