Monday, November 10, 2008

KEADAAN TERHUTANG




Jika diteliti asal perkataan
dana yang kemudiannya juga menjadi dyn adalah perkataan yang sama yang menghasilkan perkataan din.Dalam kata lain ,asal perkataan dana boleh berubah menjadi dyn atau din. Maka ianya bermaksud "berada dalam keadaan berhutang" atau yang berkaitan dengan hutang.Misalnya daanahu, bermaksud dia memberi hutang.

PERSOALANNYA..
Apakah kaitan hutang dengan makna Islam.Dalam kata lain apa kaitannya perkataan din yang asal usulnya perkataan dyn dalam konteks Islam dan hubungan spiritual Islam?

Jawapan yang dapat diberikan adalah manusia berada dalam keadaan terhutang dengan ALLAH, Pencipta, Pentadbir dan pemilik alam ini.

Bagi insan yang merenung bersungguh-sungguh dirinya maka dia akan merasakan dirinya sedang berhutang dengan ALLAH s.w.t dalam segala segi.Semua pancaindera yangada padanya, nafas yang ditarik setiap saat, dan daging serta tumbuh-tumbuhan yang dimakan setiap hari bukan kepunyaan keluarganya, tetapi kepunyaan ALLAH.Ia sendiri sedar dan tahu bahawa keluarganya sendirio juga berhutang dengan ALLAH.Segalanya bergantung kepada pencipta dan pemberi nikmat.Jelaslah dirinya sangat berhutang dengan ALLAH.

Memandangkan diri kita tidak mampu untuk memnyelesaikan hutang-hutang tersebut, sewajarnya dia menyerahkan dirinya sebagai hamba yang mengikut segala perintah dan suruhan Tuhannya.Dia harus akur dirinya kepunyaan ALLAH dan dia sebagai seorang hamba yang mesti menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan.

Di sinilah wujudnya hubungan antara pengertian din dengan Islam. Yakni seorang manusia yang insaf bahawa dirinya dalam keadaan terhutang .

Inilah din, dan inilah juga Islam. ALLAH yang maha kaya sememangnya tidakpula berhajat kepada pembayaran hutang manusia, sebaliknya segala pembayaran hutang atau amalan manusia lakukan itu kelak dapat dikembalikan kepada manusia
itu sendiri malah digandakan lagi dengan nikmat yang tidak habis -habis di negeri yang lain pula iaitu akhirat.Inilah nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

by : محمد ذوالحلمان بن رسلان

Wednesday, November 5, 2008

ISTIDRAJ


ISTIDRAJ...??
Ape yang dimaksudkan dengan istidraj??

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi

nauzubibiLLAHhi min zalik..

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun.. laknatuLLAh alaih.. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud,. laknatuLLAh alaih.. yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Saturday, September 27, 2008

Lailatulqadar satu penantian

Alhamdulillah kerana kita dipilih lagi oleh Allah S.W.T untuk menjadi ahli Ramadhan kali ini, diperuntukkan umur yang lebih seterusnya memberi kita peluang dan ruang untuk mempertingkatkan lagi tingkatan ibadah kita. Zon akhir Ramadhan merupakan zon yang dinanti-nanti oleh Umat Islam. Saban tahun umat Islam di seluruh dunia menunggu akan kehadiran malam lailatulqadar. Malam yang mana lebih baik daripada seribu bulan.

Sahabat-sahabat sekalian,
Peristiwa ini adalah benar dan kesahihan dirakamkan oleh Allah S.W.T di dalam Surah Al-Qadr ayat 1-5 yang berbunyi: :
إنا أنزلناه فى ليلة القدر. وما أدرىك ما ليلة القدر. ليلة خير من ألف شهر. تنزل الملائكة والروح فيها بإذن ربهم من كل أمر. سلام هى حتى مطلع الفجر

Ertinya : Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatu Qadar. Dan apa yang kamu tahu mengenai lailatul qadar. Malam Lailatul Qadar itu adalah lebih baik daripada seribu bulan.


Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan akan kebesaran dan kemuliaan yang Allah S.W.T anugerahkan pada malam tersebut, ianya merupakan khususiat yang diberikan kepada Umat Nabi Muhammad S.A.W mengikut pendapat ijma'nya. Berbahagialah bagi mereka yang terpilih untuk bertemu dengan malam tersebut. Beruntunglah mereka yang beribadah dan menikmati akan kelazatan ibadah pada malam tersebut.

Sahabat sekalian,
Antara kelebihan yang ada pada malam tersebut adalah Allah S.W.T telah menurunkan Al-Quran. Seperti yang kita maklumi, Al-Quran merupakan kitab suci yang menjadi panduan dan perlembagaan dalam meniti kehidupan melalui semua aspek kehidupan. Isi-isinya cukup sesuai untuk digunakan dalam kehidupan,tidak hairanlah jika pembawakan Baginda Agung ini menghazafkan pembawakan nabi-nabi yang terdahulu.. Ini jelas menerusi sebuah kisah yang berlaku ketika mana Saidina Umar r.a membawa kitab Taurat dihadapan Baginda S.A.W , lalu muka baginda berubah menjadi kemerah-merahan seperti seseorang yang marah. Lantas bagindapun bersabda yang mafhumnya, tiada alasan untuk tidak menggunakan kitabku pada waktu ini.

Bukti yang menunjukkan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam tersebut berdasarkan istifadah daripada ayat yang lainnya pada surah Al-Baqarah ayat 185 :
شهر رمضان الذى أنزل فيه القران
Maksudnya : Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran.

Allah S.W.T juga berfirman di dalam surah Ad-Dukhan ayat 3 :
إنا أنزلناه فى ليلة مباركة
Maksudnya : Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam yang barakah.

Malam yang berkat di sini dimaksudkan adalah malam lailatul Qadar.

Sya'bi mengatakan bahawa maknanya adalah Allah S.W.T memulakan penurunan Al-Quran pada malam tersebut.
Ada pendapat juga yang mengatakan bahawa ianaya diturunkan sekaligus melalui malaikat Jibril pada malam tersebut daripada luh mahfuz ke langit dunia seterusnya ke Bait Izzah. Kemudian diturunkan secara berperingkat dalam tempoh 23 tahun.

Mujahid menyebutkan bahawa yang dimaksudkan lailatuqadar adalah lailatul hukmi iaitu malam penentuan. Ia dinamakan dengan nama tersebut kerana Allah S.W.T menentukan perkara yang berkaitan mati, rezeki dan seumpamanya daripada tahun yang mendatang lalu diserahkan kepada malaikat yang menguruskan perkara tersebut iaitu malaikat Israfil, Mikail, Izrail, dan Jibril a.s.

Azzuhri menyatakan bahawa ada yang berpendapat ia dinamakan sedemikian kerana pengabdian kepada Allah S.W.T dan ketaatan kepadanya pada malam tersebut satu ketentuan yang besar dan menjanjikan pahala yang belipat ganda.
Pendapat yang lainnya mendakwa bahawa kerana Allah S.W.T mengurniakan limpa pada malam tersebut kebaikan, melimpahkan rahmat dan maghfirah.

Persoalan:
Mengapa malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan? Dan apa hikmahnya?
Tafsir Qurtubi menyatakan bahawa kebaikan dilimpahkan pada malam tersebut sahingga tidak ada yang seumpamanya hatta dalam tempoh seribu bulan.
Kebanyak mufassir pula menyebutkan amal ibadah pada malam tersebut lebih baik berbanding amal ibadah seribu bulan yang tiada padanya lailatul qadar.
Pendapat yang lemah mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan seribu tahun adalah selama-lamanya. Ini adalah sandaran daripada istilah orang Arab kerana seribu itu menunjukkan akan sampai kepada sesuatu matlamat

Allah S.W.T berfirman :
يود أحدهم لو يعمر ألف سنة



Ada juga yang berpendapat bahawa sesorang itu tidak akan digelar sebagai ahli ibadah melainkan dia telah beribadah sehingga seribu bulan ( 83 tahun 4 bulan).
Abu Bakar Al Waraq pula mengatakan bahawa pemilikan kerajaan di bawah kuasa Nabi Allah Sulaiman a.s adalah selama 500 bulan. Sultan Zulqarnain juga mentadbir kerajaannya selama 500 bulan. Kta telah maklumi akan hebatnya pemerintahan di bawah pentadbiran mereka berdua. Jika dicampurkan tempoh pemerintahan tersebut kita akan dapati bahawa jumlah pemerintahannya adalah selama seribu bulan. Allah S.W.T meletakkan kedudukan mereka yang beribadah pada malam tersebut adalah lebih baik daripada gandingan kerajaan tersebut.
Ibnu Mas'ud menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W pernah menyebutkan berkenaan seorang Bani Israel yang senantiasa memakai pakaian perang untuk berperang pada jalan Allah S.W.T selama seribubulan.( Nama lelaki tersebut ialah Syamsun). Semua orang Islam merasa ta'jub akan perihal tersebut. Lantas turunlah ayat menyatakan bahawa malam lailatul qadr lebih baik daripada orang memakai pakaian perang selama seribu bulan untuk berjuang pada jalan Allah S.W.T. Masya Allah...

Kaab Al-Ahbar menceritakan bahawa ada seorang raja dikalangan Bani Israel telah melakukan satu istiadat. Maka Allah S.W.T telah mewahyukan kepada nabi pada zaman tersebut: Katakanlah bagi si polan dengan mengharap. Maka diapun berkata, Ya Tuhan, aku berharap agar aku berjuang dengan segala hartaku,anak-anakku dan diriku. Maka Allah S.W.T telah menanugerahkan kepadanya seribu orang anak. Dia telah mempersiapkan seorang anak dengan hartanya untuk berjuang pada jalan Allah S.W.T pada setiap bulan. Akan tetapi mereka semua shahid dalam setiap peperangan. Genap seribu bulan maka habislah semua anak-anaknya mati pada jalan Allah S.W.T dalam keadaan raja tersebut sentiasa berpuasa pada siang hari dan berqiamullail pada malam hari. Maka semua manusiapun berkata. tidak seorangpun yang tahu akan kedudukan raja ini di sisi Allah S.W.T. Maka Allah S.W.T menurunkan ayat
ليلة القدر خير من ألف شه
Ayat di atas menunjukkan malam lailatu qadar itu adalah lebih baik daripada seribu bulan pengorbanan raja tersebut.

Selain daripada itu, pada malam tersebut juga malaikat diturunkan daripada langit dan sidratul muntaha ke muka bumi untuk mengaminkan doa-doa manusia sehinggalah terbit fajar kerana Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:
Diturunkan malakat dan ruh pada malam tersebutdenga izin Allah S.W.T dengan segala perkara yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T

Qusyairi menghikayatkan bahawa ruh itu adalah sejenis malaikat. akan tetapi malaikat lain tidak dapat melihat mereka seperti mana kita tidak dapat melihat malaikat.

Maqatil pula berkata bahawa mereka adalah dikalangan malaikat yang palin mulia dan paling hampir dengan Allah S.W.T.

Ada juga yang berpendapat bahawa mereka adalah sejenis kejadia Allah S.W.T, mereka makan, mempunyai tangan dan kaki dan bukanlah malaikat.

Pendapat yang lainnya mengatakan bahawa ruh itu adalah rahmat yang dibawa oleh malaikat Jibril a.s...

* Saya memohon maaf kerana tidak sempat untuk menyiapkan artikel ini. Apapun terimalah sajian yang tidak seberapa ini sebagai pembangkit semangat untuk mencari Lailatulqadar.






Friday, September 19, 2008

KINI DI PASARAN!!!


BUKU TERBARU KARANGAN UST MOHD KAMAL BIN MOHD SAID
(PENGETUA MADRASAH ARABIAH KLUANG)
SESIAPA YANG BERMINAT BOLEHLAH MENDAPATKANNYA MELALUI

TEL : 0197681405

EMAIL : kamalsaid66@gmail.com

Friday, September 12, 2008

SEKALUNG TAHNIAH

Saban tahun menyaksikan perubahan struktur organisasi dalam kepimpinan. Tampuknya bersilih ganti, namun kerana misi dan visi yang sama menjadikan saya tidak merasa mahupun terasa untuk mencari ganti mana-mana badan mahupun persatuan yang lain demi menjaga kesatuan kita semua dan menyahut saranan Illahi supaya kita hidup dalam berjamaah serta tidak berpecah belah.
SAF KEPIMPINAN
BADAN KEBAJIKAN PELAJAR-PELAJAR JOHOR DI MESIR SESI 2008/2009

AHLI LEMBAGA PENASIHAT

Ust Mohd Hairi Bin Hamzah
Ust Mohd Yazid Bin Pardi
Ust Syafiq Bin Zulakifli
Ust Herlina Binti Syarial

YANG DIPERTUA ( LAJNAH PERANCANG )
Firdauz Bn Noh

TIM. YANG DIPERTUA (LAJNAH DAKWAH & TARBIAH)
Basir Bin Mohamed

SETIAUSAHA AGUNG
Nuruddin Zanki Bin Hamzah

TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG ( LAJNAH KEBUDAYAAN, KESENIAN & SUKAN )
Mohd Khairul Anwar Bin Tajudin

BENDAHARI ( LAJNAH EKONOMI )
Nur Asraf Bin Hasim

UNIT PENGETAHUAN DAN BIMBINGAN
Zulfekri Bin Abdullah

UNIT PENERANGAN & PENERBITAN
Muhammad Syafiq Safwan Bin Harith

UNIT KEBAJIKAN & TABUNG DERMA
Mohd Nabhan Bin Md Noor

UNIT SAMBUTAN & REHLAH
Mohd Nur Bin Ahmad

UNIT PERUMAHAN
Mohd Farhan Bin Tamin

SAF KEPIMPINAN HEWI

KETUA HEWI
Nor Amelia Binti Mustafah

TIMBALAN KETUA HEWI ( UNIT DAKWAH & TARBIAH )
Khairunnisaa Binti Zulkarnain

SETIAUSAHA
Masyitah Binti Razali

BENDAHARI ( UNIT EKONOMI )
Umi Kalsum Binti Mohamed Uyob

UNIT PENGETAHUAN & BIMBINGAN
Hanisah Binti Muslim

UNIT PENERANGAN & PENERBITAN
Siti Umairah Binti Samsudin

UNIT KEBAJIKAN & TABUNG DERMA
Nur Aliaa Binti Ahmad

UNIT SAMBUTAN & REHLAH
Mariana Binti Din

UNIT PERUMAHAN
Shahidah Binti Mohamad

Versi Ramadhan :2

ULAMA' DAN ALQURAN PADA BULAN RAMADHAN

Sejarah melakarkan bahawa para ulama' begitu memanfaatkan akan bulan Ramadhan. Masing-masing berusaha untuk meningkatkan amal ibadah kepada ALlah S.W.T. Satu amalan yang lazimnya dilakukan oleh para ulama' qudama' pada bulan Ramadhan adalah membaca Al-Quran.

1) Sebahagian salafusoleh akan mengkhatamkannya dalam tempoh sepuluh hari sekali ketika berqiamullail,sebahagiannya yang mampu mengkhatamkannya dalam tempoh seminggu ataupun tiga hari sekali.
2) Qatadah sentiasa mengkhatamkan Al-Quran dalam seminggu sekali. Tetapi pada bulan Ramadhan beliau akan mengkhatamkannya dalam tempoh tiga hari sekali dan pada sepuluh hari terakhir Ramadhan pada setiap hari.
3)Imam Syafie akan mengkhatamkannya sebanyak enam puluh kali tidak termasuk apa yang dibacanya ketika solat.
4) Azzuhri akan menyibukkan dirinya pada bulan Ramadhan dengan bacaan Al-Quran dan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.
5) Imam Malik akan meninggalkan majlis-majlis ilmu dan menyibukkan dirinya dengan bacaan al-quran.
6) Sufian At-Thauri akan meninggalkan segala amal ibadah sunat dan akan memberikan tumpuan kepada bacaan Al-Quran.
7) Saidatina Aishah akan membaca Al-Quran, apabila matahari telah terbit maka dia akan tidur.

Sebahagian ahli ilmu menyebutkan bahawa huruf di dakam Al-Quran adalah sabanyak 340740.Seperti yang kita maklumi, setiap satu huruf yang kita bacakan akan diganjari oleh ALlah S.W.T dengan sepuluh kebaikan. Bagaimana pula ganjarannya jika kita berjaya mengkhatamkannya dalam bulan Ramadhan. Wallahu yudhoifu liman yasy..Fawallahu A'lam...

Muhasabah bersama:

Sahabat sekalian mari kita koreksi diri kita, jika kita tidak merebut peluang Ramadhan kali ini untuk mengkhatamkan Al-Quran. Maka bila lagi? Belum tentu Ramadhan yang lainnya untuk kita?

Wednesday, September 10, 2008

Versi Ramadhan: 1

Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai seribu satu kelebihan. Ianya merupakan nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada hamba-hambanya, membuka peluang dan ruang untuk kita meningkatkan amal ibadah dan kualiti iman agar jalinan hubungan kita dengan Allah S.W.T semakin intim sehingga jiwa bertuhan itu dapat kita dirasakan.

Asal-usul nama Ramadhan:

Kitab Nihayah Ibnu Athir menyebutkan bahawa orang terdahulu menamakan sesuatu bulan itu mengikut keadaan dan suasana pada bulan tersebut. Kebetulan hari-hari pada bulan tersebut adalah sangat panas berbanding pada bulan-bulan yang lain, maka orang terdahulu menamakan bulan tersebut dengan nama bulan Ramadhan.

Berazam untuk menjadi hamba yang muttaqin :

Di sebalik bulan yang sangat panas ini tersirat seribu satu fadhilat dan kelebihan yang Allah S.W.T sajikan kepada kita.
Antaranya ialah :

1) Ramadhan adalah bulan yang amat baik untuk kita memohon taubat kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar taubat.Allah S.W.T telah berfirman :
يأيهاالذين ءامنوا توبوا ألى الله توبة النصوحى عسى ربكم أن يكفر عنكم سيئاتتم و يدخلكم جنت تجرى من تحتها الأهر خلدين فيها

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar taubat, moga-moga tuhan kamu menhapuskan segala perbuatan dosa-dosa kamu dan menempatkan kamu di dalam syurgaNya yang mengalir di dalamnya sungai-sungai kekal menjadi penghuninya.

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang yang bertaubat kepada Allah S.W.T dengan taubat nasuha.

Imam Nawawi menyebutkan bahawa wajib ke atas setiap individu muslim itu memohon keampunan kepada Allah S.W.T daripada segala kesalahan. Jika dosa dan kesalahan itu melibatkan hubungan antaranya dengan Allah S.W.T, maka seseorang itu mestilah melakukan tiga perkara ini.
1- Meninggalkan segala kesalahan dan kemaksiatan yang telah dilakukan.
2- Menyesal dengan segala perbuatan dosa yang telah dilakukan tersebut.
3- Berazam untuk tidak mengulanginya lagi.

Jika kesalahan itu melibatkan hubungan antara kita sesama hamba, maka satu lagi prasyarat ditambah untuk melengkapkan taubat nasuha kita kepadaNya iaitu dengan kita menunaikan hak-hak mereka. Jika kita mencuri maka hendaklah memulangkan barang yang dicuri tersebut ataupun meminta halal daripadanya, jika kita mengumpat seseorang maka kita perlu memohon maaf kepadanya, begitu juga dengan yang lainnya samada ia dilakukan secara sengaja ataupun tidak.

Menurut kitab Riadhus Salihin pula, jika kita bertaubat daripada melakukan sesuatu perbuatan dosa dan tidak yang pada dosa yang lainnya maka taubat tersebut tetap sah. Akan tetapi, dosa-dosa yang lain itu masih kekal menjadi dosa kita sehinggalah kita memohon untuk bertaubat daripada melakukan dosa-dosa tersebut.

Kitab Madarij Salikin karangan Ibnu Qayyim meletakkan tiga tanda yang menunjukkan bahawa taubat kita diterima oleh Allah S.W.T:

1- Seseorang yang bertaubat itu perlakuannya lebih baik daripada yang sebelumnya.
2- Takut untuk mengulangi kesilapan yang sama dan tidak tenang dengan kemurkaan yang akan Allah S.W.T lemparkan jika dia mengulangi kesalahan tersebut.
3- Banyak beristighfar dan berdoa kepada Allah S.W.T sehingga ke akhir hayat.

Monday, September 8, 2008

Tolong kami bantu kami:...Anak-anak didikan agama Johor

Pas Johor Bahru memandang serius akan perlaksanaan program sekolah agama di
negeri Johor yang mana pembelajaran 2 @ 3 hari dalam seminggu akan dilaksanakan
secara berperingkat pada tahun hadapan yang rata-ratanya rakyat berfikir tidak
wajar @ tidak patut dilaksanakan.
Adakah kerajaan Johor mengira dengan memendekkan hari @ waktu pembelajaran
sekolah agama dapat menyelesaikan masalah sosial @ agama yang semakin meruncing.

Setelah sekolah-sekolah agama rakyat dinafikan hak untuk beroperasi secara
alternatif kepada ibubapa dan pelajar, kini Umno Johor mengorak langkah @
menambahkan lagi koleksi kebatilan yang mereka fikir mereka betul sedangkan
merekalah yang menjadi pengkhianat kepada perkembangan agama @ kefahaman Islam
kepada anak-anak orang Islam di negeri Johor.

Pas negeri Johor di bawah Unit Penyelidikan PAS Johor di sini membongkar segala
kebejatan @ agenda jahat pemerintah Umno yang berselindung disebalik MAIJ @
Kementerian Pelajaran Malaysia yang tidak teragak-agak sanggup menggadaikan
anak bangsa @ orang Islam khususnya dalam merangka program-program untuk
menjauhkan lagi umat Islam dengan agama Islam yang sebenar.


UNIT PENYELIDIKAN PAS JOHOR

ISU SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR

Pada tahun 2008, kerajaan Johor akan melaksanakan program pembelajaran 2 dan
3 hari.
Pelajar Tahap 1 (Darjah 1, 2 & 3) akan belajar 2 hari seminggu manakala
pelajar Tahap 2 (Darjah 4,5 & 6) akan belajar 3 hari seminggu. 43 buah sekolah
telah dipilih bagi menjadi projek perintis pada tahun 2008 sebelum
perlaksanaannya diperluaskan kepada seluruh Sekolah Agama Kerajaan Johor pada
tahun 2009.

Waktu pembelajaran murid Tahap 1 dianjalkan daripada 1 jam 30 minit sehari
selama 5 hari seminggu (Jumlah= 1 jam 30 minit X 5 hari= 7 jam 30 minit
seminggu) kepada 4 jam 30 minit sehari untuk 2 hari seminggu (Jumlah = 4 jam 30
minit X 2 hari= 9 jam seminggu).

Waktu pembelajaran murid Tahap 2 dianjalkan daripada 3 jam sehari selama 5
hari seminggu ( Jumlah = 3 jam X 5 hari= 15 jam seminggu) kepada 4 jam 30 minit
untuk 3 hari seminggu ( Jumlah = 4 jam 30 minit X 3 hari = 13 jam 30 minit).

Perubahan sistem persekolahan ini dibuat bagi mengatasi :
1. Gejala ponteng sekolah agama dengan alas an penglibatan murid-murid dalam
aktiviti wajib di sekolah kebangsaan.
2. Masalah perubahan masa sekolah bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
dalam Bahasa Inggeris di semua sekolah kebangsaan.
3. Rungutan ibubapa mengenai waktu pembelajaran di sekolah agama yang singkat
sehingga banyak masa dihabiskan ditengah jalan untuk menghantar dan mengambil
anak-anak mereka pergi dan balik.
4. Jumlah pelajar yang terlalu ramai pada setiap hari persekolahan kerana
melibatkan keseluruhan pelajar dari Darjah 1 hingga ke Darjah 6
5. Bilangan bilik darjah yang tidak dapat menampung bilangan pelajar yang
ramai.

Menjelang 2010, Sekolah Agama Kerajaan Johor akan dimansuhkan sepenuhnya
selari dengan perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi
perlaksanaan persekolahan satu sesi .

ISU SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR), SEKOLAH AGAMA NEGERI (SAN) DAN SEKOLAH RENDAH
AGAMA BERSEPADU (SRAB)

Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju untuk meyerahakan 17 buah Sekolah
Menengah Agama Rakyat (SMAR), 2 buah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan 8
buah Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Bagi melayakkan sekolah-sekolah tersebut menjadi Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK).
Mengikut jadualnya MoU antara Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan KPM akan
ditandatangani pada Januari 2008. Walaubagaimanapun MAIJ lebih cenderung kepada
suatu bentuk "Perjajian" bukannya MoU kerana MAIJ bimbang sekolah-sekolah yang
diserahkan kepada KPM akan menerima nasib seperti Maahad Muar dimana apabila
diserahkan kepada KPM, kurikulum agama yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa
Arab akan dikurangkan atau dimansuhkan atas alasan bahawa kurikulum tersebut
tiada dalam Akta Pelajaran 550. Mata pelajaran yang akan diperkenalkan adalah
Arab Komunikasi. Jika ini berlaku maka pelajar-pelajar lulusan sekolah-sekolah
agama ini tidak boleh lagi melanjutkan pelajarannya ke Universiti-universiti di
Timur Tengah khususnya Al-Azhar. Akhirnya MAIJ akan hanya merupakan pemilik
tanah dan asset bangunan sekolah-sekolah tersebut sahaja sedangkan kakitangan
dan kurikulum adalah KPM.

Pada 27 Jun 2007, suatu draf "Perjanjian" telah disediakan dan telah
diajukan kepada Penasihat Undang-undang Negeri Johor pada 17 Julai 2007 untuk
disemak sebelum dikemukakan untuk pertimbangan KPM.

Sumber : UNIT PENYELIDIKAN PAS JOHOR
Sila layari :http://www.pasjohorbahru.com/

Saturday, August 30, 2008

Bina kekuatan pada bulan Ramdhan

Alhamdulillah, pada Jumaat yang lepas selepas solat Maghrib sekali lagi saya sempat mengikuti pengajian Tafsir mingguan yang disampaikan oleh Dr Abdullah Bin Syazili( Pensyarah Kuliah Usuluddin Tanta) di Masjid Uthaifah, Maidan Sa'ah.Pangajian Tafsir beliau ditawaqufkan sementara waktu pada bulan Ramadhan ini dan akan disambung semula selepas hari raya. Ust Husyaimi(senior saya)memandang ia sebagai satu kerugian kerana dia akan pulang ke tanah air tidak lama lagi. Samada sebelum atau selepas Hari Raya Aidil Fitri, masih belum ada kepastian. Berkemungkinan Ust Husyaimi tidak akan berpeluang untuk mengikuti pengajian Tafsir itu lagi selepas ini.Maka dengan itu Ust Husyaimi meminta kepada Dr Abdullah untuk mengadakan kelasnya selepas waktu Asar.Tetapi, Dr Abdullah telah menasihati kami semua agar pada bulan Ramadhan ini dipenuhi dengan amalan lima perkara. Perkara-perkara yang disebutkan oleh Dr Abdullah ialah:

1) Menundukkan pandangan.
2) Memelihara lisan daripada bercakap perkara yang sia-sia.
3) Tidak menimbulkan perbalahan ataupun pergaduhan.
4) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada siang hari.
5) Memeperbanyakkan qiamullail pada malam hari.

Sama-samalah kita meningkatkan amalan kita pada bulan yang mulia ini kerana Allah S.W.T bagi meraih gelaran yang disifatkan oleh Allah S.W.T di dalam firmannya iaitu :

لعلكم تتقون
Ertinya : Moga-moga kamu menjadi orang yang bertaqwa.

Pertandingan Seni Khat



Tahniah kepada adikku Dzulhilman Bin Roslan kerana telah berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan seni khat kaligrafi omkara peringkat Universiti Utara Malaysia anjuran DPP Sime Darby baru-baru ini.

Tuesday, July 15, 2008

Ayuh...

Alhamdulillah, baru sahaja selesai program sukan anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta yang dikelolakan oleh Unit Kesenian dan Kebudayaan (UKKS)dengan jolokan nama programnya iaitu SMKT(Sukan Mahabbah Keluarga Tanta). Syabas dan tahniah saya ucapakan kepada saudara Hafiz dan ajk-ajk unitnya di atas kejayaan menyelia dan mengendali program tersebut dengan jayanya. Ulasan yang ingin saya tekankan adalah objektif ataupun hadaf program tersebut yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjalin dan merapat ukhwah yang telah terbina selama ini dan ianya telahpun berhasil. Secara peribadi, saya dapat merasakan bahawa objektif yang diketengahkan oleh pihak persatuan benar-benar selari dan sejajar dengan apa yang dianjurkan oleh agama Islam itu sendiri. Jika tidak, sudah tentu program-program seperti ini tidak akan menjadi pilihan pihak persatuan sebagai salah satu pendekatan dan pembawakan. Hal ini kerana sudah jelas dan makruf bahawa segala bentuk program dan pendedahan yang menjadi pendekatan persatuan-persatuan yang berada di bumi Mesir yang bernaung di bawah lembayung pentadbiran pusat iaitu PMRAM senantiasa mendasari Al-Quran dan Sunnah.

Walaupun ada sesetengah pihak yang memperlekehkan usaha-usaha individu yang aktif berpersatuan dengan mengatakan bahawa tujuan sebenar kehadiran kita ke sini hanyalah satu iaitu untuk menuntut ilmu dan bukannya membuang masa dengan berpersatuan. Memang saya akui akan kebenarannya, akan tetapi kita perlu selami dan jiwai dahulu persatuan sebelum kita melontarkan apa jua persepsi dan bukannya terus mengecam. Kita perlu arif bahawa tujuan kita belajar adalah untuk mengamalkan dan menyebarkan segala apa yang telah kita pelajari. Konteks kita di Mesir, persatuanlah yang menjadi medan paling sesuai untuk kita mempraktikkan apa yang telah kita pelajari. Melalui persatuan kita dapat mengenali antara satu sama lain dan lebih mudah untuk menjalinkan kemesraan berbanding dengan terperuk di rumah sahaja. Contohnya, seperti yang saya katakan tadi iaitu program riadah. Saya sendiri gembira apabila melihat mereka yang komitmen dan hadir ke program ini. Lebih-lebih lagi mahasiswa lama yang sanggup turun padang dan mengambil bahagian, mereka juga cuba untuk mendekati mahasiswa-mahasiswa baru dan saya yakin bahawa mahasiswa-mahasiswa baru juga berlapang dada untuk mendekati mereka.

Selain itu, pihak persatuan juga mahu menjadikan setiap mahasiswa mampu dan berani untuk tampil apabila dipanggil untuk mengadakan ceramah, forum, motivasi dan sebagainya pada bila-bila masa. Semua ini merupakan kemahiran-kemahiran yang perlu dilatih dari semasa ke semasa agar hasilnya berkualiti. Ianya juga boleh diklasifikasikan sebagai lapangan ilmiah yang jelas memberikan input-input amat berguna kepada mahasiswa yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk digunakan apabila pulang ke tanah air kelak.

Dari sudut program perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha, jelas mendidik setiap mahasiswa bagaimana cara untuk hidup bermasyarakat, tolong-menolong dan bantu-membantu agar majlis-majlis seperti ini berjalan lancar hingga ke penghujungnya. Suasana yang meriah scara tidak langsung dapat merapatkan lagi ukhwah dikalangan mahasiswa dan menggembirakan hati mereka yang tidak dapat pulang ke kampung untuk meraikan hari raya disamping keluarga yang tercinta. Berdasarkan pengalaman yang lepas, apa yang saya nampak jelas terlukis pada setiap raut wajah manis sahabat-sahabat lakaran senyuman yang menyenagkan hati. Diselangi dengan senda gurauan hilai tawa, hal ini lebih menggamitkan lagi suasana perayaan tersebut.

Apabila ada dikalangan mahasiswa yang menimpa musibah, seperti keluarga di tanah air ditimpa kemalangan, berlaku kes kematian, mahasiswa sakit dan perlu menjalani pembedahan. Persatuan akan berperanan untuk memberikan apa sahaja sumbangan yang boleh disalurkan kepada mereka. Keprihatinan pihak persatuan untuk menghulurkan bantuan terbukti apabila kita melihat bermacam-macam jenis tabung dan dana dilancarkan untuk kebajikan untuk usaha ini.

Berkaitan dengan thaqafah pula, pihak persatuan tidak mengabaikan thaqafah bahkan menjadikannya sebagai priority dari yang lainnya. Buktinya pelbagai program ilmiah dianjurkan dan sekurang-kurangnya dalam seminggu mesti ada sahaja program yang berkaitan dengan thaqafah. Antara sajian program thaqafah yang diadakan adalah seperti talaqi kitab, daurah, pembentangan kertas kerja dan sebagainya. Semua ini adalah usaha pihak persatuan untuk merealisasikan tema yang diwar-warkan oleh persatuan induk iaitu PMRAM iaitu ‘Julang Thaqafah Bakti Dicurah.’

Implikasi utama yang ingin dicapai oleh pihak persatuan sebenarnya adalah untuk menyatukan fikrah semua mahasiswa agar masing-masing mempunyai daya pemikiran, misi dan visi yang sama apabila pulang ke tanah air nanti. Usaha ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memapankan lagi dari sudut persediaan menghadapi dan mengatasi apa jua onak dan duri dalam dunia dakwah yang akan dilalui apabila pulang ke tanah air. Jika masing-masing memainkan peranannya, maka usaha untuk mengadun dan mencorak masyarakat yang rabbani lebih mudah dan efektif.

Akhirnya, ayuhlah sahabat seperjuangan sekalian marilah kita bersatu,berganding bahu, melangkah setapak demi setapak ke arah yang sama agar kita dibariskan dalam satu barisan melalui persatuan untuk merealisasikan semua yang dikehendaki dan dituntut oleh Islam. Menjana satu fikrah merealisasi satu amal.Amin..Amin..Amin..

Tuesday, June 17, 2008

Fenomena kejadian siang dan malam

Bumi bergerak dalam dua keadaan:

1) Berputar pada paksinya.
- Menyaksikan bahawa bumi berputar pada paksinya dari arah timur ke barat. Bagi menghasilkan satu putaran yang sempurna, ia mengambil masa selama sehari.

2) Beredar dalam garisan orbitnya.
- Menyaksikan bumi beredar mengelilingi matahari dari arah timur ke barat pada garisan orbitnya.Bagi menghasilkan satu peredaran putaran yang sempurna ianya mengambil masa selama setahun.

Terdapat banyak pandangan dan persepsi mengenai pergerakan bumi.Ketika penrunan Al-Quran,sebahagian manusia tidak mampu untuk memahami dua keadaan ini. Tetapi sebahagian yang lain mendakwa bahawa bumi berputar pada paksinya. Antaranya ialah Abu Raihan Muhammad bin Ahmad dan Abu Said Ahmad Assajzi.

Manusia tidak akan dapat merasa pergerakan dan peredaran bumi sepertimana dapat merasa dan melihat akan pergerakan bulan dan matahari.Manusia merasakan seolah-olah berkedudukan tetap di atas permukaan bumi begitu juga dengan semua makhluk yang lain.

Kelajuan putaran bumi bersifat tidak tetap. Ianya berubah mengikut perubahan garis lintang..
Kawasan kutub : 0 Darjah
Kawasan garis lintang : 50 Darjah (Mencecah 316 km/s).
Kawasan khatulistiwa : Mencecah 465 km/s

Bumi berputar pada paksinya dengan satu putaran yang sempurna pada setiap 23 jam 25 saat dan 4 detik. Perkiraan ini mengikut putaran yang berlaku pada tempoh melihat bintang pada kedudukannya dan melihatnya pada kali kedua pada kondisinya. Tempoh ini dinamakan sebagai Sidereal Day ( اليوم النجمي)

Akan tetapi (اليوم الشمسي ) Solar Day lebih panjang tempohnya berbanding dengan Sidereal Day sebanyak 3 minit 4 saat menjadikan tempoh putaran sempurna iaitu 24 jam.

Putaran lengkap bumi dari timur ke barat menyebabkan berlakunya fenomena kejadian siang dan malam yang mana sebelah permukaan bumi menjadi terang dan sebelah lagi menjadi gelap. Sekiranya bumi tidak berputar pada paksinya secara berterusan, nescaya sebelah permukaan bumi akan sentiasa terang dan sebelahnya lagi sentiasa gelap. Keadaan ini memustahilkan untuk manusia hidup di atas muka bumi ini.

Rujukan : KItab Minal I'jazul Alami Fil Quranil Karim karangan Dr Hassan Abul Ainain

Monday, June 16, 2008

Solat dahulu ataupun teruskan pengajian?


Soalan :Azan telah berkumandang ketika kelas pengajian sedang dijalankan. Adakah kelas tersebut perlu dihentikan serta-merta untuk menunaikan solat fardhu ataupun teruskan pengajian?

Jawapan : Waktu solat adalah muassa' ( boleh dilakukan pada awal waktu atau akhir waktu) .Meskipun begitu menunaikannya pada awal waktu adalah lebih afdhal. Tetapi, ketika dalam keadaan seseorang itu mempunyai sebarang urusan penting yang perlu diselesaikan pada waktu itu juga dan tidak menyebabkan dia terlepas waktu untuk melakukan solat jika meneruskan urusannya, maka solat tersebut boleh dilaksanakan pada akhir waktu sebelum masuk waktu solat yang lain.

Adapan jika urusan tersebut menyebabkan solat tidak dapat dilakukan dalam tempoh waktunya( seperti kelas pengajian yang diadakan selama 3 jam pada waktu magharib menyebabkan pelajar tidak sempat untuk melakukan solat maghrib hatta pada akhir waktu), maka wajib ke atasnya meninggalkan pengajian kelas tersebut untuk menunaikan solat. Wajib juga ke atasnya dirinya untukmemperingatkan gurunya sekiranya beragama Islam. Keadaan ini termasuk dalam bab amar makruf dan nahi munkar, akan tetapi mestilah dengan cara yang sangatberhikmah dan bersopan-santun.

Pihak guru juga perlulah menitikberatkan masalah ini. Menjadi kewajipan kita semua untuk menunaikan solat pada waktunya.Tidak menjadi masalah jika pengajian kelas tersebut ditangguhkan sementara waktu untuk memberi laluan kepada solat.Cara ini dapat mengundang keberkatan dan curahan rahmat daripada Allah S.W.T terhadap apa yang dipelajari dan diajari.

Bagi tempoh waktu solat yang panjang pula seperti Solat Isya', tidak menjadi alasan bagi pelajar-pelajar untuk meninggalkan pengajian kelas kerana hendak melakukan solat pada awal waktu. Solat pada awal waktu hukumnya adalah sunat, begitu juga dengan menuntu ilmu. Dalam keadaan ini, menuntut ilmu perlulah diutamakan daripada melakukan solat pada awal waktu. Ini berdasarkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Qayyim dalam kitabnya Miftahud Darussa'adah halaman 25 bahawa kebanyakan imam mengatakan bahawa sebaik-baik amalan selepas amalan fardhu adalah menuntut ilmu.

Imam Syafi'e pernah mengatakan bahawa tidak ada perkara yang lebih afdhal selepas perkara fardhu melainkan menuntut ilmu.

Sufian Atthauri juga mengatakan perkara yang sama, dan dihikayatkan oleh Abu Hanifah.

Imam Ahmad pula, beliau telah meriwayatkan daripadanya dengan tiga riwayat dan salah satu daripadanya adalah ilmu.Maka sekiranya ditanya kepadanya,''Apakah perkara yang paling engkau sukai?Dduk pada waktu malam menyalin kitab ataupun melakukan solat-solat sunat?''
Maka dia berkata,'' Mempelajari ilmu agama itu adalah perkara yang paling aku sukai.''

Ibnu Qasim pula telah berkata. ''Aku mendengar Imam Malik berkata bahawa sekiranya ada kaum yang sibuk melakukan ibadah dan mengabaikan ilmu, maka keluarlah dengan pedang-pedang mereka, tetapi jika mereka bersibuk-sibuk untuk menuntut ilmu maka tegahlah mereka untuk melakukan sedemikian rupa.''

Ibnu Qayyim juga menyebut bahawa Abu Naim dan selainnya telah menaqalkan daripada sebahagian para sahabat Rasulullah S.A.W bahawa Baginda S.A.W telah bersabda:

فضل العلم خير من نفل العمل وخير دينكم الورع

Ertinya :Kelebihan ilmu itu lebih baik daripada amalan sunat dan sebaik-baik dalam agama kamu adalah sifat wara'.'' Hadith ini marfu' daripada Aisyah R.A.

Ilmu itu bermanfaat bagi diri sendiri dan orang lain, manakala ibadah hanya bermanfaat untuk diri sendiri sahaja. Ilmu juga manfaatnya berkekalan walaupun telah meninggal dunia, berbeza dengan amalan ibadah.
Perkara ini makruf berdasarkan sabda Baginda S.A.W:

إذا مات ابن ادم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
رواه مسلم


Ertinya : Apabila mati seseorang anak Adam itu maka teroutuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

Rujukan : Kitab Fatawa Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam ( Syeikh Atiah Saqar 2:370)


Sunday, June 15, 2008

Kiamat sudah dekat...

Hasil kreatif akal fikiran manusia dalam mempelbagaikan ilmu pinjaman dari tuhan yang empunya menjadikan kita pada hari ini dapat menikmati kemajuan dari sudut yang pelbagai. Hari ini sahaja, kita dapat melihat bangunan-bangunan tinggi tersergam indah mencakar langit, kenderaan-kenderaan bermutu tinggi menyusur megah di jalan raya, satu persatu roket dilepaskan menerobos angkasa raya, tidak kurang juga dengan kecanggihan alat telekomunikasi yang mampu menghubungkan manusia di seantero dunia dan bermacam-macam lagi.

Skop yang lainnya, memperlihatkan impak yang negatif berlaku secara tidak langsung. Kegelojohan manusia dalam mencari nama dan gah menjadikan mereka bersikap lebih mementingkan diri sendiri. Dalam kata lain, 'buat-buat tak kenal' . Sibuk dengan urusan dunia, susah untuk bertegur sapa, bahkan saling menindas antara satu sama lain. Pangkat dikejar, nama dicari. Silap-silap kawan jadi lawan, lawan tetap lawan.
Selain daripada itu, kemajuan dari sudut teknologi juga menjadi penyumbang saham terbesar ke arah perlakuan maksiat pada era ini. Pernyataan saya ini bukanlah bermaksud bahawa saya menolak akan pembangunan dan teknologi. Semuanya hanyalah contoh yang saya bawakan kepada kalian yang mana ia boleh dikaitkan dengan tanda-tanda kecil kedatangan hari kiamat. Rasanya tidak perlu untuk saya huraikan secara panjang lebar berkenaan dengan hal ini kerana kalian lebih mengerti akan apa yang berlaku di sekeliling kalian.

Sebenarnya, pada kali ini saya lebih berat untuk mendatangkan kepada kalian semua tentang tanda-tanda kecil kedatangan hari kiamat. Berani untuk saya katakan kepada kalian bahawa tanda-tanda tersebut banyak yang telah berlaku.Bukanlah niat saya untuk menakut-nakutkan kalian tetapi sebagai satu peringatan buat kita semua.

Tanda-tanda kiamat dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian :
1) Tanda-tanda kiamat kecil.
2) Tanda-tanda kiamat besar.

99% daripada tanda-tanda kiamat kecil telahpun berlaku pada hari ini. Tanda-tanda ini bermula dengan lahirnya utusan agung daripada Allah S.W.T sebagai nabi yang terakhir.

Realiti hari ini menunjukkan bahawa lebih dari seratus tanda-tanda kiamat kecil telahpun berlaku. Di sini saya akan menyebutkan beberapa daripadanya sahaja.

1) Nabi Muhammad S.A.W diutus sebagai nabi yang terakhir.
2) Kewafatan Baginda S.A.W
3) Keluar api di bumi Hijaz
4) Manusia berubah menjadi lebih teruk daripada zaman yang sebelumnya.
5) Pembukaan Baitul Maqdis.
6) Banyak penyakit dan ramai yang mati.
7) Fitnah masuk ke setiap rumah.
8) Banyak berlaku pertumpahan darah.
9) Melantik pemimpin dari kalangan yang bukan ahlinya.
10) Mengeluarkan perkataan-perkataan yang keji ketika bercakap.
11) Memutuskan silaturrahim.
12) Menuduh orang yang amanah sebagai penkhianat.
13) Mendakwa orang yang menghianat adalah amanah.
14) Bangsa-bangsa lain bermusuhan dengan Umat Islam.
15) Semua kata-kata pemimpin dianggap benar.
16) Melampau dalam berdoa.
17) Orang bukan Islam membantu Islam dalam membuat kerja-kerja amal seperti menderma kepada anak-anak yatim dan membina masjid.
18) Manusia dijangkiti penyakit-penyakit umat terdahulu.( Seperti penyakit hasad dengki)
19) Medustakan takdir. (Tidak menerima ketentuan Allah).
20) Melintasi masjid ataupun memasuki tandas masjid semata-mata dan bukannya untuk melakukan solat.
21) Memberi salam hanya kepada insan yang dikenali sahaja.
22) Mahar perkahwinan semakin mahal
23) Pemimpin yang bodoh. (Tidak berakhlak, tiada pegangan agama dan tidak pandai mentadbir)
24) Polis semakin ramai.
25) Memandang ringan soal nyawa.
26) Melantik kanak-kanak sebagai imam kerana kelunakan suaranya dan bukan kerana kefakihan agamanya.
27) Pen semakin banyak.(Penulis dan pengarang kitab bertambah ramai)
28) Suami dayus.
29) Anak derhaka kepada ibu.
30) Belajar bukan untuk agama tetapi semata-mata kerana habuan dunia.
31) Meminum arak.
32) Lelaki memakai sutera.
33) Banyak berlaku fitnah.( Contoh fitnah terbesar ialah perpecahan Umat Islam kepada 73 puak)
34) Merasakan hari semakin singkat berlalu.
35) Matinya para solihin.
36) Melampau dalam bersuci seperti membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali.
37) Amalan dalam Islam dianggap sesuatu perkara yang pelik.
38) Mewarnakan rambut dengan warna hitam.
39) Tentera Islam tidak bersatu.
40) Bangunan yang tinggi mencakar langit.
41) Kekhusyukan dalam solat diangkat.
42) Manusia jahil dalam agama.
43) Menghalalkan rasuah dengan menganggapnya sebagai satu diplomasi.
44) Menghalalkan arak dengan mempelbagaikan namanya seperti wishky, apyon,bancho dan sebagainya.
45) Menghalalkan alat muzik yang diharamkan.
46) Gejala zina semakin berleluasa.
47) Kerap berlaku gempa bumi.
48) Melakukan hubungan sejenis.
49) Tidak mengasihi dan menghormati antara satu sama lain.
50) Memakan riba'
51) Menjual agama dengan dunia.

52) Pasar semakin banyak.
53) Banyak anak zina dilahirkan.
54) Mengingkari sunnah nabi.
55) Banyak barang perhiasan.
56) Qari yang fasik.
57) Wanita suka berhias.
58) Pemimpin mencuri harta rakyat.
59) Kezaliman berlaku di mana-mana.
60) Kesan maksiat semakin banyak.

Untuk mendapatkan dalil-dalilnya dan tanda-tanda kiamat kecil yang lain, sila rujuk kitab Rehlatul Khulud karangan Dr Mustofa Murad cetakan tahun 2005.


Tuesday, June 10, 2008

Soalan : Apakah hukum solat sunat beramai-ramai tanpa berniat untuk menjadi ma'mum tetapi mengikut perbuatan imam?
Jawapan : Setiap yang berada di belakang imam hendaklah berniat untuk menjadi ma'mum, jika hanya sekadar untuk mengikut perbuatan imam supaya seragam selesai solat maka solat tersebut tidak sah. Berbeza pula dengan imam, dia tidak diwajibkan untuk berniat menjadi imam. Dalam situasi seperti ini, solatnya tetap sah tetapi tidak mendapat pahala berjemaah.

Sumber :
Rakaman pengajian Syeikh Nuruddin

Soalan : Apakah bahasa yang digunakan oleh malaikat Munkar dan Nakir ketika menyoal ahli kubur?

Jawapan : Setiap manusia yang telah meninggal dunia pastinya akan menjadi tetamu kepada malaikat Munkar dan Nakir di alam kubur yang menjadi 'transit' sebelum kita meneruskan perjalanan menuju ke alam baqa' . Walaupun mati semasa di dalam janin, lemas,terbakar ataupun dibaham oleh binatang buas tetap akan disoal oleh dua malaikat tersebut apabila tiba waktunya. Soalan tersebut akan diajukan samada orang itu beriman ataupun tidak.
Ulama' telah berfatwa antaranya Ibnu Hajar Al-Haitami berdasarkan hadis yang jelas, bawahawasanya kedua-dua malaikat tersebut akan menyoal si mati dengan menggunakan bahasa Arab. Allah S.W.T memberi keupayaan kepada si mati untuk menjawab dengan menggunakan bahasa tersebut. Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil dan lemah bagi Allah S.W.T, yang mana apabila Allah S.W.T menyebut 'KUN FAYAKUN '(Jadi maka jadilah ia).
Bahasa Arab juga merupakan bahasa ahli syurga.
Pendapat yang lain pula (qaul dhoif) ada mengatakan bahasa yang digunakan di syurga adalah Bahasa Siryaniah seperti apa yang telah dikatakan oleh Al-Alamah Albaqiani.

Sumber :
Fatawa Muasarah Dr Wahbah Zuhaili

Monday, June 9, 2008

Soalan :Adakah benar bahawa takbur ke atas orang yang takbur itu merupakan satu sedekah?

Jawapan : Boleh bagi seseorang itu takbur ke atas seseorang yang takbur dengan menggunakan anggota zahir tanpa disertai dengan perasaan takbur kerana berkemungkinan dia lebih mulia daripada kita di sisi Allah s.w.t. Dengan kita menzahirrkan rasa takbur kepadanya, cara ini mungkin mampu mengubah sikapnya agar bersikap merendah diri. Sikap ini hanya boleh dilakukan untuk merawat penyakit takbur tersebut. Inilah yang dinamakan membantu sesama saudara yang bersikap takbur supaya dia sedar atas apa yang telah dilakukan.

Rasululullah S.A.W pernah bersabda : Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya itu seperti mengasihi dirinya sendiri



Rujukan : Fatwa Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz
http://www.alhabibomar.com/ask/article.php?id=000140

Sunday, June 8, 2008

Hukum membaca Al-Quran untuk simati

Permasalahan ini berlaku khilaf di kalangan para ulama' kepada dua pendapat seperti apa yang telah dinyatakan dalam kitab بشرى الكئيب بلقاء الحبيب .

Pendapat pertama : Masyhur di kalangan mazhab Maliki dan Syafi'e mengatakan bahawa pahalanya tidak sampai kepada simati.

Pendapat kedua : Pendapat mazhab Hanbali, Jumhur Salaf,mazhab yang empat, dan mutaakhirin dikalangan mazhab Maliki dan Syafie mengatakan bahawa pahala bacaan Al-Quran untuk simati adalah sampai.

Asson'ani mengenengahkan dalil yang digunakan oleh pendapat yang kedua bersumberkan nas-nas daripada Al-Quran, Sunnah, Ijma', dan Qawa'id Syara'.

Dalil-dalilnya adalah seperti berikut:
1) Al-Quran :
والذين جاءو من بعدهم يقولون ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان
Dan orang-orang Islam yang datang kemudian dariapada mereka(berdoa dengan) berkata:''Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman.
Al-Hasyhr :10

Allah S.W.T menyebutkan bahawa orang yang terdahulu didoakan oleh orang yang beriman selepasnya. Maka ini menunjukkan bahawa istighfar dari orang yang hidup untuk simati adalah bermanfaat untuknya, begitu juga doa untuknya ketika melakukan solat jenazah.

2) Hadith :
Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam mendoakan simati ketika melakukan solat jenazah dengan sabdanya:
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
Dikuatkan lagi dengan hadith lain :
إذا مات ابن ادم انقطع عمله إلا من ثلاث صدقة أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو له
ٌرواه البخارى فى الأدب ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائى عن أبي هريرة
Apabila mati sesorang anak Adam maka terputuslah amalannya melinkan tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

3) Ijma' :
Mereka bersepakat mengatakan bahawa melangsaikan hutang untuk simati adalah harus, pahala puasa sunat dan sedekah juga sampai jika diniatkan untuk simati berdasarkan hadith bahawa pahala untuk simati sampai melalui beberapa jenis ibadat. Ianya terbahagi kepada 3 jenis :
1- Anggota badan = Pahala puasa.
2- Harta = Pahala sedekah.
3- Harta dan tubuh badan = Pahala haji.


Pendapat Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa bacaan Al-quran bermanfaat untuk simati sebagaimana manfaatnya pahala sedekah yang diniatkan untuk simati dan seumpamanya.

Imam Nawawi juga mengutarakan pendapat yang sama melalui kitab Majmuknya.

Secara ringkasnya, pendapat muktamad dari keempat- empat mazhab mengatakan bahawa pahala bacaan Al-Quran adalah sampai dan bermanfaat jika diniatkan untuk simati.

Rujukan :
# Kitab Fatawa Muasarah Dr Wahbah Zuhaili
# Terjemahan AL-Quran.

Saturday, June 7, 2008

Assalamualaikum w.b.t, selaut puji dan syukur atas nikmat iman dan Islam yang masih kekal ternobat di sanubari ini. Semoga ianya kekal sehinggalah bertemu dengan Illahi nanti. Selawat dan Salam atas junjungan utusan agung Baginda Muhammad S.A.W, keluarga, sahabat-sahabatnya, serta seluruh pejuang syariatnya hingga ke hari akhirat kelak.

Keheningan pagi ini, saya terpanggil untuk mencoret sesuatu sebagai satu tindakan pengaktifan semula setelah agak lama ruangan alam maya milik peribadi saya ini tidak terisi dengan sebarang entri yang baru. Bukannya apa, disebabkan kesibukan dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi zon peperiksaan, saya terpaksa menghentikan penulisan saya ini buat sementara waktu. Dikesempetan ini juga, saya ingin mengucapkan kepada semua teman-teman azhariyun semoga berjaya menempa kejayaan dalam peperiksaan demi agama Islam yang suci lagi murni.

Cuma sekadar peringatan buat saya dan sahabat-sahabat semua agar kita lihat kembali niat asal kita datang ke sini. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menggali dan mengutip jutaan permata ilmu yang terkambus di bumi kinanah ini untuk kita bawa ke tanah air kita nanti. Semoga usaha murni seperti ini mendapat pulangan yang bernilai di sisi Allah S.W.T. Ana teringat untuk membawakan sepotong ayat suci yang telah ditafsirkan oleh Dr Abdullah Syazili dalam pengajian tafsirnya . Allah S.W.T telah berfirman :


ان الذين يكتمون ما أنزلنا من البينت والهدى من بعد ما بيناه للناس في الكتاب أولئك يلعنهم الله ويلعنهم اللاعنون

ُErtinya : Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan daripada keterangan-keteragan dan petunjuk selepas apa yang kami terangkan mengenai kitab mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan orang yang dilaknat.

يكتمون ( menyembunyikan) asal perkataannya ialah كتم : Perkataan ini digunakan menunjukkan bahawa mereka telah mengetahui sesuatu perkara tetapi mereka menyembunyikan. Berbeza pula jika meggunakan perkatan yang menunjukkan bahawa mereka tidak mengetahuinya.

ما بيناه للناس ( apa yang kami terangkan) : Perkataan ini menunjukkan kehebatan dan keagungan Allah dalam mencipta bahasa. Menggunakan lafaz yang bermaksud (terangkan) menunjukkan bahawa apa yang disampaikan dalam Bahasa Arab adalah sebagai perantaraan semata-mata agar umat manusia boleh memahaminya. Jika Allah menggunakan kalamullah yang sebenar nescaya akal fikiran kita ttidak akan dapat membatasi untuk memahami apa yang disampaikan. Meskipun menggunakan Bahasa Arab, tetapi kita tetap dapat merasa kesenian dan keunikan uslub yang digunakan. Dari sudut balghahnya apatah lagi. Kalau nak tahu lebih lanjut kita perlulah belajar dari satu tahap ke satu tahap sehingga kalbu kita tersentuh ketika memahami dan menghayati ayat-ayat Allah.

Berbalik kepada ayat tadi, hal ini menunjukkan bahawa kita wajib untuk menjelaskan apa yang telah kita ketahui dan kita fahami mengenai kitab Allah dengan jelas dan tepat, bukannya menyembunyikannya hanya semata-mata kerana kepentingan diri. Berdasarkan kaedah Usul Feqh, setiap potongan ayat suci Al-quran yang disertai dengan laknat Allah S.W.T menunjukkan perkara itu wajib dilakukan. Laknat bermaksud
ابعاد من رحمة الله iaitu jauh dari rahmat Allah. Kecaman laknat daripada Allah S.W.T menunjukkan bahwa perkara ini amat dimurkai oleh Allah S.W.T jika dilakukan. Laknat daripada Allah akan menyebabkan kita akan jauh sekali daripada rahmatNya. Na'uzubillahiminzalik. Tiada apa yang lebih bernilai di dunia in melainkan rahmat daripadanya. Rahmat ini jugalah yang membezakan antara orang kafir dan orang Islam. Setakat ini sahaja saya rasa untuk kali ini. Semoga kita bersama dapat mengambil istifadah dan pengajaran. Tidak dapat untuk mengamalkan semua janganlah ditinggalkan semua. Sekian. Salam.


Rujukan :
*Pengajian Dr Abdullah Syazili
*Ahwal Syaksiah Tahun Dua Bab Li'an
*Usul Fiqh Tahun Dua Bab Amar

Monday, May 26, 2008

Ape nak jadi?

Lambakan wanita di pasaran dunia mengakibatkan kerugian teruk bagi setiap bilangan jemaah yang mengimarahkan masjid-masjid indah yang didirikan.

Kegiatan me
WANITAkan diri semakin menjadi-jadi dikalangan LELAKI GAGAH kononnya!!


Antara kegiatan yang telah di kenal pasti ialah:

1) Sembahyang nak solo!.( kalau solat sunat, alhamdulillah)
2) Banyak kali 'cuti' solat?(atok saya dah berumur 70 lebihpun tak mintak mc lagi untuk solat)
3) Malu menjadi Imam.(takkan nak tunggu Aminah Wadud Malaysia jadi imam baru nak volunteer)
4) Malu nak azan ketika waktu solat telah masuk.( kalau dijemput menanyi nombor satu)
5)Selalu mendahulukan hawa nafsu daripada akal dalam setiap perkara.(baik akal tu kasi pada bluehippo kalau tak hargai)
6) Nak jugak pakai gelang!(kalau beli untuk bonda takpelah jugak)
7) Kurang bijak mengatur keluar masuk wang.( beli barang yang mengarut-mengarut aje)
8) Krim pencuci muka berbotol botol.( mungkin nak pelihara nikmat wajah yang tuhan kasi tu)
9) Nak pakai losyen jugak!( kalau ader penyakit kulit yang perlu pakai losyen oklah lagi)
10) Malu simpan janggut, bulu kaki pun nak cukur jugak?( konon nak nampak hensemlah macam Tom Cruise)
11) Pakai baju,kasut,beg nak lawaaa... MAHAL plak tu!( apa salahnye sekali sekala pakai kasut bata ke, selipar jepun tat seng ke)
12) Suka lepak kat shopping complexs berjam-jam!( kan bagus kalau iktikaf je kat masjid)
13) Boleh tahan jugak MENGUMPAT!( mulut macam ni tampal plaster lagi baik)
14) Bile marah...MERAJUK,TARIK MUKA,MASAM MUKA!!
''bencilah''/''menyampah''( kan senyum itu satu sedekah)
15) Mandi pun nak lelama!( ingat hak milik peribadi ke nak pakai lelama, orang lainpun nak melabur jugak)


# Matannya saya ambil dari blog sahabat saya : http://ketawamelekek.blogspot.com/.

Untuk kaum hawa janganlah anda terasa hati pula, maksud saya majoritinya kaum anda yang menjiwai sifat-sifat tersebut. Mungkin anda bukanlah insan yang dimaksudkan. Ingat ,bukan semua ye...Harap maklum.

Wednesday, April 30, 2008

Warkah Buat Adik



Adik..
Sejak kecil kita bersama,
Sejuta liku kita meniti berdua,
Walau ia perit,
Merobek jiwa menyiksa raga
Kau tetap sabar dan tenang,
Mendukung semangat abangmu,
Terima kasih untuk itu.

Adik...
Sekarang kita bukan dulu,
Tapi kita tetap bersama,
Ditaut oleh satu pertalian,
Walau tsunami yang melanda,
Ribut yang menziarahi,
Kita tetap bersaudara.

Adik..
Kini kau sudah dewasa,

Sudah tiba masanya untuk kau kenal,

Untuk kau nilai,

Teka-teki kehidupan,
Jangan salah mentafsir,
Kelak kau yang rugi.

Adik..
Waspadalahlah dalam kehidupan,

Pinta pada tuhan,
Jalan yang diperkenan,
Agar tegar dalam pendirian,
Bukan mengikut nafsu dan syaitan.


Adik..
Dunia kini sudah berubah,
Tidak ala kampungan seperti waktu kita kecil dahulu,
Abang takut kau juga berubah,
Jangan biarkan ia berlaku.

Adik..
Saat kau kekalutan dan kelemasan,
Diselubungi dunia hitam kegelapan,
Ketika zaman ini,
Selaklah kitab suci,
Amatilah sunnah Nabi,
InsyaAllah kau tenang kembali.

Banyak sudah warkah dicoret,
Buat panduan juga azimat,
Moga difahami maksud dihati,
Sebalik kalam bisu ini.

Sampaikan salam pada semua...

Monday, April 14, 2008

PEPERIKSAAN SATU PENILAIAN


PEPERIKSAAN di Tanta dijangka akan berlangsung pada 17 Mei ini. Bagaimana pula dengan persediaan? Takut rasanya hendak memberikan jawapan jika dilihat kepada persedian yang dilakukan. Walaubagaimanapun, saya suka untuk memegang kata-kata Ust Kamal ( Pengetua sekolah lama), " Selagi kita belum masuk ke dalam dewan peperiksaan, selagi itulah kita berpeluang untuk menelaah pelajaran."

Erti kecemerlangan
Dari perpektif kemanusiaan, cemerlang bermakna mencapai satu tahap yang tinggi dan memuaskan. Misalnya, mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Berbeza sedikit definisinya dalam konteks agama Islam. Islam melihat cemerlang bukan sekadar berjaya dalam sesuatu bidang tertentu. Contohnya peperiksaan, pekerjaan dan sebagainya, Islam melihat lebih jauh daripada itu. Kecemerlangan yang sebenar ialah cemerlang dalam semua aspek kehidupan manusia beragama. Jika kita cemerlang dalam peperiksaan, semestinya kita juga cemerlang dalam aspek ibadahnya, akhlaknya, dan lain-lain lagi. Pendek kata, kecemerlangan dalam Islam ialah menuju kepada kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Kenapa Cemerlang?

Islam agama yang cemerlang. Umat Islam dalam al-Quran disebut sebagai خير أمة (umat yang cemerlang). Justeru, kita perlu buktikan bahawa agama Islam adalah suatu yang cemerlang yang terdapat pada umatnya. Islam amat mengutamakan kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehidupan terutama dalam mendapatkan kejayaan hidup seperti peperiksaan. Ia amat juga berkaitan rapat dengan kehidupan seorang pelajar. Cuba renungkan hadis ini, sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: Sesiapa yang membunuh kutu pada tindasan pertama, maka akan ditulis baginya seratus kebaikan. Sedangkan tindasan kedua di bawah tingkatan itu dan tindasan ketiga di bawahnya lagi (riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a). Ia membawa maksud, dalam kita melakukan sesuatu kerja, lakukanlah ia dengan cara yang paling baik hatta membunuh kutu sekalipun. Dalam konteks sebagai seorang pelajar, sewajarnya kita mempersembahkan sesuatu yang terbaik, misalnya dalam peperiksaan. Yusuf al-Qardhawi, dalam bukunya Fiqh Awlawiyyat (Memahami Keutamaan), mengatakan, untuk mendapatkan kejayaan cemerlang, manusia mest tahu prioriti dalam hidup. Mana satukah yang perlu diberikan perhatian dahulu dalam kehidupan seharian. Dalam Islam, perkara ini amat penting. Jika kita tersalah prioriti, kita akan menemui kegagalan dalam hidup. Misalnya, menumpu yang sunat dahulu daripada yang wajib. Contoh lebih jelas kepada pelajar, menuntut ilmu itu adalah wajib, justeru, ambil peluang ini untuk menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh. Lupakan dahulu soal cinta, pergaulan tanpa batas, membuang masa melepak dan lain-lain aktiviti yang mungkin tidak mendatangkan faedah. Para pelajar seharusnya menumpukan sepenuh perhatian dalam proses pembelajaran di alam persekolahan. Alam persekolahan merupakan masa yang amat penting sebagai batu loncatan untuk mendapatkan kejayaan seterusnya. Gagal di alam persekolahan bermakna, kita gagal untuk mendapatkan tempat ke institusi pengajian tinggi. Ini bukan bermakna mereka yang gagal dalam alam persekolahan akan menemui kegagalan dalam hidup, tetapi yang dimaksudkan ialah kebiasaannya mereka yang berjaya menjejaki institusi pengajian tinggi, peluangnya untuk berjaya lebih cerah berbanding mereka yang tidak berjaya. Justeru, peluang sebagai pelajar perlu direbut dengan belajar bersungguh-sungguh.

Ilmu Teras Kecemerlangan

Ilmu adalah teras kepada kecemerlangan. Menurut kamus Dewan, ilmu adalah pengetahuan, kepandaian dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Lawan kepada ilmu ialah jahil atau ignorance. Ilmu diperolehi hasil dari pembelajaran dan pengalaman. Kepentingan ilmu dijelaskan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang berbunyi:
Bacalah dengan (menyebut) nama TuhanMu yang menciptkan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam (surah al-Alaq ayat 1-4)
Tuntutan menuntut ilmu telah dianjurkan sejak permulaan Islam. Kata-kata tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina membuktikan akan pentingnya ilmu kepada manusia dan berusaha untuk mendapatkannya. Imam Malik berkata, ilmu itu tidak datang secara automatik kepada kita tetapi ia mesti dicari. Justeru, sebagai pelajar, kita mesti tanpa jemu-jemu menuntut ilmu terutama ilmu-ilmu yang diajar di kuliah dan ditambah dengan ilmu-ilmu lain yang bermanfaat. Sabda Rasulullah SAW: Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah memudahkan jalannya untuk menuju syurga. Bahawasanya malaikat itu akan meletakkan naungan sayapnya pada orang yang menuntut ilmu itu kerana mensyukuri apa yang dilakukannya.Bahawasanya orang-orang yang berilmu pengetahuan adalah pewaris para Nabi. Bahawasanya para Nabi itu tidak mewariskan wang dirham atau dinar, tetapi yang diwasiatkannya adalah ilmu. Oleh sebab itu barang siapa yang mengambilnya (mendapatkan ilmu itu) ia telah memperolehi bahagian pusaka yang sangat banyak – Hadis riwayat Abu Darda r.a.
Dalam beberapa hadis, ilmu pengetahuan dianggap lebih utama daripada ibadah, kerana manfaat ibadah hanya kembali kepada pelakunya sahaja sedangkan manfaat ilmu adalah untuk manusia melalui sebaran yang dilakukan. Antara hadis tersebut ialah:
#Kelebihan ilmu pengetahuan itu ialah lebih aku cintai daripada kelebihan ibadah dan agamamu yang paling baik adalah warak – Hadis riwayat al-Bazzar dan Thabrani
#Kelebihan orang yang berilmu berbanding dengan orang yang beribadah ialah bagaikan kelebihan bulan purnama berbanding dengan seluruh bintang bergemerlapan – Hadis riwayat Abu Nu’aim
#Kelebihan ilmu akan bertambah lagi apabila orang yang berilmu itu berkeinginan untuk mengajarkannya kepada orang lain. Cuba renungi Sabda Nabi SAW: Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikatNya, serta penghuni langit dan bumi hingga semut yang ada pada lubangnya dan ikan yu yang ada di lautan akan membacakan selawat atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia – Hadis riwayat at-Tirmidzi.
Oleh kerana ilmu ini amat penting sebagai teras kecemerlangan individu dan umat Islam, maka adalah menjadi kewajipan kepada para pelajar mempelajarinya sama ada melalui pembacaan, perbincangan, pengamatan dan lain-lain lagi. Seterusnya berusaha untuk mengamalkannya seperti kata pepatah Arab, Ilmu tanpa direalisasikan atau dilaksanakan ibarat pokok tanpa buah.

Persediaan Menuju Kecemerlangan


Setelah kita mengetahui akan peri pentingnya ilmu, maka seterusnya kita akan berbicara pula soal ilmu dan kaitannya dengan kecemerlangan akhlak dan peperiksaan yang menjadi matlamat setiap pelajar. Persediaan untuk ke arah itu perlulah cenderung kepada mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T, barulah kita mampu mendapat kesinambungan yang memuaskan. Lapang jiwa, tenang fikiran dan senang hati untuk bertindak.

Demam Peperiksaan

Ada yang terpaksa bersengkang mata, berjaga malam sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Tidak kurang yang mengambil sikap tak kisah atau acuh tak acuh. Sebagai pelajar yang ingin mendapatkan kecemerlangan, sudah tentu kita perlu bersikap proaktif dan sentiasa bersedia. Walaupun peperiksaan sudah semakin hampir, masih tidak terlambat lagi untuk kita membuat persediaan bagi mencapai cemerlangan. Antara persediaannya ialah:

Persediaan Rohani
Sebagai pelajar yang percaya bahawa Islam adalah agama yang terbaik, sudah tentu persediaan kerohanian tidak dapat dipisahkan dari hidup kita. Persediaan rohani adalah proses menuju ketenangan dalam hidup. Kehidupan yang tenang akan melahirkan jiwa yang tenang jua. Perlu diingat, Allah akan sentiasa menolong hambanya yang tidak lupa kepadaNya sebagaimana firmannya:

Kerana itu ingatilah kepadaKu, nescaya Aku ingat kepada kamu – surah al-Baqarah ayat 152.

Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang. Selalulah berdoa kepada Allah SWT, agar mendapat kejayaan di dalam peperiksaan. Sebenarnya sembahyang dan doa adalah suatu lambang kekuatan jiwa.
Dr Brill, seorang pakar ilmu jiwa mengatakan orang yang kuat kepercayaan kepada Tuhan tidak akan menghadapi tekanan penyakit jiwa. Kata-kata beliau turut disokong oleh Dale Carnegie, juga seorang pakar ilmu jiwa. Katanya, keimanan yang mendalam dan berpegang teguh kepada ajaran agama sudah cukup untuk mengalahkan kegelisahan dan ketegangan urat saraf dan seterusnya boleh menyembuhkan penyakit.

Justeru, pelajar seharusnya tidak meninggalkan kewajipan ini. Ia berkait rapat dengan keseluruhan hidup untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Mungkin ada yang akan bertanya, rakannya tidak pernah sembahyang tetapi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pelajar sekalian perlu memahami bahawa kecemerlangan dalam peperiksaan bukanlah tiket untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Adalah suatu perkara yang amat baik kiranya, kita cemerlang dalam peperiksaan dan pada masa yang sama cemerlang dalam soal ibadah dan akhlak. Inilah sebenarnya kecemerlangan yang diidam-idamkan.

* 5 Sifat yang perlu cuba disematkan dalam setiap individu yang mengidamkan kecemerlangan yang haqiqi:

1.Taat kepada Allah dan Rasul
2.Taat kepada ibu bapa
3.Ikut nasihat guru
4.Jaga hati kawan
5.Cemerlang mental dan emosi

Cemerlang dalam bentuk kerohanian akan membawa kepada kecemerlangan mental. Manusia yang selalu mengingati Allah, fikirannya tidak berserabut dengan pelbagai masalah. Kalau adapun masalah yang dihadapi, ia dapat dikurangkan melalui aktiviti-aktiviti seperti berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya. Mental yang cemerlang adalah mental yang dapat menerima dengan mudah apa yang dilihat, dibaca dan sebagainya. Mental yang baik memerlukan suasana yang kondusif, aman dan tenteram. Elakkan menelaah sambil mendengar radio, menonton televisyen dan pelbagai unsur yang boleh menimbulkan gangguan. Cuba elakkan pergaduhan atau perselisihan sesama rakan dan ahli keluarga ketika menjelang peperiksaan. Suasana tegang sebegini sukar untuk ditenangkan dalam jangkamasa yang singkat. Ia kadangkala akan mengganggu emosi kita. Elakkan dari mewujudkan suasana menggelabah atau kelam kabut. Ketika musim peperiksaan, dapatkan tidur yang cukup dan bangun awal pagi dengan mengunci jam agar tidak ketinggalan bas atau lewat ke dewan peperiksaan. Suasana yang kelam kabut atau menggelabah akan meninggalkan kesan kepada minda kita. Sediakan segala kelengkapan pembelajaran dan peperiksaan. Misalnya, keperluan alat tulis. Ketika melangkah keluar rumah menuju ke kuliah, pastikan segala kelengkapan telah disediakan dengan sempurna seperti yang dikehendaki dalam peperiksaan. Sebaik-baiknya, selepas peperiksaan terus pulang ke rumah untuk membuat ulangkaji. Kurangkan masa untuk berbual-bual atau berbincang dengan rakan-rakan akan kertas-kertas soalan yang telah dijawab. Ia akan mengganggu konsentrasi dan emosi kita. Perlu diingat,kita tidak boleh mengubah jawapan yang telah dijawab, melainkan hanya doa sahaja yang dapat membantu.

Persediaan Fizikal
Teknik pembelajaran amat penting kepada setiap pelajar. Teknik yang salah, biasanya akan membawa kesan yang kurang memuaskan. Ini yang membezakan antara `study hard’ dengan `study smart’. Menghabiskan masa enam jam sehari mengulang kaji mata pelajaran bukan bermakna kita akan menjadi pelajar cemerlang. Berbanding dengan mereka yang menghabiskan masa selama tiga jam untuk mengulang kaji. Ini amat bergantung kepada cara atau teknik yang digunakan serta keserasian pelajar dan teknik pembelajaran. Perlu juga dijelaskan juga, makanan yang seimbang, memainkan peranan yang penting. Pelajar diingatkan supaya tidak makan terlalu kenyang kerana ia akan menyebabkan kita mengantuk. Banyakkan memakan buah-buahan, terutama sebelum makan nasi. Bila menjelang peperiksaan, elakkan mengambil makanan yang terlalu pedas, meminum air terlalu banyak sehingga menyebabkan kita kerap ke bilik air. Ini akan mengganggu konsentrasi untuk menjawab peperiksaan.

Istiqamah

Kecemerlangan yang disebutkan di atas memerlukan kepada istiqamah, tetap pendirian atau berkesinambungan. Amalan yang baik mesti selalu dilakukan dan tidak bermusim. Ia merupakan asas kepada kejayaan manusia. Menuntut ilmu adalah proses pembelajaran sepanjang hayat, bukan hanya pada musim peperiksaan sahaja.

Rasulullah SAW bersabda: Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang paling berkesinambungan walaupun sedikit – Hadis riwayat Muttafaq Alaih daripada Aishah.

Perbanyakkan DOA. Doa itu senjata bagi orang Mukmin.

Kesimpulan


Berjaya dalam peperiksaan, bukanlah tiket yang boleh menjamin bahawa kita akan terus berjaya, begitu juga dengan kegagalan dalam peperiksaan, bukan bermakna bahawa kita akan terus gagal dalam hidup. Semua ini bergantung kepada diri individu itu sendiri. Kejayaan sebenarnya bermula daripada kegagalan, kegagalan menjadi alat untuk mengajar kita untuk terus berjaya. Pepatah barat ada mengatakan kejayaan adalah hasil daripada 99 peratus kegagalan. Ini bukan bermakna, kita perlu gagal duhulu, baru boleh berjaya. Maksudnya di sini, jika kita boleh terus kekalkan kecemerlangan, maka terus beristiqamah untuk mengekalkannya. Ini adalah suatu yang ideal, tetapi jika sekiranya gagal, ambil iktibar dari kegagalan itu. Kembali bertikad, berazam dan berusaha. Semoga dengan itu akan berputik kejayaan yang bakal ditempuhi. Bila ada orang yang berjaya mesti ada orang yang gagal. Dengan itu, jika ditakdirkan kita mendapat rasib, ingatlah bahawa kita tidak akan terus gagal selama-lamanya. Tetapi, kita tetap akan berjaya, kalau tidakpun dari segi akademik, pastikan akhlak kita cemerlang. Cemerlang akademik, gagal dalam akhlak, sebenarnya merupakan kegagalan dalam hidup kita. Walaubagaimanapun, marilah kita bersama-sama menggembeleng tenaga, bersengkang mata selagi masa masih ada dan yang paling utama memohon bantuan daripada Allah S.W.T. Mudah- mudahan kita semua memperoleh kejayaan yang haqiqi dan diredhai oleh Allah S.W.T.Amin..Amin..Amin.