Sunday, January 25, 2009

“SEORANG IBU SEBAGAI AYAH”
Setiap kali melihat ke menara berkembar petronas, menara yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia , pelbagai tafsiran boleh kita huraikan, pelbagai cerita boleh kita ungkapkan. Betapa ALLAH, Maha Bijaksana, menjadikan setiap makhluknya berpasang-pasangan. Telinga, mata, tangan , kaki dan macam-macam lagi kita boleh misalkan. Begitu juga menara berkembar petronas berpasangan simbolik menggambarkan mereka saling bersandar antara satu sama lain untuk melihatkan ianya sebagai bangunan yang kukuh, utuh dan teguh, tetap stabil walau apa saja yang berlaku . Tidak kira krisis ekonomi, politik, negara sekalipun yang melanda ia mampu berdiri bersama-sama dan menjadi tapak rundingan untuk menyelesaikan segala masalah yang sedang, akan atau bakal dihadapi.
Setiap kejadian tidak akan kekal, melainkan Yang Maha Baqa’.Bayangkan suatu hari nanti menara yang dibangga-banggakan itu , yang kita lihat hari ini, saling bersama-sama, sentiasa berkasih-sayang, sentiasa bersatu-padu, mampu mengembangkan kawasan disekililingnya, tiba-tiba timbul konflik keretakan antara mereka, berlaku selisih faham, seterusnya berlaku ketidasefahaman dan akhirnya terjadinya penceraian.Dapatkah kita bayangkan, menara yang saling bersama-sama tadi terpisah antara satu sama lain? Membawa halatuju masing-masing, meninggalkan aset-aset yang sangat bernilai yang telah mereka bina bersama-sama disekeliling mereka. Maka hilanglah segala-galanya. Yang timbul adalah kesengsaraan, merana, hilang kasih sayang, hilang punca arah dan sebagainya.
Situasi demikianlah yang sedang dialami oleh Mak Cik Miname, yang tinggal di daerah Selatan, Korea. Dahulunya dia ibarat sepasang kekasih yang sangat intim dan romantik bersama bekas suaminya Pak Cik Zhiauo seorang peladang di daerah tersebut. Segalanya telah ditakdirkan oleh-NYA...Kebahagiaan meraka telah diragut apabila hadirnya orang ketiga , Suzika .Mereka telah membuat ikatan perkahwinan bersama. Tinggallah Mak Cik Miname keseorangan. Bagaimana situasi ini hendak ditelan oleh Mak Cik Miname keseorangan disamping terpaksa membesarkan dua orang anak yang masih kecil tanpa disokong oleh seorang ayah..?
Disebabkan tekanan yang dialami oleh Mak Cik Miname, maka dia membuat keputusan untuk menyerahkan kedua-dua anak mereka ke kampung untuk dijaga oleh datuk dan nenek mereka. Di kampung, mereka disaambut dengan tangan terbuka , dengan belas simpati dan kasihan serta rasa sayang datuk dan nenek kepada cucu.
Setelah beberapa ketika, Mak Cik Miname cuba mencari kekuatan diri untuk meneruskan kehidupan . Dia cuba mencari modal dengan meminjam sumber kewanagan dari pihak bank untuk membuka sebuah restoran di tengah-tengah bandar daerah Korea. Dia menerima pelbagai ujian dan cabaran yang getir. Dia terpaksa berkorban , berpisah dengan anak kandungnya yang tersayang dan berjauhan dengan suami yang sepatunya bersama mencipta kebahagiaan untuk keluarga dan anak-anak.

Berkat kesabaran Mak Cik Miname, restoran yang diusahakan , hasil penat lelahnya, menghasilkan keuntungan yang besar. Keuntungannya berlipat ganda. Kehidupannya mula bersinar. Segala perbelanjaan untuk membesarkan anak-anak mereka di kampung ditanggung sepenuhnya dari segi makanan, pakaian , permainan dan sebagainya. Begitu juga dengan bekas suaminya yang tidak lupa akan nafkah sebagai ayah kepada anak-anak mereka. Kedua-dua anaknya hidup agak dalam keadaan yang serba lengkap dan mewah dari segi material.Mereka juga sangat beruntung kerana datuk dan nenek mereka adalah orang yang kuat berpegang dengan agama dan kepercayaan Mereka dididik dengan ilmu agama dan dibesarkan dengan suasana islamik yang jauh terpesong dengan budaya di bandar-bandar besar yang merosakkan akhlak dan moral anak-anak masa kini. Pun begitu, mereka sebenarnya masih lagi dalam keadaan miskin, dalam keadaan daif ...dari segi kasih sayang. Mereka hanya dapat menumpang kasih sayang dari seorang datuk dan seorang nenek, tidak lebih dari itu. Hari berganti hari, bulan berganti bulan , ibarat roda, adakalanya berada di atas, adakalanya berada di bawah, adakalnya berada di atas semula. Perniagaan yang diusahakan oleh Mak Cik Miname mengalami masalah , disebabkan masalah ekonomi yang melanda, hasad dengki yang timbul terhadap perniagaannya dan pelbagai lagi yang menyebabkan sebuah restoran yang terkenal suatu masa dahulu , berubah menjadi sebuah gerai makan jalanan dan akhirnya membawa kepada penutupan kedai disebabkan tidak tahan menghadapi masalah yang timbul setiap hari.
Sekarang kehidupan Mak Cik Miname dalam keadaan yang cukup sederhana. Dia terpaksa menaggung bebanan hutang akibat kerugian perusahaan perniagaannya. Dia sedar, dia perlu mencari kerja untuk menyelesaikan segala hutang-hutangnya dan untuk menaggung kos perbelanjaan harian. Dia juga perlu menjelaskan sewa rumah setiap bulan. Apa pun berlaku Mak Cik Miname, tetap tabah mengharungi segala ujian yang menimpa sehinggalah dia diterima bekerja sebagai penyelai kebersihan di sebuah kilang yang bertaraf antarabangsa,disebabkan Mak Cik Miname juga seorang yang berpendidikan dan mempunyai banyak pengalam mengurus.
Setiap ujian ada hikmahnya, berkat keikhlasan datuk dan nenek memelihara kedua-dua anak Mak Cik Miname, mereka menjadi pelajar yang berjaya terutama dalam bidang keagamaan. Setiap peeriksaan yang dilalui oleh kedua-dua mereka , pasti menerima kejayaan dan kecemerlangan , sehinggalah anak Mak Cik Miname yang sulong ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di Timur tengah. Mak Cik Miname diuji lagi, bukan sekadar perbelanjaan untuk menampung kos pengajian sahaja yang merunsingkan Mak Cik Miname, tetapi dia akan berpisah dengan seorang anak yang dahulunya berpisah sejak kecil, dan sekarang hendak di pisahkan begitu jauh dari sisinya. Apakan daya, hendak melihat anaknya melakar kejayaan, dibiarkan anaknya yang sulong pergi buat sementara dan berharap dia akan pulang dan membawa segenggam kejayaan serta merubah kehidupan mereka yang serba kekurangan.

Begitu juga dengan anaknya yang bungsu, dia juga seorang yang aktif dalam pelbagai bidang, samada keagamaan, akademik, dan pelbagai aspek lagi. Pasti kejayaan menyebelahinya. Kejayaan demi kejayaan , telah melayakkan dia mengikut jejak langkah abangnya untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah juga. Satu ujian lagi yang getir untuk ditelan oleh Mak Cik Miname.Setelah berjauhan dengan anak sulongnya, sekarang dia perlu berjauhan pula dengan seorang lagi anaknya yang diharapkan dapat menjenguknya makan demamnya.Setelah, dibuat prbincanag bersama, serta kesedian si bungsu agar tidak berjauhan dan menjaga si ibu, dia mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di dalam negeri sahaja. Dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di sebuah Universiti pengurusan yang terletak di Utara daerah , Korea.
Segala gerak kerja dan perlakuan yang dilakukan oleh Mak Cik Miname , yang tahu hanyalah anak bungsunya berbanding anak sulongnya yang jauh di mata. Setiap kesusahan, kesenangan, keperitan dikongsi kedua beranak. Anak-anak Mak Cik Miname sangat beruntung kerana penagjian mereka ditaja oleh pihak yang bertanggungjawab. Walaubagaimanapun Mak cik Minamae kena bekerja keras untuk memohan tajaan dari pihak tersebut. Dia bersusah payah untuk mendapatkan kelulusan tajaan kewangan pengajian anak-anaknya sehingga menyebabkan Mak Cik Minane menghadapi sakit kaki yang agak serius disebabkan kerap berjalan terutama ditempat kerjanya sebagai penyelia. Kesempatan cuti pengajian, anak bungsunyalah yang sanggup menghabiskan masa sepenuhnya bersama ibunya yang tercinta.
Di pejabat, Mak Cik Miname lah pengurus kepada orang bawahannya. Dan di rumah juga Mak Cik Miname lah pengurus kepada keluarga. Segala perbelanjaan dan pengurusan rumah di tanggung oleh Mak Cik Miname seorangan. Bil elektrik, air, sewa rumah dan sebagainya ditanggung oleh Mak Cik Miname seorangan.Cukup sukar, dan cukup payah untuk dia menghadapi semua ini.
Firman ALLAH S.W.A yang mafhumnya : ”Setiap kesulitan pasti ada kesenangan” menjadi satu dalil dan pegangan buat Mak Cik Miname.Hari ini, anak-anak Mak Cik Miname telah selamat dan berjaya menamatkan pelajaran masing-masing. Yang sulong keluar sebagai Penasihat Agama Diraja di sebuah negara islam yang ditakluk oleh pemimpin islam . Begitu juga dengan anak bungsunya, dia ditawarkan untuk memegang jawatan Gabenor Bank Negara.
Apa pula terjadi dengan Mak Cik Miname ??
Kita perlu yakin dan percaya dengan Kodha’dan Qadar ALLAH. Sifat ar-Rahim NYA tidak pernah putus dicurahkan kepada setiap hambanya. Ditakdirkan jodoh Mak Cik Miname dan Pak Cik Zhiaou masih wujud. Pak Cik Zhiaou telah mengambil kembali Mak Cik Miname sebagai isterinya semula. Kasih sayang mereka berputik semula setelah pelbagai ujian dan dugaan dilimparkan kepada Mak Cik Miname. Sekarang Mak Cik Miname bukan sahaja seorang yang berjaya di dunia malahan dia telah nampak kejayaannya di akhirat kelak tempias dari anak-anaknya yang tinggi dalam bidang agama yang sentiasa mendorangnya menjadi muslimah solehah suatu ketika dahulu walaupun tanpa bimbingan suami. Begitu juga dengan Pak Cik Zhiauo , dia telah bertaubat dan menyesal dengan apa yang telah dilakukan. Dia mula mendalami ilmu agama untuk memantapkan rohaninya. Anak-anak mereka juga cukup bersyukur kerana akhirnya berjaya mencipta sebuah kebahgian yang dahulunya Mak Cik Miname ”SEORANG IBU SEBAGAI AYAH”