Tuesday, April 28, 2009

Aku..

Semalam aku,

Tandus ilmu di bumi sendiri,

Mengemis ilmu di sana sini,

Sebagai bekalan diri sendiri.

Semalam aku,

Gersang rohani murabbi dicari,

Harapan tersemat menggunung tinggi,

Mesir pilihan lokasinya Badawi,

Suk Abu Ferqah kawasan Said Nawi.

Hari ini aku,

Mula merangkak untuk berdikari

Bertatihkah si guru berhemah tinggi,

Kerna bahasa tidak dikuasai,

Selalu terjatuh menyembah bumi.

Hari ini aku,

Cuba bertandang lagi,

Menjunjung amanah ayah dan ummi,

Menggalas tanggungjawab mandat Illahi

Untuk mengubah bumi pertiwi.

Hari ini aku,

Rajin menghitung hari,

Untuk kembali menabur bakti,

Namun hakikat ilmu yang diimpi,

Kosong berhabuk tiada berisi.

Esok aku,

Pulang membawa segulung ijazah,

Yang tiada erti tanpa barakah,

Mampukah berdikari untuk terus gagah,

Memegang panji warisan Rasulullah.

Esok aku,

Memegangan jawatan pembimbing ummah,

Penyebar dakwah pembentuk biah,

Sejauh mana mampu menongkah,

Kalau tiada bekalan munasabah.

Wednesday, April 22, 2009

Hadiah seorang sahabat buatku...


Imtihan dalam imtihan
Ku memahami apa maksudmu
Dirimu sempit dihimpit imtihan
Digodam musibah dipukul mehnah


Imtihan dalam imtihan
Datang seiringan mengapa tidak bersusulan
Dalam kegawatan yang penuh hambatan
Dipaksa tabah walau futur menyerang


Imtihan oh imtihan….
Kau tetap datang walau tidak diundang


Berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul
Diriku hanya mampu menumpang
Menumpang sedih mendengar khabaran
Namun dirimu sakit bagai dipukul
Bila ujian menimpa orang tersayang


Kau rentas salju sahara
Kau tatap sesak damai kanvas alam
Jernih matamu berkaca
Menahan sedih duka nestapa
Kenangkan nasib diri dan keluarga


Namun…
Aku kagum dengan dirimu
Komitmenmu cukup jitu
Iltizammu tetap padu
Kau tidak rebah dipukul mehnah
Walau diterjah tetap kau tabah
Kau cuba berdiri walau jasadmu lemah
Demi perjuangan yang telah kau baiah


Akhi..
Kau tiada pilihan
Melainkan terpaksa engkau teruskan
Maju, meluru dan terus memburu
Dalam kelam seribu kegelapan
Memburu kemenangan dicelah kepayahan


Jangan kecewa jangan berduka
Masalahmu masalah bersama
Yakin percaya kami tetap setia
Menyokong membantu sedaya upaya
Ribat ukhuwah yang telah terbina
Menjadi saksi kasih sayang kita


Buktikan…
Buktikan engkau seorang yang jantan
Tegar diuji sebarang ujian
Ibu menanti penuh harapan
Adik menunggu abangnya soran
Pulang membawa sekalung kemenangan
Ingat…menang dan menang itu saja jawapan
Ingat…harapan ibu adik mu jangan hampakan


Akhirnya….
Kau berhak dinobat sejambak tahniah
Kami bangga menumpang izzah
Dek berketuakan seorang yang tabah


Imtihan dalam imtihan….
Damba hikmah agung tuhan yang esa

Sajak ini telah ditulis oleh Ust Wan Hadiyuddin Wan Mahmod http://hadiakef02.blogspot.com/ khas buat saya. Beliau merupakan abang dalam dunia kepimpinan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada adik-adiknya khususnya di bumi Tanta ini dalam membentuk jatidiri sebagai seorang pemimpin ISLAM. Walaupun gaya bahasa metafora yang digunakan tidak layak untuk ditujukan kepada saya yang serba dhaif dan kekurangan lagi tidak tahu di mana kedudukannya di sisi ALLAH S.W.T ini, namun nada-nada semangat yang terdapat dalam beberapa bait sajak beliau ini mampu untuk menyuntik semangatku agar cekal menobat azam dalam kehidupan, tegar menongkah arus dalam perjuangan. Terima kasih untuk itu.




Friday, April 10, 2009

Pesanan Keramat Dari Mudir MAK

Kepada pembaca yang dihormati sekalian, jika tidak mahu membaca keseluruhan artikel ini, memadailah dengan membaca perenggan yang ditaip dengan warna ungu ya.. SYUKRAN...

Tak sangka pula, tahun ni aku diberi kesempatan sambut maulidurrasul di JOHOR, tanah tempat aku dibesarkan,Tapi kenapa ye?? Jauh betul….

Dari UUM ke Johor Baharu memakan masa lebih kurang 12jam perjalanan menaiki bas, tak lame kn.. (rase nak tercabut kaki dengan badan) sampai di Terminal lebih kurang pukul 6.24am, aku terus menunaikan solat subuh di Masjid an-Nur , Larkin ( baru siap, atas terminal, tingkat tiga).

Tak sabar rasanya nak ke sekolah lama, (Maahad Johor dan M.A.K). InsyaALLAH.. kalau diizinkan aku akan sampai juga. Pukul 8.00am aku terus menaiki bas menuju ke Maahad Johor, sekolah yang baru aku tinggalkan lebih kurang dua tahun lepas..AlhamduLILLAH, dapat aku jumpa kawan-kawan lama. Kebetulan Masjid Abu Bakar (bawah Maahad johor) buat sambutan Maulidurrasul, maka aku join sekali menyambut bagi meraikan kelahiran seorang putra yang mulia bagi makhluk seluruh alam, Nabi Muhammad S.A.W.

Sebeluma aku meninggalkan Maahad tercinta, aku dan sahabatku Fakharuddin (kawan sejak di M.A.K lagi) ke pejabat Maahad Johor, semata-mata nak menziarahi Ustaz n Ustazah yang sangat dirindui. Tapi kami berkesempatan untuk berjumpa dengan beberapa orang sahaja, Ustaz Zul (pengetua Maahad Johor sekarang, menggantikan Ustaz Anoar Sarimin) tak ada, yang ada masa tu Ustaz Othman, Ustaz Kamaruddin komeng, Ustaz kamaruddin Talib, Ustaz Mahadzir, dan Ustaz Abu Sani. Mereka sambut dan melayan kami dengan kemulian seperti tetamu yang penting lah masa tu. TERHARU sangat rasanya. Kepada sahabat-sahabat bekas pelajar MJ pergilah ziarah mereka, tak payah nak rasa segan, takut dll. Buat selamba je.. mereka pasti sambut korang dengan baiknya.

Seterusnya, pengembaraan aku diteruskan lagi ke Kluang. Aku menaiki kereta yang dipandu oleh Aminur Rashid Erpan (Acid). Fakharuddin pun ikut sekali. Nak ke mana pulak ni?? Ke mana lagi kalau bukan ke Madrasah Arabiah Kluang (M.A.K) ya ALLAH .. rindunya yang amat...

Nampaknya langkah kami ’langkah kanan’ (bernasib baik) setibanya aku di M.A.K,hamba ALLAH yang pertama sekali aku jumpa tak lain, Ustaz Kamal Mohd Said (Pengetua Madrasah Arabiah Kluang) aku sebenarnya risau juga, bukan risau kena halau ke apa, kalau-kalau aku datang orang yang utama aku nak cari tak ada. AlhamduLILLAH.. ALLAH izinkan aku jumpa juga dengan Tuan Pengetua dan seluruh warga M.A.K. Niat aku dan kawan-kawan yang lain pun memang nak ziarah seluruh warga M.A.K.

Apa lagi, aku salam Ustaz Kamal , Ustaz Kamal peluk aku seerat-eratnya seperti saudara kembar yang dah lama tak berjumpa. Dia izinkan kami pergi jumpa Ustaz dan Ustazah yang lain. Apa yang SYAHDUnya, Ustaz yang tinggal hanyalah Ustaz Abu Kosnin, Ustaz Murad, dan Ust Abdul Razak
.. Ustazah juga banyak yang dah tak ada (nak tau siapa je yang tinggal, silalah ziarah mereka sendiri ya)

Tak pelah.. mungkin ada hikmahnya.. memang ada hikmahnya.. semasa aku berborak dengan Ustaz Murad tentang keadaan M.A.K, katanya”macam biasa je.. Cuma ada peningkatan pada akedemik pelajar. Peperiksaan S.M.R.A kita memperoleh 36 orang pelajar MUMTAZ, P.M.R beberapa orang dapat 9A, 8A, 7A dan 6A. Manakala S.M.A lebih kurang seperti S.M.R.A” Itu ke yang dimaksudkan biasa?? Bagi aku itu perkara yang sangat luar biasa, apa taknya masa aku S.M.R.A n S.M.A, paling tinggi pun 5 orang dapat mumtaz, ini.. pergh.....

Aku tak tau nak gambarkan GEMBIRA macammana lagi...BANGGA tentu sekali, sekolah aku tu... kalau nak tau , M.A.K dianugerahkan sebagai sekolah terbaik peringkat negeri Johor, tetapi kategori B ( bantuan separuh kerajaan).Ustaz Kamal telah dipanggil oleh Jabatan Pendidikan Johor. Mereka aagak terperanjat , macammana M.A.K boleh peroleh keputusan akedemik luar biasa. Tapi korang tentu dah masak dan dapat agak apa yang akan dijawab oleh Ustaz Kamal kan...? dengan tenang Ustaz kamal hujahkan kepada mereka bahawa ”nak jadikan pelajar cemerang bukan sekadar perlukan sekolah yang besar dan cantik, kelas tambahan yang hebat-hebat dan sebagainya, tapi yang paling utama ialah IKHLAS kerana ALLAH, dan hidupkan sunnah, kami di M.A.K mengamalkan sunnah, antaranya berpuasa isnin khamis, zikir dan munajat kepada ALLAH, mengamalkan qaylullah (tidur sebentar sementara menunggu masuknya waktu zohor) dan beberapa lagi amalan sunnah yang lain ”. Meraka berasa cukup hairan , takkan perkara yang nampak remeh ni boleh menyebabakan mencapai kecemerlangan yang luar biasa..Selain itu pelajar mengamalkan mandi Ais untuk menyegarkan badan.

WAH!! Dahsyat sungguh M.A.K yek.. sebelum aku meninggalkan bumi yang penuh barakah itu, aku berkesempatan bersemuka , seterusnya mendengar sedikit peringatan dan nasihat dari Ustaz Kamal...

MasyaALLAH... aku sedang berdepan dengan manusia yang bertutur lancar ibarat si HAMKA yang bijak menyusun kata, aku didengarkan sebahagian hikmah(kata-kata hikmah yang bijaksana, yang meninggalkan kesan ke dalam jiwa) seumpama lontaran kata-kata LUQMAN al-HAKIM..

Dialah (Ustaz Hj Mohd Kamal b. Mohd Said) tak keterlaluan rasanya kalau aku mengatakan dia umpama HAMKA MODEN MALAYSIA yang dalam lipatan sejarah islam , dan Tuan LUQMAN al-HAKIM MODEN yang penuh dengan hikmah kebijaksanaan.

Apa yang dapat aku nukilkan dan kongsi bersama sahabat sekalian :-

1. "بلغوا عني ولو آية " Ustaz Kamal pesan tolng sampaikan ilmu agama walaupun kita dapat ilmu tak seberapa, sekurang-kurangya dapat melatih dan memperingatkan diri untuk kita terus beramal.

2. Hiduplah dalam jemaah, kerana dengan jemaah dapat mengingatkan kita jika kita terleka dan alpa.

3. Kembalilah kepada al-Quran dan Sunnah, untuk menyelesaikan kemusyikilan dan kesulitan, kerana selain dari al-Quran dan Sunnah akan mengakibatkan kefasadan (kerosakan) yang lebih dahsyat.

4. Aku bertanyakan kepada Ustaz , bagaimana dengan sahabat yang lain apabila melanjutkan pelajaran terutama ke Universiti di Malaysia, berasa malu dan segan untuk mengakui dirinya sebagai pelajar yang telah dianugerahkan dan bergelar sebagai pelajar lepasan S.T.A.M (Sijil Tinggi Agama Malaysia)?? Dengan tenang juga, beliau menjawab, ”tak sepatutnya pelajar tersebut bekelakuan sedemikian, bahkan akan mengundang kemurkaan ALLAH S.A.W, kerana mereka telah dianugerahkan dan diamanahkan untuk membawa ajaran islam yang telah diperjuangkan oleh baginda S.A.W .” katanya lagi ”Ustaz nak bagi satu hikmah kepada kamu, ada seorang petani yang kerjanya membawa dua bekas timba(seperti baldi) yang dipikul di atas bahunya. Kerjanya ialah membawa timba yang berisi air untuk dituang ke dalam perigi istana , Masalahnya timba sebelah kanan agak teruk (dah retak dan hampir pecah) tak berapa sempurna, berbanding timba yang di sebelah kiri . Setiap kali timba diisi dengan air, dan sampai perigi istana pastinya timba sebelah kanan , airnya tinggal sebahagian sahaja kerana telah menitis sepanjang perjalanan ,berbanding baldi sebelah kiri yang masih penuh. Nak dijadikan cerita, timba sebelah kanan tersebut mengadu kepada petani bahawa dia berasa segan kerana setiap kali sampai ke istana airnya tinggal sedikit sahaja.Inilah yang hendak dimisalkan oleh ustaz sebagai pelajar lepasan S.T.A.M tadi, malu dan segan untuk mengaku pembawa dan pejuang agama islam.”

Ustaz pun meneruskan ceritanya lagi.”Si petani pun memujuk timba sebelah kanan agar lebih bersabar dan memintanya tunggu pada keesokan harinya. Esoknya seperti biasa, si petani membawa timba-timba tersebut ke istana.Dalam perjalanan si petani meminta timba tesebut menyaksikan kawasan sekeliling mereka, timba yang sebelah kanan berasa cukup tenang dan gembira melihat kawasannya kerana mempunyai kehidupan yang segar dan hidup menghijau. Berbanding dengan timba sebelah kiri, kawasan sekelilingnya nampak lebih suram dan penuh dengan ketandusan. Kemudian, si petani menerangkan kepada timba tersebut bahawa kawasan sebelah kanan nampak lebih tumbuh dan segar disebabkan sumbangan air mengalir dari timba yang retak tersebut. Sedikit sebanyak ia telah memberi manfat kepada kawasan sekelilingnya.. Apa yang nak disedihkan dan malu wahai timba kanan?tanya si petani, engkau telah menabur jasa, bunga-bunga hidup mekar mewangi malah bunga tersebutlah aku petik dan letakkan di atas meja istana Raja.” dari hikmah ini, rasanya tak perlulah saya ternagkan apa dia pnengajarannya, kerana cerita ini cukup mudah untuk difahami dan diambil ikhtibar. kita ni pelajar agama perlu buang rasa malu, takut, dan segan apabila berhadapan dengan masyarakat dan kehidupan seharian. Mahasiswa pada hari ini, apa yang mereka tahu hanya untuk mendapatkan pointer yang tinggi-tinggi sahaja, tapi bagaimana dengan masyarakat yang segama, bangsa di sekeliling mereka. Tak menjadi suatu yang aib rasanya kalau menjadi timba yang retak (pelajar yang menumpukan bidang agama, kurang mahir dalam hal akedemik) dalam masa yang sama mampu memberi sumbangan kepada masyarakat sekelilingnya.

5. dan pesanannya juga agar ajak bekas pelajar-pelajar M.A.K yang lain untuk turun berkhidmat kepada Madrasah, besar pahalanya. Sekurang-kurangnya ziarah mereka untuk bertanya khabar dan bertukar pendapat.

Sebelum berangkat pulang, aku mengambil kesempatan untuk mendapatakn doa dari Ustaz Kamal sebagai buah tangan dari bumi M.A.K

This article was posted by my beloved brother Dzulhilman Bin Roslan.