Saturday, June 20, 2009

Some Experience To Share

Today, I decided to write in English language. I've completed my final exam, it ended on 17 June.
I just want to share about my experiences during the tests. It gave me a little instruction when i see my examiner for oral.The first question was about al-Quran and Alhamdulillah because as were able to answer for every question about al-Quran correctly. After that, the examiner has asked me about the types of divorce.I answered, '' Talak Bid' i and Talak Sunni.'' Then he asked again for the next question,''Give me the definition of Talaq Sunni. ''My answer is, this topic doesn't really covered much in our study.'' How can we answer the question which is not in our study. Oh God...Is this question deputized for 4 subjects? Which a full marks for every subject is 10 not including al-Quran is 50. Whatever, I'm ready to accept any result which has been destined by Allah S.W.T because I tried to do the best for my exam. Pray for me and friends kay.

Reminder : For your information, I am very weak in English language, so you may notice some grammatical errors in my writing keep it simple and understandable...

Before that, thanks to my friend who teaches me how to write in English language correctly. Ukht Nabilah Zainuddin (from U. K )..May Allah bless her..I think that's all for today...Wallahu A'lam

Thursday, June 18, 2009

Pesanan Murni Buat Si Penuntut Ilmu Allah

Ketahuilah olehmu
wahai orang-orang yang suka menuntut ilmu,
sesungguhnya apabila tujuan engkau dalam menuntut ilmu
untuk bersenang - senang dan bermegah-megah
dan untuk mendahului atas kawan-kawan sesamamu
serta untuk mengarah muka manusia
supaya merasa segan kepadamu,
maka perjalanan engkau yang demikian
adalah....
untuk meruntuhkan agamamu dan
untuk membinasakan diri engkau
serta menjual akhiratmu dengan duniamu,
maka....
perniagaan dan perdagangan engkau
akan menemui kerugian.
begitu juga...
orang - orang yang mengajar engkau,
serta menolong engkau dalam berbuat maksiat,
tak ubah seperti....
penjual pedang kepada seorang perompak
di tengah jalan.
sebagaimana sabda Nabi :
"Barangsiapa yang menolong orang yang berbuat maksiat,
maka dia itu sekutu kepadanya
dan jikalau niat dan tujuan
engkau menuntut ilmu untuk memperoleh hidayat dari Allah s.w.t
bukan semata -mata mencari riwayat,
maka....
bergembiralah engkau,
kerana bahawasanya
para malaikat membentangkan sayapnya untuk engkau
dan ikan-ikan di lautan
meminta keampunan kepada Allah untuk engkau
apabila engkau berjalan dengan keredhaan Allah....

(Imam al-Ghazali)

Monday, June 15, 2009

KEWANGAN ISLAM GLOBEL


Perlu Rangka Selia Konsisten


Tidak dapat dinafikan bahawa, setiap sesuatu musibah yang menimpa, pasti disisinya ada hikmah, dan rahmah dari Allah S.A.W. Begitu jugalah dengan berlakunya krisis ekonomi globel yang melanda seluruh dunia juga membawa rahmat kepada industri perbankan dan kewangan islam yang terus membawa kepada positif dan memberansangkan.

Walaupun masa depan industri itu cerah, masih banyak ruang yang boleh diperbaiki terutama dari segi syarat dan peraturan. Malaysia boleh menjadi contoh kejayaan pelaksanaa kewangan islam kerana mempunyai syarat dan peraturan yang jelas mengenai operasinya.

Sebagai contoh, jika pelanggan mendepositkan wang ke dalam CIMB Islamic, ada syarat dan peraturan jelas bagaimana bank perlu menggunakan wang milik pelanggan . Oleh itu, untuk memantapkan lagi operasi ini, sepatutnya merangka satu sistem penyeliaan yang konsisten .Ini kerana , apa yang dimaklumkan oleh Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak kepada penulis, bahawa tiada badan yang khusus untuk memantau dan menyelia operasi sebegini. Sememangnya kita telah diyakinkan dengan tahap halal dan haramnya, tetapi jika kita di yakinkan lagi dengan kewujudan pemantauan dan penyeliaan yang konsisten akan menyemai lagi rasa yakin dan akan peroleh kerjasama antara pendeposit dan pegawai operasi tanpa was-was.

Katakanlah, pada peringkat globel, jika kita mendepositkan Wang dalam bank globel yang memberi jaminan ia adalah produk deposit berlandaskan syariah, tetapi tiada siapa yang menyelia dan memantau, apa yang berlaku dan kemana akan dilakukan dengan wang berkenaan... ??

Saturday, June 13, 2009

KEWANGAN ISLAM GLOBAL

video
Klip ini diambil ketika Syeikh Mohamed Abdul Aziz Ghanim datang ke UUM untuk memberikan keterangan berkaitan sistem kewangan Islam. Secara kesuluruhannya, saya amat berpuas hati dengan presentation beliau.

KEWANGAN ISLAM GLOBAL

Perlukan Sistem Yang Dipanggil ‘Up To Date’...

Segelintir masyarakat kita pada hari ini menganggap bahawa institusi kewangan Islam hanya pada nama sahaja. Mereka melihat institusi kewangan Islam hanya seperti bank Islam, Maybank Islami, CIMB Islamic dan sebagainya hanya pada nama sahaja. Hal ini keranamereka melihat hanya pada luaran, omongan kawan-kawan dan sebagainya, sedangkan mereka sendiri tidak mahu mempelajari atau memahami sendiri secara terperinci..

''Islam mengharamkan riba’, tetapi kenapa institusi kewangan Islam masih mengamalkannya?”

ohh..,ini merupakan satu yang persepsi yang tidak benar, perkara sebeginilah yang perlu sama-sama kita perbetuli.

1. Sesebuah perniagaan mesti memerlukan modal dan bermatlamatkan keuntungan bersama, selain itu hendaklah persetujuan bersama dan beberapa syarat lagi yang perlu diketahui, inilah yang diajar oleh Islam dalam kontek mualamat, proses peminjaman wang contohnya, jika kita membandingkan pinjaman dari institusi kewangan Islam dan institusi kewangan konvasional, kita akan dapati Bank Islam seolah-olah mengambil faedah lebih tinggi berbanding bank konvasional. Pertamanya kita perlu fahami bahawa, faedah yang diambil bukanlah sebagai riba, suatu proses perniagaan jika tidak menerima keuntungan atau tidak membawa sebarang faedah, bukan perniagaan namanya, perniagaan atau pinjaman diibaratkan seperti pokok, jika pokok tersebut tidak mempunyai daun, dan tidak mempunyai buah, maka tiada manfaat pada pokok tersebut,akan tetapi manfaat dan keuntungan tersebut diterima setelah persetujuan bersama antara dua pihak, tiada unsur penindasan, berlandaskan al-Quran dan sunnah, wujud ijab dan qabul, tiada kekeliruan dan ketidakpastian yang timbul dan beberapa syarat lain yang bermatlamatkan mencari keuntungan serta kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tanggapan mengatakan faedah yang diambil oleh bank islam lebih tinggi juga merupakan satu tanggapan yang salah, katakanlah bank islam mengenakan charge sebanyak 6%, manakala bank konvasional hanya 4%, jika tidak difahami betul-betul memang akan tersilap, selalunya dalam borang pinjaman bank konvasional akan ada satu nota yang ditandakan seperti ini (*), tetapi ramai yang tidak meneliti betul-betul, nota tersebut ada kalanya menyatakan seperti ''penambahan 3% selepas dua tahun”, atau akan ”akan berlaku perubahan mengikut kadar untung rugi”, atau ”mengikut terma dan syarat”, dan sebagainya. Dengan ini sebenarnya akan mengakibatkan peratus faedah dari bank konvasional lebih tinggi dan membebankan. Bayangkan jika bank konvasioanal yang pada asalnya mengenakan charge sebanyak 4%, setelah dua tahun berlalu, charge tersebut bertambah sebanyak 3% lagi, meenadiknan ianya sebanyak 7%. Ini belum dikira jika berlaku susut tambah nilai, krisis ekonomi, dan sebagainya. Berbanding dengan bank islam yang mengekalkan charge keuntungan yang dikenakan, walau apa kaeadaan yang berlaku sekali pun.

2. Secara umum, perkataan bank bukan dari zaman kita,dan bukan dari hadarah kita, tetapi berasal dari barat, maka apabila sampai ke negara kita, ke hadarah kita, kita silap translation, so dia jadi lain, mafhum ini juga kita boleh bahagikan kepada dua peringkat, pertama dinamakan tasawur,iaitu gambaran, kita kena nampak, kena bayang, jika mafhum kita salah, maka gambaran yang kita nak gambarkan juga akan salah, yang kedua tazhir. Kejelasan, mafhum yang betul dan jelas mampu membantu untuk mencapai matlamat yang tepat. Setelah kita perbetulkan translationnya, kita akan dapati, maksud bank ini sangat meluas,pelbagai fungsi, seperti ada bank pertanian, musahamah, saham dan sebagainya. Sampai hari ini kita terikut-ikut istilah,budaya dan pembawakan barat sampai kita mengamalkannya secara rela hati. Mengikut istilah yang digunakan oleh Ustaz Muhamed Abdul Aziz Ghanim, ahli majlis fatwa Mesir dan merupakan ulama’ fatwa termuda dunia, bank islam perlukan satu sistem yang dinamakan ”up to date”.Penulis mengambil contoh, jika kita ke pam minyak, kita nak bubuh minyak, kita gunakan credit card, apa hukum muamalah sebegitu?? Bawak keluar credit card, masuk dalam mesin, kita picit-picit...katakanlah kita nak RM100.00, kita pun isi RM100.00.. kalau ikut mazhab Syafi'e, batal!!, Sebab apa? Kita akad dengan mesin, tak ada akad, tak ada terima, tak wujud ijab qabulnya.. tetapi dibetulkan dengan muamalat yang dinamakan ”up to date”, bahawa mesin ini sebagai satu syahsiah, suatu kemaslahatan, yang telah wujud dalam musyarakat, tidak boleh ingkar, sebab alat ini dah bagi kita manfaat, kalau kita pakai 24 jam sekalipun, dia tak letih, tak perlu makan, tak perlu minum, maka dibolehkan dan dinamakan syahsiah asliah. Banyak lagi sebab yang perlu kita kaji dan perlu kita tahu, bukan untuk contoh bagi mesin ini sahaja. Perkara sebeginilah yang kadangkala kita menjadi keliru , haram ke halal ? ,Dunia berkembang pesat dengan begitu maju dan cepat, beberapa tahun yang lepas, tercipta telefon bimbit bersaiz sedang, hari ini kita boleh dapati saiz tapak tangan, lebih kecil dan nipis tetapi semakin kompleks.Esok lusa mungkin kita boleh dapati nya dengan saiz jam tangan atau lebih kecil dari itu, maka jika muamalah Islamiyah kita hari ini tidak ada sistem ”up to date”, mungkin timbul kepayahan. Jadi maksudnya disini kalau kita yakin dan telah diyakinkan halal, maka kita gunakanlah. Seperti kita nak makan di restoran, jika dah di tulis ’dijamin halal’, maka kita pun makanlah, orang kata Bank Islam, CIMB Islamic, halal..., berunsurkan Islamic... maka kita daftarlah, buka akaun, maka terlepaslah tanggungjawab kita.

di negara lain menghalalkannya, kenapa di Malaysia tidak dibenarkan pula??''

Kita kena ingat dan perlu tahu,contohnya, sesuatu hukum atau sesuatu fatwa di Malaysia, kita nak laksanakan di Mesir katakan.. Atau di tempat lain, ianya tidak boleh dilaksanakan. Sesuatu fatwa akan berubah atas beberapa dasar dan beberapa sebab. Perubahan mengikut kelainan masa, tempat, niat, perangai dan sebagainya, mungkin di Kedah boleh, di Perlis tak boleh...mungkin dulu boleh, sekarang dah tak boleh, tetapi masa akan datang boleh semula...

1. Pernah penulis bertanyakan sesuatu hukum atau fatwa kepada Syeikh Mohamed Abd Aziz Ghanim, antaranya berkaitan perniagaan berunsurkan piramid atau MLM (multi level marketing), beliau sendiri tidak berani jawab dan menyatakan hujah dan sebab sedemikian.Sebabnya sungguh munasabah dan begitu relevan untuk kita terima.

WALLAHU TA’ALA A’LAM...


Wednesday, June 10, 2009

Syarat Mendapat Pertolongan Daripada Allah S.W.T

Assalamualaikum, kef hal ? Kheir hendaknya. ٍSetiap orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasulnya sentiasa mendambakan pertolongan dari Tuhannya. Tidak kiralah dalam apa jua situasi. Lebih-lebih lagi apabila kita menghadapi kesusahan dan bertemu dengan pihak musuh.
Namun adakah kita benar-benar memenuhi syarat-syarat kelayakan yang menjadi tiket kepada kita untuk mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T. Adakah dengan mengingatinya dalam waktu yang berkala dan bermusim benar-benar menjanjikan pertolongan daripada Allah S.W.T. Tidak sama sekali. Itu bukanlah cara kita beradab dengan Tuhan yang maha Pemberi. Tetapi cara yang lebih sesuai untuk kita mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T ialah dengan sentiasa merasakan Dia sentiasa dekat di hati. Di mana kita berada, di situ kita ingat Dia. Di samping kita melakukan segala yang diperintahkan dan meninggalkan larangannya.
Hari ini saya tuliskan beberapa syarat-syarat yang perlu kita penuhi selaku hamba-Nya untuk mendapat pertolongan daripada-Nya. Cuma kita perlu ingat, jika apa yang kita hajati itu tidak kesampaian janganlah menganggap bahawa Allah S.W.T tidak menolong kita. Yakinilah bahawa Dia ingin memberikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita sangkakan ianya baik.
Jika kita mengamati ayat-ayat al-Quran kita akan mendapat bahawa Allah S.W.T telah meletakkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapat pertolongan daripada-NYa. Tidak kiralah sama ada di dalam medan pertempuran samaada yang melibatkan pihak musuh ataupun tidak seperti medan peperiksaan.

Kawan-kawan yang saya hormati,

Allah S.W.T berfirman :
إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم
Ayat lainnya :
ولينصرن الله من ينصره

Dua ayat dia atas menjelaskan bahawa jika kita ingin mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T . Maka WAJIB ke atas kita untuk menolong (agama ) Nya. Persoalannya, apakah jenis pertolongan yang boleh kita salurkan? Banyak jalan dan cara yang kita boleh gunakan melalui pelbagai wadah dan platform. Sebelum kita menjadi penolong dari skop yang lebih besar kita perlu menjadi penolong dalam skop yang kecil terlebih dahulu.

Mesti Menjadi Penolong Kepada Diri Sendiri Terebih Dahulu
Firman Allah S.W.T :
إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسم



Sebelum kita mengorak langkah lebih jauh untuk menjadi penolong agama Allah S.W.T, sebenarnya kita dituntut oleh Allah S.W.T supaya menolong diri kita sendiri dahulu dengan membebaskan diri kita dari kekakangan hawa nafsu.
Syeikh Abdul Qadir al-Kailani menyebut : Seorang hamba itu antara Allah dan hambanya. Jika dia menolong ( mengikut )nafsunya maka dia adalah hamba kepada nafsu. Tetapi jika dia menolong Allah S.W.T, maka dia adalah hamba kepada-Nya.

Nafsu adalah medan peperangan yang terbesar dalam diri manusia. Inilah yang membezakan kita dengan malaikat.

Memahami Hakikat Peperangan

Medan memerangi hawa nafsu adalah medan peperangan yang paling sukar bagi seorang yang bergelar hamba. Hal ini kerana, keberjayaan kita mengatasi kehendak nafsu memberikan kita satu lampu hijau untuk kita berjaya di dunia mahupun di akhirat. Manusia memerlukan satu mujahadah untuk memerangi hawa nafsu. Adakalnya kita mampu menangi hawa nafsu dan adakalanya kita tewas. Itulah tabiat manusia biasa apabila berdepan dengan hawa nafsu. Untuk mengetahui hakikat peperangan ini, kita perlu memahami dan menghadami tabiat hati , nafsu dan hawa kita.

Kuasai Hati Kita
Seperti yang telah ditakrifkan oleh sebahagian para alim ulama', hati ialah himpunan naluri, perasaan dan sesuatu yang lahir dalam diri manusia sama ada sifat suka, benci, gembira, sedih, tenang, huru hara, khusyu', takut, berharap, lemah lembut, sensitif, rugi, menyesal dan seumpamanya. Kita dianjurkan untuk mengamalkan doa ini :
اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك


Kita perlu mengawal sebaik mungkin seluruh kehendak hati kita agar ianya tidak dirajai oleh nafsu semata dalam apa jua tindakan ataupun tindakan yang kita lakukan. Ianya bagi memastikan keredhaan Allah sentiasa hadir dalam apa jua tindakan kita. Seperti yang kita tahu, Allah S.W.T tidaklah memandang seseorang itu dari sudut paras rupa, harta, pangkat dan segala perkara yang hanya diukur dan disukat dari pandangan zahir semata. Tapi Allah S.W.T melihat ketulusan dan keluhuran seseorang itu melalui sudut hatinya. Ini jelas dibuktikan bersandarkan hadith Rasulullah S.A.W yang berbunyi :
إن الله لا ينظر إلى صوركم ولا أجسادكم ولكن ينظر إلى قلوبكم

Monday, June 8, 2009

Mengenali Air Mani, Mazi dan Wadi

Nampak seolah-olah sama dari sudut sebutan dan tempat keluarnya cecair-cecair tersebut. Sebenarnya, setiap cecair tersebut mempunyai sifat yang berbeza. Hukumnya juga berbeza mengikut pandangan syara'.

Pengertian & Sifat

Air Mani ( Rajih : Suci ): Cecair yang terpancut daripada kemaluan lelaki / perempuan apabila sampai kemuncak syahwatnya. Kesan keluarnya air mani menyebabkan lemahnya syahwat. Apabila ia basah maka ia pekat dan mempunyai bau seperti tepung adunan roti dan berlendir, jika kering ia berdebu apabila digosok dan berbau seperti telur yang kering.
Beza air mani lelaki dan wanita: Air mani wanita berwarna kuning. Kadang-kadang ia memutih disebabkan kuatnya syahwat. Air mani wanita dapat dikenalpasti dengan salah satu daripada dua cara. 1) Lemahnya syahwat 2 ) Baunya seperti air mani lelaki.
Air Mazi : Cecair yang keluar disebabkan rangsangan ketika permulaan ghairah. Sifatnya berwarna jernih dan cair ( tidak seperti lendir ).Adakala kita tidak perasan kehadirannya.
Ai Wadi : Cecair yang keluar akibat terlalu letih atau ketika mengangkat sesuatu yang amat berat. Sifatnya putih lendir seperti mani tetapi kekeruhannya tidak sama dan tidak mengeluarkan bau.

Hukum

Air Mani : Tidak najis tetapi wajib mandi hadas. Jika terkena pada pakaian, pakaian tersebut boleh digunakan untuk solat.
Air Mazi & Wadi : Najis tetapi tidak perlu mandi hadas. Cukup sekadar membersihkannya seperti basuhan air kencing. Keadaan ini, kita dianggap berada dalam keadaan hadas kecil.Maka, kita wajib berwudu' untuk melakukan solat dan sumpamanya.

Masalah air mani yang keluar ketika waktu tidur

Isu yang kerap ditimbulkan berkaitan air mani, adakah cecair yang keluar ketika bermimpi pada malam hari itu hanya air mani semata-mata ataupun keluarnya disertai air mazi. Kita perlu meneliti permasalahan ini kerana kedua-dua cecair tersebut mempunyai hukum yang berbeza dan mendatang kesan terhadap amal ibadah kita. Untuk masalah ini kita perlu melihat sifat-sifat cecair yang saya nyatakan di atas. Jika sifatnya seperti air mani, maka hukumnya seperti air mani. Tetapi jika sifat cecair tersebut seperti air mazi, maka kita perlu mencuci pakai tersebut dahulu kerana air mazi itu najis. Jika berlaku keraguan, bagaimana ? Eloklah kita membersihkan pakaian tersebut. Ini kerana kaedah syara' mengajar kita supaya meninggalkan apa yang diragukan dan beramal dengan apa yang kita yakin.

Rujukan : 1) Kitab Majmu' Jilid Dua.
2) Kitab Feqh Muqaran Tahun Satu Kuliah Azhar cawangan Tanta
3) Manhaj Dakwah Tahun Tiga

* Dalil-dalilnya saya tidak dapat sertakan di sini kerana komputer saya tidak boleh ditulis dengan Bahasa Arab ( ada masa kalau set up lain, Insya Allah saya akan muatkan dalil-dalilnya di sini ).

Sunday, June 7, 2009

Ijtihad Mujtahid


''Nahnu La Nunkiru Fima Mukhtalif Fihi Walakin Nunkiru Fimattafaqna Alaih ( Kita tidak mengingkari pendapat-pendapat yang ada khilaf padanya : Kita tidak boleh menolak apa jua pendapat yang memang jelas berlaku khilaf dikalangan para ulama'. Tetapi kita mengingkari pendapat-pendapat yang telahpun disepakati : Tetapi kita menolak pendapat-pendapat dalam masalah yang telah dikenalpasti betul dan salahnya, hak dan batilnya seperti permasalahan Aqidah Tauhid ).'' Inilah kaedah yang saya dengar daripada guru saya Dr Mohd Abu Salim di dalam salah satu pengajiannya. Sehingga kini, saya begitu terkesan dengan kaedah yang beliau ajarkan ini. Agak ringkas dan mudah difahami. Kesimpulan daripada kata-kata beliau, kita tidak boleh menafikan mana-mana pendapat orang lain dalam masalah khilafiah ( perselisihan pendapat ). Tetapi kita mesti meningkari pendapat pendapat lain terhadap masalah yang telah para mujtahid 'ititfaq' kan ( sepakati ).

Untuk mengeluarkan apa jua pendapat dalam permasalahan khilafiah, seseorang itu mestilah mengusai beberapa cabang ilmu . Di dalam kitab Mukhtasar Sharhu as-Sunnah menyebutkan bawaha seorang mujtahid itu mesti mampu menghimpunkan lima ilmu :
1 ) Ilmu mengenai al-Quran.
2) Ilmu mengenai Sunnah Rasulullah S.A.W.
3) Peerkataan para ulama' salaf yang menjadi ijma' dan khilaf dikalangan mereka.
4) Ilmu lughah ( bahasa )
5) Ilmu qiyas ( proses pengambilan hukum bedasarkan al-Quran, Sunnah dan Ijma')

Ini adalah cabang-cabang ilmu yang perlu dikusai secara umum. Sebenarnya, setiap cabang ilmu tersebut mempunyai pecahan-pecahan ilmu lain yang mesti juga dipelajari dan dikuasai .

Memang susah untuk mengusai bidang-bidang ilmu tersebut secara total. Maka dengan itulah kita boleh menjadi sebagai seorang muqallid ( orang yang mengamalkan sebarang amalan berdasarkan kefahaman para mujtahid) sahaja.


Bentuk Ijtihad Bagi Seorang Mujtahid
Pertama : Ijtihad tentang hukum-hukum Allah yang mereka sepakati.
Kedua : Ijtihad tentang hukum-hukum Allah yang ada titik perselisihan.

Ijtihad yang disepakati adalah satu ijtihad yang murni. Seseorang muslim tidak boleh menentang ijtihad ( hukum ) yang telah disepakati oleh mereka. Ini berdasarkan dalil al-Quran yang bererti :

''Dan barangsiapa yang menentang rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang beriman kami biarkan mereka di dalam kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan dia ke dalam api neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. '' ( Surah an-Nisa' : 15 )

Dan daripada as-Sunnah yang bererti : ''Umatku tidak akan bersepakat di dalam hal-hal kesesatan.'' ( H.R Ahmad )

Imam kita Syafi'e r.h pernah berkata : Para ulama' bersepakat bahawa Allah S.W.T tidak akan menurunkan azab terhadap perkara yang diperselisihkan oleh mereka. Dengan syarat, pendapat mereka tidak menyimpang daripada syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengeluarkan ijtihad.

Tingkatan Para Fuqaha' @ Mujtahid
  • Mujtahid Mustaqil : Para mujtahid yang mampu meletakkan kaedah feqh sendiri .( Imam 4 mazhab )
  • Mujtahid Mutlak Ghaira Mustaqil :Mujtahid yang memiliki syarat-syarat mujtahid mustaqil, namun mereka masih belum mampu untuk meletakkan kaedah sendiri. Mereka hanya meminjam kaedah daripada imam mazhab.( Murid-murid 4 imam mazhab)
  • Mujtahid Muaqayyad : Mujtahid yang melakukan ijtihad dalam masalah-masalah yang belum disebut @ ditulis oleh imam mazhab.( Imam Thohawi & Imam Bazdawi )
  • Mujtahid Tarjih : Mujtahid yang mampu melakukan proses pen'tarjih'an antara pendapat imam satu mazhab dengan murid imam tersebut @ pendapat imam lainnya.( Imam Nawawi )
  • Mujtahid al-Fitya : Seseorang yang memelihara, menyalin dan menjelaskan pendapat suatu mazhab dalam kitab mereka serta mampu untuk membezakan antara satu-satu pendapat sama ada kuat ataupun lemah. ( pengarang kitab-kitab matan )
  • Thobaqotul Muqallidin : Orang yang langsung tidak mampu melakukan perbandingan dan perbezaan antara yang pendapat yang lemah dan yang kuat. Mereka hanya mengikut pendapat imam. ( Kita semua mungkin di tahap ini ( sebenarnya tak layakpun untuk kita berada di peringkat ini) )

Rujukan : Kitab Jundullah karangan Syeikh Allamah Sa'id Hawa.Tahkik dan terjemahan oleh Muhammad Masnur Hamzah

Nilai Masa Bagi Si Pemburu Ilmu..



Masa merupakan antara anugerah yang amat berharga kurniaan Allah S.W.T kepada hamba-hambanya. Masa juga menjadi modal yang diperuntukkan kepada kita semua dalam meneruskan perjalanan hidup selaku hambaNya di atas muka bumi ini. Maka kita tidak boleh mendabik dada dengan sebarang kelebihan yang kita ada. Sedarlah, bahawa kita tidak mampu untuk melakukan dan memperolehi apa-apapun sekiranya pergerakan masa itu dihentikan walaupun untuk sedetik. Itulah realitinya.

Apa yang ingin saya bawakan pada entri kali ini sebenarnya adalah berkaitan dengan ketekunan para ulama' silam dalam melayari bahtera ilmu. Mereka semua amat menghargai masa. Sukalah untuk saya memberikan beberapa contoh yang diambil daripada Kitab Qimatuz Zaman Indal Ulama' ( Nilai Waktu Di Sisi Para Ulama' ) karangan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah ( Al-Fatihah buat beliau ).


1) Ibnu Aqil Tidak Akan Mensia-siakan Umurnya Walaupun Sesaat
Beliau pernah berkata, ''Sesungguhnya aku tidak akan menghalalkan bagiku untuk mensia-siakan umurku walaupun sesaat. '' Beliau lebih suka untuk makan kek yang lembut supaya mudah untuk dikunyah bagi memastikan masanya untuk menikmati makanan tidaklah terlalu lama.Antara kitab terbesar yang sempat beliau karangkan adalah kitab Al-Funun yang mempunyai 800 jilid. Bayangkanlah syeikh, betapa banyaknya jilid buku tersebut. Bagaimana si ulama' ini mampu mengarang buku tersebut dalam jangka hayatnya yang lebih kurang 82 tahun ( hampir sama dengan usia atuk saya ) sahaja .

2) Imam Nawawi Tidak Meletakkan Punggungnya Di Atas Tanah Selama Dua Tahun
Dilahirkan pada tahun 631 H di Nawa, Hauran Selatan Damsyik. Pada tahun 649 H beliau pergi ke Damsyik untuk menuntut ilmu di Madrasah Rawahiah. Sepanjang pengajiannya di sana, beliau tidak pernah meletakkan punggungnya di atas tanah selama dua tahun. Beliau sempat untuk mengkhatamkan hafazan kitab Muwatta' selama sebulan setengah dan membaca satu perempat kitab Muhahazzab secara hafazan melalui gurunya Syeikh Kamal Ishak Bin Ahmad. Imam Nawawi juga akan membaca sebanayak 12 mata pelajaran setiap hari termasuk dhobit ( tanda ) dan taklikan ( kupasan ) .

3) Ibnu Nafis ( Pakar Perubatan & Feqh )
Nama sebenar beliau ialah Imam Ala' Uddin Ibnu Nafis Ali Bin Abi Hazam al-Qurasyi. Dilahirkan di Damsyik pada tahun 610 H dan meninggal dunia di Kaherah pada tahun 687 H. Beliau mendapat gelaran 'Ibnu Sina Kedua' dikalangan ahli ilmuwan.Antara buku perubatan yang ditulis oleh beliau ialah As-Syamil , Muhazzab Fil Kuhl, dan Syarah Qanun Li Ibni Sina. Beliau juga seorang yang mahir dalam ilmu mantik sehingga mampu untuk menghasilkan syarah Kitab Hidayah Li Ibni Sina. Dalam bidah Feqh pula, kemahirannya terselah dengan kejayaannya dalam mensyarahkan Kitab At-Tanbih Li Abi Ishak Assyairazi dari permulaan bab sehingga ke bab Sujud Sahwi. Beliau juga telah mengarang beberapa buah kitab seperti Kitab Usul Feqh, Feqh, Ilmu Hadith, Ilmu Bayan dan seumpamanya.
Sewaktu beliau menulis, apabila dakwat pennya telah habis maka beliau akan membuang pen itu dan terus menggantikannya dengan pen yang lain supaya penulisannya tidak terganggu walaupun sekejap.Beliau tidak mahu penulisannya terhenti seketika semata-mata kerana dakwat pennya telah habis. Diriwayatkan bahawa ketika hendak ke tandaspun, beliau akan memanfaatkan ruang masa yang ada untuk menulis.

4) Imam Alusi Mengajar Sebanyak 13 Subjek Pada Waktu Siang Dan Mengarang Kitab Tafsir Pada Malam Harinya.
Nama sebenar beliau ialah Abu Thana' Shihabuddin Mahmud Bin Abdullah Al-Alusi.Dilahirkan pada tahun 1217 H meninggal pada tahun 1270 H. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Mufti di Baghdad. Pada hari-hari biasa ( tidak sibuk dengan penulisan Tafsir ) , beliau akan mengajar sebanyak 24 subjek sehari.

Sebenarnya ramai lagi para ulama' yang disenaraikan dalam kitab tersebut. Cuma rasanya cukup dengan beberapa orang sahaja untuk saya nukilkan di sini sebgai satu suntikan semangat buat kita semua agar lebih menghargai masa ( walaupun kita tak mampu sebenarnya untuk melakukan seperti mereka ). Untuk tambahan selanjutnya, kalian rujuklah kitab tersebut yang mudah untuk didapati dengan harga L.E 10 sahaja. Cepat...Cepat..Nanti kehabisan stok.