Thursday, October 1, 2009

Disebalik keikhlasan...

Assalamualaikum..Selamat pagi Jumaat buat semua. Apa khabar ? Kheir mudah-mudahan. Sukalah saya pada hari ini mencoretkan perihal yang berkaitan dengan ikhlas. Sesuatu yang mudah disebut tetapi susah dipunyai. Mengapa ya? Antara petikan dialog yang biasa kita dengar. ''Ambillah barang ini, ikhlas dari saya.'' Persoalannya. Benarkah ungkapan ini menunjukkan bahawa si pelaku tersebut benar-benar ikhlas. Atau ada mee di sebalik udang kata Yassin.
Berdasarkan pengajian Syeikh Aagym Gymnastiar hafizohullah, beliau mengatakan bahawa antara tanda seseorang itu tidak ikhlas adalah menyatakan bahawa dia ikhlas dalam perbuatannya kepada khalayak. Hal ini kerana si dia mahu orang lain mengetahui dan mengakui keikhlasannya. Dia mahu keikhlasannya diiktiraf.
Saya hendak menceritakan berkaitan ikhlas pun begitu subjektif untuk dijelaskan. Tidak kira dalam apa jua amal dan perbuatan. Contoh ujian yang bakal ditempuhi oleh seseorang yang melakukan amal sehingga keikhlasannya tergugat begitu banyak. Sebelum amal, ujiannya adalah tidak mahu beramal ataupun ingin beramal tetapi niat yang salah. Ketika beramal, ujiannya adalah enggan menyempurnakan amal yang dilakukan ( melakukan dengan tidak bersungguh-sungguh atau hangat-hangat tahi ayam ). Selepas beramal pun ujiannya ada lagi, pelaku itu merasa riya' dan ujub ( bangga diri dengan apa yang dilakukan ). Semua ini benar-benar memerlukan perjuangan yang begitu tinggi.
Setiap kali kita melakukan solat kita akan berikrar, '' inna solati wanusuqi wa mahyaya wa mamati lillahi robbil 'alamin '' yang ertinya ,'' sesungguhnya solat ku amal ibadah ku, hidup dan matiku adalah kerana Allah S.W.T semata.''
Syaitan sendiri mengakui bahawa dia mampu menganggu semua hamba-hamba Allah melainkan yang benar-benar ikhlas. Kesimpulannya, marilah kita berusaha mencari keikhlasan kerana di situ ada kemanisan. Kemanisan yang tidak dapat dizahirkan tapi dapat dirasai. Ikhlas adalah benteng yang paling tebal dalam usaha untuk meningkatkan aset iman dan taqwa kita kepada Allah S.W.T. Mudah-mudahan kita semua mampu meraih keikhlasan yang haqiqi dalam apa jua perbuatan.Insya Allah..

Doakan kesejahteraan Us. Kamal


Madrasah Arabiah Kluang....



Ust Kamal ( tengah ) bersama dengan beberapa orang guru yang pernah mendidikku suatu ketika dahulu.

Assalamualaikum...Apa khabar semua? Baru-baru ini saya dikhabarkan bahawa Ust. Kamal ( Pengetua Madrasah Arabiah Kluang ) telah menghidap penyakit bengkak hati. Mudah-mudahan penyakitnya itu beransur pulih. Saya yang merupakan salah seorang anak murid yang pernah mendapat pentarbiahan daripada beliau amat mengagumi akan caranya. Ketegasan dan disiplin yang ditunjukkan menjadi semua anak muridnya begitu hormat kepada beliau. Lebih-lebih lagi beliau amat mementingkan aspek keberkatan ilmu. Kata-katanya yang begitu halus dan suluh mampu menyuntik rohani insan yang mendengarnya. Suka mendoakan. Antara doa yang boleh dikatakan tiap-tiap hari terpacul di mulutnya adalah ''allahummaftah alaik'' & amin '' sambil menadah tangan. Berfikiran terbuka dan mudah merai pendapat orang lain. Laju jika bercakap dan berjalan. Tidak suka membuang masa. Beradab. Saya tidak pernah melihat beliau duduk udi dalam kelas sepanjang keberadaan saya di M.A.K melainkan sekali dua. Di pejabat pula, jarang melihat beliau menyandar di kerusi empuknya. Sumpah saya tidak pernah mendengar nada suaranya tinggi apabila marah. Cuma mendatar dan senada. Peliknya, tetap menggerunkan. Doakanlah mudah2an beliau dikurniakan kesihatan yang sempurna agar sentiasa gagah untuk mentadbir dan mendidik anak-anak warisan kita.