Saturday, November 7, 2009

Marhalah Dakwah : Memahami Konsep Perlaksanaan

Assalamualaikum, apa khabar semua ? Kheir hendaknya. Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memberi saya peluang dan waktu untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Moga jiwa yang lemah dan dhoif ini sentiasa sentiasa sedar akan tanggungjawabnya selagi hayat dikandung badan.

Dalam mengharungi arena kehidupan ini, selaku individu muslim lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di atas jalan dakwah perlu belajar dan memahami kaedah dan tuntutannya. Imam as-Syahid Hasan al-Banna telah membahagikan marhalah dakwah ( peringkat dakwah ) kepada 3 bahagian :
1 ) Al-Takrif ( Pengenalan )
2) Al-Takwin ( Pembentukan )
3) Al-Tanfiz ( Perlaksanaan )

Sebahagian anak murid al-Imam hanya memahami peringkat pertama dan kedua. Tetapi, masih kabur untuk memahami peringkat yang ketiga iaitu Al-Tanfiz. Secara perkataannya, memanglah mudah untuk disebut dan nampak gambarannya. Namun usaha untuk memahami dan melaksakannya adalah sesuatu yang memerlukan penerangan, perincian dan pengendalian secara kolektif.
Marilah kita sama-sama cuba memahami apa yang diinginkan oleh al-Imam terhadap kita dalam menyelami skop gerakan dakwah pada bahagian yang ketiga ini. Secara kasarnya, berdasarkan Kitab Durus Fil Amalil Islami karangan Said Hawa menyatakan bahawa al-Imam telah membahagi perngertian al-Tanfiz kepada tiga; erti umum, erti khusus dan erti yang lebih khusus.

Erti umum : Setiap tenaga yang dicurahkan untuk kepentingan da'wah Islamiyah.
Berdasarkan pengertian ini, maka mereka-mereka yang berusaha dalam memperkemaskan Islam adalah sebahagian daripada maksud al-Tanfiz. Mereka yang bekerja membentuk peribadinya dengan prinsip-prinsip amal islami dan akhlak-akhlak berjama'ah telah termasuk juga dalam pengertian ini.

Erti Khusus : Setiap usaha gerakan harian yang berbentuk jihad untuk mencapai matlamat -matlamat yang telah ditentukan meenurut proses marhalah ( berperingkat dan sistematik )

Erti yang lebih khusus : Melaksanakan jihad secara amalke arah mencapai satu matlamat yang menyeluruh.

Dalam memahami peringkat al-Tanfiz ini, kita juga harus menitikberatkan marhalah pertama dan kedua. Hal ini kerana marhalah tersebut menjadi asas utama untuk mencapai peringkat yang ketiga ini. Tidak syak lagi nahawa perlaksanaan al-Tanfiz ini memerlukan jentera-jentera yang mampu berfungsi dengan begitu baik sekali bagi mencapai matlamat.Ia memerlukan latihan asas yang cukup berdasarkan adunan yang strategi dan sistematik dari sudut perlaksanaan.
Islam adalah agama yang syumul dan komprehensif. Ia adalah ad-Din yang tunggal. Seluruh manusia dituntut untuk berpegang teguh dengannya. Oleh itu setiap jama'ah yang didokong oleh Islam adalah satu jama'ah alamiyah yang bersifat sejagat. Jama'ah atau kelompok ini mestilah mempunyai garis panduan yang jelas bermula dari pembentukan manusia sehinggalah berakhir dengan peringkat penegakan Daulah Islamiyah A'lamiyah. Secara jelasnya , jama'ah ataupun kelompok tersebut adalah gerakan yang mendasari tuntutan Allah s.w.t ke atas semua. Maka, sebarang kecuaian yang bersangkutan dengan kerja-kerja amal ini adalah antara penyakit-penyakit umat Islam yang merbahaya. Faktor ini adalah terpenting. Akibat daripada kecuaian itu maka berlakulah culas, wujudnya perpecahan, keretakan dan kerja-kerja secara bersendirian.

Bagaimana kita boleh mencapai tuntutan ini jika berlaku perpecahan sesama kita sehingga merencatkan usaha perjalanan dakwah. Bagaimana kita boleh melakukan kerja secara bersendirian sedangkan Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam pun membina sebuah kelompok bagi menjayakan usaha ini. Apatah lagi kita yang serba lemah lagi dhoi'f ini. Wallahu A'lam...

0 comments: