Saturday, October 23, 2010

PENGIRAAN ZAKAT

Zakat Pendapatan:

Takrifan gaji/pendapatan;
Adalah bayaran yg dibuat atau diterima seseorang sebagai upah kerja atau perkhidmatan yg dilakukan mengikut masa tertentu termasuk juga elaun dan imbuhan daripada apa2 pekerjaan dan perkhidmatan profesional.

Kaedah Pengiraan Zakat Pendapatan;
Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Kiraannya sama satu melebihi nisab maka dikeluarkan zakt 2.5%.

Keperluan Asas sebenar bg tahun semasa(seperti yg diberikan oleh Majlis Agama Islam Johor) *(mungkin berubah so kena rujuk pejabat zakat berhampiran)

i: Saraan-saraan hidup yg diperlukan bg:
a) Sara Diri - RM9000
b) Isteri - RM3000 x bil isteri
c) Anak - RM1000 x bil anak
d) Sumbangan kepada ibu bapa

ii: Perubatan
iii: Pendidikan

Contoh Pengiraan:
A. Pendapatan
Gaji (RM3000x12) = RM36,000
Elaun = RM 6,200
Bonus = RM 4,000
Jumlah Pendapatan = RM46,200

B. Perbelanjaan
Saraan diri = RM9,000
Isteri = RM3,000
Anak (4org) = RM4,000
Saraan ibu bapa
(Rm200 x 12 bulan) = RM2,400
Perubatan anak2
(Rm200 x 12 bulan) = RM2,400
Pendidikan anak2 = RM3,000
Jumlah Perbelanjaan
Setahun = RM23,800

Pendapatan (A) - Perbelanjaan (B)
= RM22,400

Nilai zakat = 2.5% x Rm22,400
= Rm560 setahun
= Rm46.67 sebulan

**Bayaran zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat sebarang tolakan daripada tolakan2 yg dibenarkan di atas.

Pengiraan zakat emas & perak:

Takrifan;
Maksud emas dan perak adalah yg berbentuk barang kemas utk perhiasan atau utk kegunaan lain seperti jongkong emas, piala dan sebagainya yg dipamirkan.

Nisab emas & perak;
Emas = 20misqal/25mayam/85gram
Perak = 176 mayam/595 gram

Pengiraan;
Emas dan perak yg disimpan atau perhiasan emas yg tidak dipakai (termasuk la emas kijang ke dinar emas ke dll emas)
Iaitu yg disimpan dan tidak dipakai walaupon sekali dalam setahun.

**

Sekiranya cukup nisab 85gram emas atau 595 gram perak maka WAJIB dikeluarkan zakatnya 2.5% atas nilai emas dan perak tersebut.

Contoh PEngiraan:
Jika emas yg tidak dipakai adalah 100 gram dan dianggarkan bernilai Rm10,000 (mengikut harga semasa kepada jenis emas), maka zakat yg wajib dikeluarkan adalah:

2.5% x Rm10,000 = Rm 250

** PErhiasan emas yg dipakai
Emas yg dipakai samada sekali sekala atau berterusan sepanjang tahun tidak dikenakan zakat KECUALI jika ia melebihi uruf (nilai pemakaian setempat yg dibenarkan) maka diWAJIBkan zakat atas lebihan uruf tersebut.

Monday, October 18, 2010

Kenyataan Rasmi Pengerusi DPMT Sama Tarikh Dengan Surat Penubuhan AC Satu Persoalan

Assalamualaikum w.b.t, apa khabar semua ? Sihat mudah-mudahan. Baru-baru ini, wakil agen Medic Mesir telah mengeluarkan kenyataan bagi menjawab isu yang telah disebut oleh Pengerusi DPMT. Saya melihat ummi tidak awas dalam mengeluarkan kenyataan. Sahabat-sahabat sekalian, jika kita lihat pada kenyataan tersebut, http://tantamedicmesir.blogspot.com/2010/10/penjelasan-academic-center-mmtanta.html jelas tidak menjawab isu yang diperkatakan oleh Pengerusi DPMT. Mengapa saya berkata sedemikian? Baik, cuba teliti surat dikeluarkan oleh pihak JPMK. Surat tersebut telah pun dikeluarkan pada tarikh 10/10/2010. Sama tarikhnya dengan tarikh Pengerusi DPMT mengeluarkan kenyataan. Sila lihat ini http://edpmt.org/v03/modules.php?name=News&file=article&sid=353&mode=&order=0&thold=0 .

Dalam kenyataan tersebut, Pengerusi DPMT, Us.Sulaiman Bin Ismail telah menyatakan bahawa beliau telah berkali-kali membatalkan pertemuan dengan pihak keselamatan Mesir kerana wakil agen tersebut tidak hadir apabila diminta berbuat demikian. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Us.Sulaiman telah meminta pihak agen tersebut bertemu muka untuk berbincang masalah berkaitan penubuhan AC tersebut beberapa hari sebelum kenyataan daripada beliau dan juga wakil agen Medic Mesir iaitu 10/10/2010. Saya yakin, Us.Sulaiman telah mengeluarkan kenyataan rasmi tersebut setelah menghubungi wakil agen tersebut BEBERAPA KALI sebelum 10/10/2010, tetapi TIDAK JALAN.

Berkaitan surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK, saya merasakan bahawa wakil agen tersebut berada di dalam keadaan terdesak dan terpaksa mencari surat sokongan bagi memastikan usahanya untuk menubuhkan AC tersebut benar-benar mendapat sokongan. Selang beberapa hari berikutnya, pihak JPMK telah mengeluarkan satu lagi surat yang bertarikh 13/10/2010. Bukti surat tersebut dibuat dalam keadaan tergopoh-gapah dan terdesak adalah kerana terdapat beberapa kesalahan ejaan yang TIDAK WAJAR berlaku di dalam surat yang begitu penting seperti ini. Terdapat dua kesalahan ejaan. Pertama , Academic menjadi Adademic dan yang kedua Amnu Daulah menjadi Amir Daulah. Saya yakin surat ini dikeluarkan dalam keadaan tergesa-gesa. Ada beberapa persoalan yang ingin saya timbulkan. Mengapa dalam keadaan terdesak seperti ini baru hendak mencari surat tersebut? Mengapa sebelum ini pihak DPMT menghubungi wakil agen tersebut tidak memberikan respon ? Adakah wakil agen tersebut menganggap bahawa isu keselamatan ini isu remeh dan pada masa yang sama mewar-warkan kepada pelajar agen Medic Mesir bahawa begitu CAKNA dengan keselamatan pelajar ?

Mudah-mudahan pelajar-pelajar agen Medic Mesir dapat mengetahu keadaan yang sebenarnya dan tidak mudah mempercayai apa yang dilakukan oleh wakil agen tersebut tanpa mendengar suara-suara daripada pihak lain.

Wednesday, October 13, 2010

Perpecahan PCT..Siapa Yang Simpati?

Assalamualaikum w.b.t, Apa khabar semua ? Sihat mudah-mudahan.
Kecoh pada hari ini konflik yang berlaku di antara agen Medic Mesir dan persatuan Perubatan Cawangan Tanta ( PCT ). Jika sebelum ini, semua pelajar perubatan di Tanta hidup selesa dan dapat bersatu di bawah satu persatuan. Tapi nasib malang telah menimpa PCT apabila agen Medic Mesir telah menubuhkan persatuan Medic Mesir.
Apa tujuan penubuhannya? Untuk kebajikan ke? Adakah tidak cukup dengan PCT? Satu demi satu perselisihan yang terjadi. Namun PCT tetap mengalah dalam banyak hal kerana meraikan adik-adik agen Medic Mesir. Tapi usaha ini tidak dihargai.
Katanya, esok PCT akan membuat program yang melibatkan semua pelajar baru KPT dan agen MM. Perancangan telah lama dibuat dan telah dimaklumkan lebih awal kepada pelajar-pelajar yang terlibat beberapa hari lepas. Dikhabarkan bahawa program akan diadakan pada hari esok adalah lebih kepada taklimat-taklimat penting. Antara pengisiannya, pengenalan AJKT PCT sesi 2010/2011, taklimat keselamatan daripada mandub Malaysia Tanta ( Us. Sulaiman Bin Ismail ), penerangan visa, taklimat hisbah dan lain-lain.
Tiba-tiba esok agen Medic Mesir hendak melaksanakan program untuk pelajar-perlajar baru. Mesyuarat untuk program itu pun baru diadakan siang tadi. Kenapa macam tu? Nak halang PCT daripada mendekati adik-adik ? Teruklah macam tu. Sebelum ni pun perkara yang sama berlaku. Seolah-olah macam ada tangan belakang yang mencatur supaya pelajar-pelajar agen MM tidak dapat menyertai program PCT.
Sebelum ni, mereka mengatakan bahawa tak akan berlaku perpecahan. Tapi jelas bibit-bibit perpecahan telah pun berlaku. So, apa pandangan anda?

Tuesday, August 24, 2010

Keperluan Untuk Membuat Syahadah Mu'aqqatah

Assalamualaikum w.b.t, Kef hal ? Moga dalam rahmat Allah hendaknya. Di sini saya letakkan beberapa keperluan yang perlu disediakan untuk membuat syahadah mua'qqatah bagi pelajar Tahun 4 Syariah.
1) 4 Keping gambar terkini berukuran pasport .
2) 3 Keping setem dari pejabat pos.
3) 2 Keping passport fotostat ( depan dan belakang bahagian iqamah )
4) Duit sebanyak LE 125

Urusan syahadah mu'aqqatah boleh dilakukan bermula pada minggu hadapan di Maktab Khirrijin.

Wednesday, July 14, 2010

Kehidupan Sayyidi Ahmad Badawi Siri 2

Menjadi antara perkara yang agak penting untuk kita mengetahui siapa yang hidup sezaman dengan Sayyidi Ahmad Badawi. Antara tujuannya, seperti yang disebutkan di dalam buku rujukan saya adalah kerana individu penting yang hidup pada satu-satu zaman akan memberikan kesan terhadap pembentukan bi'ah ( suasana ) sesebuah tempat.
Di sini, akan dinyatakan 3 kelompok yang hidup pada zaman beliau.

*Kelompok pemimpin
Sayyidi Badawi sempat hidup di bawah tampok kepimpinan 6 generasi Khalifah Bani Abbas ( 575 H-701 H )

*Kelompok ulama' Fuqaha' :
1- Sultan Al-Ulama' Izzuddin Bin Abdul Salam (Pakar Ilmu Feqh, Usul Fiqh, Ulama Tafsir, Hadith & Tasauf ) Meninggal pada tahun 660H.
2- Al-Imam Qadhi Al-Qhudhah Tajuddin Abdul Wahhab Bin Khalf. ( Bermazhab Syafi'e )
Meninggal pada 665H.
3- Al-Imam Al-Hafidz Al-Kabir Syaikhul Islam Zakiuddin Amdul Azim Al-Mundziri. ( Pengarang kitab Tarhib & Targhib)Hidup sekitar tahun 581H-656H.
4- Al-Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya Bin Syarfun Nawawi @ Imam Nawawi ( Pakar Mazhab Syafi'e, antara ulama' besar yang masyhur, banyak mengarang kitab Hadith, Feqh dan Tasauf ). Antara hasil karya beliau ialah kitab Riadus Salihin, al-Majmuk, al-Raudhah, al-Minhaj dan banyak lagi. Hidup sekitar 631H-676H.
5- Ibnu Daqiq Al-Aid. Hidup sekitar tahun 625H-795H. Antara beliau dan Sayyidi Ahmad Badawi mempunyai kisah yang tersendiri dan agak menarik untuk dikongsi bersama. Saya akan sebutkannya pada siri yang lain, Insya Allah.
6- Ramai lagi...

*Kelompok ulama' Tasauf
1- Syeikh Abu Hasan As-Syazuli. Meninggal pada tahun 656H.
2- Syeikh Abu Al-Abas Al-Mursi. Beliau adalah anak murid kepada Syeikh Abu Hasan. Kerap bertemu dengan Rasullah S.A.W.
3- Syeikh Abu Al-Ainain Sayyidi Ibrahim Ad-Dusuqi. Hidup sekitar 633H-672H.Mendapat gelaran sebagai Syaikhul Islam. Untuk mengetahui kisah hidup dan karamah beliau boleh merujuk kepada kitab Lisanu al-Ta'rif Bi Syarh Wali as-Syarif karangan Syeikh Jalaluddin Al-Karki.

Sambung pada siri seterusnya...

Tuesday, July 13, 2010

Kehidupan Sayyidi Ahmad Badawi Siri 1

Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar semua ? Kheir mudah-mudahan. Rupa-rupanya sudah hampir 4 tahun saya berada di bumi Mesir ataupun spesifiknya di bumi Badawi. Namun, sejauh mana saya memahami akan sejarah hidup ulama' agung yang pernah hidup di bumi bertuah ini. Entah mengapa, tiba-tibateringin rasanya untuk mengetahui kisah hidupnya secara mendalam. Sebenarnya saya baru sahaja pulang dari Maktabah Qurbah( kedai buku ) di Jalan Saied. Di sana saya menemui dua buah buku yang mungkin banyak dapat membantu untuk mendalami sejarah Sayyidi Ahmad Badawi.
Buku yang pertama, Haqiqatu al-Quthbi al-Nabawi as-Sayyidu Ahmadu al-Badawi dan yang kedua, Aqthobu at-Tasawwuf. Insya Allah, akan saya kongsikan bersama kalian semua berkaitan sejarah ahli sufi yang mulia ini. Lebih-lebih lagi buat mahasiswa Malaysia yang berada di Tanta. Mungkin saya akan ceritakan secara bersiri dan agak ringkas supaya mudah difahami dan tidak bosan untuk membaca. Mudah-mudahan dapat menambahkan perasaan cinta dan kasih kita kepada kekasih-kekasih Allah lantas cuba untuk mengikuti jejak langkah mereka. Amin ya Rabb!!

Tarikh kelahiran : 596 H ( kata sepakat daripada pengkaji sejarah)
- Anak muridnya : Syeikh Ahmad Hijab mengatakan bahawa beliau meninggal dunia pada malam Rabu hari terakhir daripada bulan Zulhijjah.
- Kelahirannya selepas kejatuhan Kerajaan Fathimiah dan pembentukan kerajaan Ayyubiah di bawah kuasa pemerintahan Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 567 H ( sekitar 29 tahun )

Keturunan : Bani Bara, salah satu qabilah Arab di Syam
Tempat kelahiran : Kota Fas, Maghribi( sekarang dikenali sebagai Morocco )


Peta kota Fas

Bandar Fas terdiri daripada 2 bandar :
1) Persisiran Qurawi ( tempat kelahiran Sayyidi Ahmad Badawi )
2) Persisiran Andalus

Kedua-dua bandar ini berada di kawasan kaki gunung.
Bandar Fas juga terkenal sebagai gedung ilmu pengetahuan.Ia juga menjadi salah satu pusat penyebaran dakwah Islam pada masa itu sehingga mampu mempengaruhi negara-negara Afrika Tengah.


Bersambung di lain waktu...

Monday, July 12, 2010

Isu Panas Yang Cuba Disejukkan

Teringat saya atas apa yang berlaku kira-kira sebulan sebelum periksa. Saya telah difitnah menyalahguna kuasa Kedutaan Malaysia. Lebih menyedihkan lagi, insan yang bertanggungjawab terhadap isu ini adalah seorang yang berstatus pegawai.Ya, Pegawai Atase Pendidikan di Mesir. Sepatutnya, beliau membantu untuk memudahkan urusan pelajar dan bukannya menyusahkan. Adakah saya bukan rakyat Malaysia sehingga dilakukan sedemikian.
Kita telah sedia maklum, setiap wakil kedutaan yang datang ke Muhafazah perlulah memaklumkan kepada Pihak Keselamatan Mesir melalui Pengerusi. Wakil pihak keselamatan yang bertugas sendiri mengatakan bahawa kehadiran mana-mana wakil kedutaan perlu dimaklumkan. Bukannya sukar, hanya memaklumkan kepada kami dan memberikan maklumat yang dikehendaki oleh pihak keselamatan Mesir. Itu sahaja.
Mungkin saya boleh memaafkan jika beliau tidak memaklumkan kepada pihak kami tentang kehadirannya di sini memandangkan beliau adalah pegawai yang baru di Mesir. Namun yang saya tidak boleh terima, dakwaan yang dilemparkan oleh beliau terhadap saya.

Waktu itu, hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya. Bayangkanlah, isu yang sekecil ini cuba dipanjangkan oleh beliau untuk di bawa ke dalam parlimen. Sedangkan banyak lagi isu umat yang lebih besar dan berautoriti untuk dibincangkan di dalam parlimen.Sungguh pelik. Adakah kerana saya orang kuat PMRAM? Sudah kering air liur rasanya dalam menjelaskan status PMRAM di bumi Mesir. PMRAM berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Dalam Negeri dan berhak untuk beroperasi di sini di bawah pantauan pihak tersebut.

Saya sungguh menyesali akan tindakan yang dilakukan oleh beliau. Lebih saya sesali, apabila saya menghubungi beliau untuk menafikan dakwaan tersebut yang katanya bahawa maklumat yang mengatakan bahawa saya mengaku sebagai wakil kedutaan diterima oleh Puan Salwa daripada wakil Keselamatan Mesir sendiri. Apabila saya bertanya kepada wakil pihak keselamatan samada benar atau tidak perkara tersebut, wakil Keselamatan Mesir menafikannya dan ingin bercakap dengan Puan Salwa untuk menafikan perkara tersebut. Tetapi pegawai tersebut enggan memberikan peluang untuk bercakap dengan Puan Salwa. Mengapa?

Keputusan Control & Dr.Ismail...

Assalamualaikum w.b.t, apa khabar semua? Mudah-mudahan sihat dan berada di dalam rahmat Allah. Semalam, usai membantu saudara Tengku Ahmad Safwan yang menghadapi masalah berkaitan iqamah( visa ) di pejabat Amnu Daulah, saya terus bergegas ke kuliah Syariah di Syberbay untuk melihat kepututsan control yang dikhabarkan telah pun keluar. Namun, rupa-rupanya keputusan tersebut masih lagi berada di dalam peringkat tashih( semakan ). Saya memerhatikan bilik control Tahun 4 Syariah dari sudut yang agak jauh. Kelihatan Dr.Amir( Pensyarah kuliah Syari'ah Islamiyah ) sedang tekun menyemak semula markah-markah pelajar bersama beberapa pemeriksa yang lain. Nampaknya hasrat untuk melihat keputusan control pada hari initerpaksa dibatalkan. Tidak lama kemudian, saya ternampak Dr.Ismail baru selesai solat(sempat berguru dengan beliau untuk membaca Kitab Riadus Salihin pada musim panas tahun lepas). Dia mengangkat tangan dan melambai-lambai dari jauh. Saya menyambut lambaian tersebut. Dari jarak yang agak jauh itu, dia bertanya kepada saya apa yang sedang aku nantikan di situ. Saya menunjuk ke arah bilik control. Dr.Ismail mengangguk menandakan beliau memahami akan isyarat saya itu dan apa yang saya nantikan. Lebih-lebih lagi tahun lepas beliau juga yang telah membantu saya untuk melihat keputusan peperiksaan. Beliau kelihatan agak sibuk pada waktu itu dan terus bergegas ke tempat lain.
Sewaktu menunggu bas untuk pulang ke rumah, saya terserempak dengan Dr.Ismail buat kali kedua. Kebetulan kami menaiki bas yang sama. Dalam perjalan yang agak pendek itu, kami sempat berbual mesra. Dr. Ismail memberitahu bahawa natijah masih lagi dalam peroses pentashihan. Selepas itu,beliau meminta nombor angka giliran beserta nama penuh dan mengatakan bahawa jika keputusan telah keluar beliau akan menghubungi saya. Sebenarnya saya agak segan dan silu untuk memberikan maklumat tersebut, lebih-lebih kepada guruku yang mulia itu...Malu jika dia melihat keputusan saya nanti.

Saturday, July 10, 2010

SELAMAT HARI LAHIR UMMI ( 11/7/1965 )


Kesempatan ini anakanda ingin mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' buat ummi tersayang. Semoga Allah panjangkan usia, murahkan rezeki dan tambahkan berkat dalam mengharungi kehidupan. Love u so much!

Thursday, April 29, 2010

abg.. umi masuk hospital!!

Tak tahu kenapa 12tgh malm, 28 April yg lalu tibe2 umi cakap die sakit sngt prut, tak tahan.. umi menjerit2 bang, die tak tahan...
nasib baik masa tu ayah ada disamping umi.. ayah trus dapatkan kereta bawa umi ke hospital.. masa tu xde sapa pun yang taw.. temasuk lh abg..
...
setibanya di hospital, umi terus diusung masuk untuk disahkan apa sakitnya..
xlama lepas tu dokter pun kluar, jumpe dgn ayah.. dokter ckap umi perlu dibedah, perlu dibelah perutnya, sebab nk kluarkan sesuatu yang ada dalam perut umi.. knapa masa tu adek tak diberi tahu.. knape ayah xnk bagitahu pd adek yang umi nk kene operation.. yang abg pun satu, kenapa biarkan umi kene operation.. knapa tak halang dokter tu.. abang kan tahu amatlah sakit bile kne operation.. knapa.. knape.. jgn buat umi mcm tu.. sakit !@#$%^&
...
dari luar, ayah berfikir sebentar, perlu ke umi dioperate.. tak lama kemudian ayah terus membuat kputusan dengan serta merta, umi mesti dioperation.. mesti.
ayah.. knapa ayah benarkn.. tak nampak ke umi menjerit kesakitan, tak kan nak tambah kan lagi kesakitan yang umi alami, ayah.. tarik balik ayah.. jangan, jangan!!!
...
selang beberapa minit selepas itu, umi nampak tenang seperti biasa.. kesakitan hilang.. dokter pun tak jadi untuk operte umi.. AlhamduliLLAh.. dokter suruh semua bersabar, angaplah seperti biasa sahaja..jam menunjukkan pukul empat lebih.. umi masih dalam keadaan yang tenang. ayah juga nampak seperti biasa, tapi dalam jiwanya tiada siapa pun yang tahu betapa ayah risau dan gelisah. Tapi.....................
beberapa mini kemudian sekali lagi Hospital Besar Kuala Lumpur dari tingkat 4 dikejutkan dengan suara umi.. kali ini jeritan agak perlahan, namun kesakitan dari raut wajah umi jelas menunjukkan yang umi alami seperti berkali2 ganda apa yang telah umi alami tadi.. tanpa melengahkan masa, dokter sepeti sudah tahu apa yang akan berlaku dan apa yang perlu dilakukan.. umi dirawat oleh beberapa orang dokter yang pakar shj di dalam bilik khas.. dan
dengan mudahnya, terdengarlah tangisan bayi yang comel yang diberi nama Muhammad Dzulhilman Bin Roslan, kemudian diikuti dengan laungan azan subuh menandakan tamatlah waktu untuk semua umat islam bersahur. Peristiwa ini telahpun berlaku pada 21 tahun yang lepas, pada 28 April 1989 bersamaan 21 Ramadhan 1411h. pada waktu Subuh. Kelahiran aku disambut dengan seribu satu syukur, dilaungakan azan sebanyak 2kali, yang pertama oleh ayahanda ku sendiri, yang kedua oleh bilal masjid HBKL menandakan telah masuk waktu subuh.
Alhamdullahi Rabbil Alamin.. syukur aku tidak terhingga.. terima kasih aku lafazkan kepada bonda ku, Halimah Bt Hj Mohd Tamin & Ayahanda ku, Roslan Bin Bian.. tanpa mereka siapalah aku...sehingga hari ini aku menitip dewasa.. sudah 21tahun aku mengenal isi dunia, ak mengenal agama, mengenal siapa pencipta, semua kerana kamu berdua.. Jannah Firdaus akan ku pohon untuk kamu berdua, ayah dan ibu.. takkan terbalas, takkan terucap disini sahaj jika aku mahu teruskan ucapan ini.. slam, peluk cium dari anakandamu yang amat menyangi dan mengasihi kamu berdua..
اخ صغير
29 April 2010

Monday, April 26, 2010

Rentetan 'hantar pulang PEGAWAI JPMK yang hanya menyusahkan pelajar sahaja (http://www.facebook.com/home.php?#!/group.php?gid=108505235857359)


Seorang umat Nabi Muhammad SAW, Abu Lahab, musuh terbesar,orang yang paling jahat di dalam memperjuangkan nabi S.A.W, selalu memukuli nabi, selalu melontar kotoran ke jasad nabi, tapi apa yang nabi buat ketika dia menggali lubang agar nabi jatuh ke dalamnya,Rasul keluar dari rumahnya secara tiba-tiba, lalu Abu Lahab terperanjat dan terus jatuh ke dalam lobang yang digalinya sendiri...
Apa yang dilakukan oleh Nabi? Siapa yang menolong Abi Lahab? Kenapa Nabi tak berkata.. 'ini manusia yang merosakkan agama Allah,biarkan dia masuk ke dalam lobang yang digalinya sendiri,syukur dia masuk dalam lobang, jangan di tolong, bia senang kerja Aku, Biar mudah dakwah Aku...'Tapi siapa yang datang menolongnya? sebelum teman-temannya datang, terhulur tangan SAIDINA MUHAMMAD yang mulia. Inikah perbuatan yang selayaknya nabi lakukan terhadap musuh besarnya? inilah... wajah yang paling ramah, محمد رسول الله صلى الله عليه وسلم..
Kita lihat pula perbuatan sang NABI ketika mana berhijrah ke Madintul Munawwarah, Abdullah bin Ubai bin Thalul,pimpinan munafiq terbesar di Madinatul Munawwarah, orang yang selalu membuat khianat kepada islam,selalu mengkhianati nabi, masuk islam supaya dirinya aman,namun dialah orang yang paling jahat kerana selalu membocorkan rahsia-rahsia nabi SAW, rahsia-rahsia agama. suatu ketika telah sampai ajalnya di jemput tuhan Rabbuljalil, yang tidak menilai siapa mereka, pasti akan diambil kembali nyawanya,sungguh gembira orang muslimin.. tiada siapa yang hadir menziarahi jenazahnya,samada orang muslimin mahupun orang munafik, dan teman-temannya, mengapa?.. jika mereka hadir, nanti akan dimusuhi.. namun, hadir anaknya yang baik, Abdullah bin Abdullah bin Ubai bin Thalul, datang kepada nabi SAW, dan berkata kepada nabi, ya Rasulullah, ayah ku telah wafat , tiada siapa yang menguruskan jenazahnya.. bantulah aku yang lemah ini. Rasulullah berdiri, Rasulullah yang pergi, baginda memandikan, mengapankan, solatkan dan seterusnya memasukkan ke dalam liang lahad. Berkata putra Abdullah bin Ubai bin Thalul, bapaku bukanlah orang yang baik, tapi aku minta baju mu dipakaikan untuk dikapankannya. Saidina Omar berkata, 'tidak ya Rasulallah!jangan diberi..'namun Rasulullah memberikan bajunya dan mengkapankannya,selesai Rasulullah mensolatkannya ,turun ayat:استغفرت لهم او لا تستغفر لهم لان تستغفرلهم سبعين مرة لن يغفرالله لهم . Wahai Muhammad SAW,kau istighfari dan memohon keampunan untuk Abdullah bin Ubai bin Thalul, atau tidak kau istighfirkan, sama sahaja dengan 70 kali kau minta keampunan kepadanya, Allah SWT tidak akan mengampunkan dia. Demikian riwayat sahihul Bukhary ketika Rasul dapat ayat ini, Rasul berkata kepada Saidina Umar R.A. 'Aku tahu bahawa Allah tidak mahu memaafkannya, tapi kalau aku tahu jika boleh diistighfari lebih dari 70 kali misalnya, Allah akan mengampuninya,aku akan lakukanya, lebih dari 70 kali kepada Abdullah bin Ubai Bin Thalul, agar dia diampuni Allah' Ini lah jiwa MUHAMMAD SAW wabarak alaih wa ala aa lih, demikian indahnya sang Nabi,tiada baginya permusuhan bagi orang di luar islam,terhadap musuh-musuhnya,kecuali jika mereka memerangi dengan senjata, maka sebagai seorang muslimin wajib membela diri dengan mengangkat senjata, Selain dari itu, islam tidak membolehkan kita mengangkat senjata kepada musuh yang tidak bersenjata.
Diriwayatkan dalam sahihul Bukhary lagi,bahawa ketika seorang pemuda yahudi datang kepada Rasul SAW, berkata : boleh tidak aku datang ke rumahmu? "kalau bahasa sekarang , najis bagi orang bukan muslim memijak kerumahku, sebahagian berkata begitulah.." tapi lihatlah, permintaan si yahudi diterima oleh Nabi, malahan nabi membawakan makananya,minumnya, tidur di rumah NABI SAW, yang kita tahu sebesar mana rumahNya, tinggal di rumah nabi pula dalam jangka masa yang lama.. tidak pula nabi berkata, 'kamu jika mahu tinggal di rumah ku harus memasuk islam!'Tidak sama sekali, nabi tidak pun buat sebegitu rupa... Indahnya budaya yang nabi bawa.
Kita kena ingat, ketika sang Nabi, dilempar dengan batu, dilempar dangan najis, diperbuat seperti orang gila,disuruh anak-anak kecil untuk berbaris melimparinya. orang-orang dewasa berbaris melimparinya, sehingga kakinya terluka.. cuba bayangkan sahabat-sahabtku sekelian, Nabi berdiri ditengah-tengah mereka seolah-olah mereka mengangap nabi seperti orang gila, membawa ajaran yang salah, menyalahi adat bagsa mereka, nabi jatuh tersungkur, mereka dirikan semula nabi disuruh berjalan lagi untuk dilemparkan batu terus dan terus.. masyaALLAH!! apa yang boleh nabi buat? Kalau hendak sang Nabi mengangkat tangannya, tenggelamkan seluruh mereka di dalam bumi Taif ini,jika Nabi hendak Allah SWT memerintahkan seluruh malaikat mengangkat gunung uhud untuk membenam seleruh negara taif... namum apa yang dilakukan oleh Nabi, apa yang diucapkan oleh Nabi.. : اللهم اهدى قومى فانهم لا يعلمون . Wahai Allah,berikanlah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui. KAUMKU!!?? mereka ini lah yang memerangi baginda, masih dipanggil kaumku! 'Allahumah di kaumii..' Inilah Saidina Muahammas SAW. Ikuatan seluruh makhluk, rahmat seluruh alam.. Oleh sebab itu, layak bagi kita,semakin sempurna hidup kita, semakin sempurna kita mengikuti Nabi kita SAW.

Dalam perjanjian Hudaybiyah..Rasul SAW walaupun sudah mempunyai kekuatan seramai 3000 orang muslimin, baginda SAW tetap bersabar kerana orng muslimin tidak dibenarkan masuk ke Mekah ' kami datang dengan damai,kami datang tidak bawa senjata, hanya mahu masuk untuk tawaf sahaja, saie.. ' sahabat pulang semula ke Madinah bertemu Rasulullah, Khalid Ibn Walid mengatakan tidak dibenarkan masuk ke Mekah, maka Rasulullah memerintahkan para sahabat pulang ke Madinah, maka para sahabat mengeluh.. 'Ya Rasulullah,bukankah kita semua muslimin, dan mereka semua itu musyrikin? dan Mekah itu kampung kita.. kita masuk juga dengan cara yang aman.. kita perangi sahaja Mereka itu, kita rampas semula Mekah ' rasul mengarahkan..'pulang.. jangan ada pertumpahan darah selagi musuh tidak mengangkat senjata. Beberapa tahun selepas itu, Allah izinkan mereka masuk ke kota Mekah, lalu hampir 10ribu oarng muslimin dan muslimat masuk ke Mekah mukarramah, tanpa ada satu pun senjata yang terangkat, bahkan dengan damainya nabi berkata : 'barang siapa yang memasuki rumah Abu Sufian, maka dia akan aman,yang masuk ke rumah mengetuk pintunya dia aman, yang masuk ke Masjid juga di aman, tiada senjata yang terangkat. Demikin indahnya Qudwah yang diserapkan oleh Baginda SAW, kepada umatnya. Oleh itu wahai sahabat-sahabat sekelian, pesanan saya buat Akhi Khabir saya yang jauh disana, serta para sahabat yang lain sekelian yang berjuang menuntu ilmu Allah, yang menkaji sirah-sirah Baginda SAW, berbanding saya yang sentiasa lekang dan ketandusan punca.. selesaikan dengan jalan yang terbaik.. apatah lagi kita bersaudara : انما المؤمنون اخوة فاصلحوا بين اخويكم, kita hanya dipisahkan dengan fahaman politik dan ideologi, bukan dipisahkan dengan keimanan.., kepercayaan kita tetap sama , tujuan kita tetap yang satu.. temankan 'beliau'.., kembalikan kepercayaan yang ada pada anda untuk dipersembahkan untuk mereka, sejauhmana mereka mampu mengangkat langit agar tidak jatuh ke dasar bumi... selesaikan secara bijak, secara berhemah, ikuti contoh hasanah yang ditinggalkan oleh Nabi kita yang mulia Muhammad SAW. Bukanlah tujuan saya mentamsilkan 'dia' sebagai Abu Jahal, mahupun ketua munafiqin.. tidak! kisah sebegini yang patut kita susuli, kita kaji, kita fahami dan kita ikuti.
WALLAHU TAA'LA A'LAM...
-من أخ صغير-
- جامعة شمالية ماليزية-

Sunday, April 25, 2010

AL_MANAM FIT_TANAAM

Mimpi

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah menjadikan malam diantaranya tercipta dengan dua keistimewaan, iaitu tidur dan mimpi. Selawat dan salam mudah-mudahan tetap kepada Muhammad SAW.
Sesungguhnya mentafsirkan mimpi adalah perkara yang boleh menjadikan hati tentang khusyuk setelah bermimpi, samada mimpi baik atau mimpi buruk. Ketenangan yang dimaksudkan apabila bermimpi tentang kebaikan, ia kebiasaanya akan membawa erti kegembiraan.namun, jika bermimpi yang kurang menyenangkan ia berfungsi sebagai peringatan agar berhati-hati.
Penafsiaran... mimpi boleh ditafsirkan menurut kaedah syarak yang berlandaskan hujah dan nas-nas yang dikumpulkan dari dalil-dalil yang disepakati seperti al-Quran, hadith dan sebagainya.
Firman Allah SWT:
4. (Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku ( Bapak Yusuf a.s. ialah Ya'qub putera Ishak putera Ibrahim a.s.), sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku."

5. Ayahnya berkata: "Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat jahat (untuk membinasakan) mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia."

6. Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu (untuk menjadi Nabi) dan diajarkan-Nya kepadamu sebahagian dari ta'bir mimpi-mimpi dan disempurnakan-Nya nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya'qub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmat-Nya kepada dua orang bapamu sebelum itu, (yaitu) Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
surah Yusuf :4-6

Sesungguhnya hanya Allah yang maha Mengetahui lagi Bijaksana

.. Mimpi juga boleh diungkapkan bersumberkan pengalaman dan petua dari orang yang terdahulu dari kita. Namun ianya hanya berdasarkan pendapat dan pengalaman. Sebaiknya kita ambil yang berdasarkan syariah, moga ia lebih tepat dan bermanfaat bagi kehidupan kita hendaknya.

Kepada pelayar-pelayar blog yang tercari-cari dan tertanya-tanya, apakah penafsiran mimpi yang pernah, telah dan akan anda alami.. boleh lah anda nyatakan keadaan mimpi anda di bahagian komentar blog ini,dan boleh lah kita berkongsi ilmu bersama, mana yang saya mampu tafsirkan berdasarkan ilmu yang pernah saya pelajari dan beberapa sumber rujukan yang boleh yakin dipercayaai, InsyaAllah akan cuba saya paparkan ...

MIMPI MELIHAT ALLAH
Dikatakan terdapat dalam kitab ihya’ bahawa imam ahmad telah bermimpi berjumpa/mendengar suara Allah.
adakah terdapat hadith sahih berkenaan mimpi jumpa Allah?jawapan:

Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW,

Berikut adalah kesimpulan yang dirumuskan oleh Syeikh THTL – hafizahullah -:
Saya telahpun membaca Buku Syaikhul Islam Abul Abbas Taqiyuddin Ibn Taymiyah al-Harani dalam Bayan Talbis Jahmiyah dan selepas diskusi dengan Kapten Hafiz dan beberapa pakar salafi merumuskan:

1. Allah SWT dapat dilihat di Akhirat dgn penglihatan hakiki (mata kepala). Ini adalah ijma’ (Syarh Sunnah/870 dari Imam Malik ra)

2. Melihat Allah di dunia dalam keadaan yaqozah (sedar) tidak mungkin. Kata Imam Ahmad Ibn Hanbal, ia adalah ijma’. (al-Qurthubi, al-Jaami’ (7/38)

3. Adapun melihat Allah dalam mimpi juga adalah mungkin menurut kesepakatan ahli sunnah wal jama’ah (syarh Sunnah, 12/227/280). Kata Ibn Hajar, tidak ada perselisihan di kalangan ulama atas kemungkinan melihat Allah dlm mimpinya. (al-Fath (14/416, edisi Darul Fikr)

Isu Utama: apa yg boleh dilihat dalam mimpi melihat Allah?

Kata imam salaf, ia bukanlah Dzat, tapi cuma sebahagian dari gambaran atau permisalan atau gambaran ata lintasan-lintasan hati.

Rumusan Ibn Taymiyah dalam Bayan:

” yg mampu dilihat ialah gambar-gambaran (images), perbuatan2 dan suara-suara yang merupakan sebuah refleksi dari hakikat yg sebenarnya.”

Rumusannya:

Mimpi melihat Allah dalam mimpi adalah disepakati dan suatu maqam yg tertinggi kepada wali Allah, tapi ia bukanlah melihat Dzat, cuma ia melihat secara abstrak. Dasar keimanan ialah melihat Allah dgn mata kepala hanya berlaku di Akhirat. selesai

Sunday, April 4, 2010

Tentang Bulan...

Teori ini saya ambil daripada seorang sahabat Tanta. Ini hanya sekadar hasil pemerhatian berdasarkan kajian beberapa orang pakar.Sekadar berkongsi.

JANUARI
~~~~~~~-
-Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.
- Suka mendidik dan dididik.
- Sangat mudah melihat kelemahan orang lain dan suka mengkritik.
- Rajin dan setiap yang dibuat selalu menghasilkan keuntungan.
- Suka bersih-bersih dan hal-hal yang serba teratur.
- Bersifat sensitif, berfikiran mendalam.
- Pandai mengambil hati orang lain.
- Pendiam kecuali telah dirangsang.
- Agak pemalu dan mendambakan tumpuan yang bisa dipercayai.
- Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
- Badannya sehat tetapi mudah diserang penyakit.
- Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya ataumemperlihatkannya.
- Cukup sayang pada anak-anak.
- Suka berdiam di rumah.
- Setia pada segala-galanya.
- Perlu belajar untuk hidup bersosial
- Mempunyai rasa cemburu yang sangat tinggi.


FEBRUARI
~~~~~~~~

- Berfikiran abstrak.
- Suka pada benda yang real dan abstrak.
- Inteligent, bijak dan genius
- Memiliki keperibadian yang mudah berubah.
- Mudah menawan hati orang lain.
- Agak pendiam, pemalu dan rendah diri.
- Jujur dan setia pada segalanya.
- Keras hati untuk mencapai tujuan.
- Tidak suka dikekang.
- Mudah memberontak apabila dikekang.
- Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
- Mudah mempamerkan dan memperlihatkan amarahnya.
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
- Sangat berani dan suka memberontak.
- Bercita-cita tinggi dan suka berangan
-angan dan ada harapan untukmerealisasikan impiannya.
- Pemerhatian yang tajam.
- Suka hiburan dan suka akan benda yang bersifat seni.
- Sangat romantik pada dalamannya tetapi tidak pada luarannya.
- Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
- Harus belajar untuk mempamerkan emosi.


MARCH
~~~~~~
- Berkepribadian yang menarik dan menawan.
- Mudah didampingi.
- Sangat pemalu dan pemendam rasa.
- Sangat baik, jujur, pemurah dan mudah simpati.
- Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam sekitar.
- Suka pada kedamaian.
- Sangat peka kepada orang lain.
- Sesuai dengan kerjanya yang memberi khidmat kepada orang lain.
- Tidak cepat marah dan sangat baik hati.
- Tahu membalas dan mengenang budi orang.
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
- Kecenderungan untuk mendendam jika tidak dikontrol.
- Suka berangan-angan.
- Suka melancong.
-Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
- Kalang kabut dalam memilih pasangan.- Suka dengan hiasan rumah tangga.
- Punya bakat seni dalam bidang muzik.
- Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan bagus.
- Terlalu moody.


APRIL
~~~~~
- Sangat aktif dan dinamik.
- Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal.
- Sangat menarik dan pandai memanjakan diri.
- Punya daya mental yang sangat kuat.
- Suka diberi perhatian.
- Sangat diplomatik (pandai membujuk, berkawan dan pandai menyelesaikanmasalah orang).
- Sangat berani dan tidak ada perasaan takut.
- Suka petualangan, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
-Emosi cepat terusik, try to control the emotion.
- Kecenderungan bersifat dendam.
- Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan.
- Kuat daya ingatan.
- Gerak hati yang sangat kuat.
- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
- Berpenyakit di sekitar kepala dan dada.
- Sangat cemburu dan terlalu cemburu.


MEI
~~~
- Kekerasan hati dan degil.
- Kuat semangat dan bermotivasi tinggi.
- Pemikiran yang tajam.
- Mudah marah apabila tidak dikontrol.
- Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian.
-Perasaan yang amat mendalam.
- Cantik dr segi mental dan fizik.
- Tidak perlu dimotivasikan.
- Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
- Mudah dibujuk.
- Bersikap sistematik (otak kiri).
- Suka berangan- angan.
- Kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang laintanpa diberitahu.
- Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit.
- Daya khayal yang tinggi.
- Pandai berdebat.
- Fizikal yang baik.
- Kelemahan sistem pernafasan.
- Suka sastera,seni dan muzik serta melancong.
- Tidak berapa suka duduk atau diam di rumah.
- Tidak boleh duduk diam.
- Tidak punya banyak anak.
- Rajin dan bersemangat tinggi.
- Agak boros.


JUN
~~~~
- Berfikiran jauh dan berwawasan.
- Mudah digunakan atau dimanfaatkan orang kerana sikap baik.
- Berperangai lemah lembut
- Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
- Idea yang terlalu banyak di kepala.
- Bersikap sensitif.
- Otaknya aktif (senantiasa berfikir).
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera
- Bersikap suka menunda- nunda.
- Bersikap terlalu memilih dan selalu mau yang terbaik.
- Cepat marah dan cepat sejuk.
- Suka berbicara dan berdebat.
- Suka membuat lawakan atau lelucon dan bergurau.
- Otaknya cerdas berangan- angan.
- Mudah dan pandai berkawan.
- Orang yang sangat tertib.
- Pandai mempamerkan sikap.-
Mudah berkecil hati.
- Mudah terkena penyakit berjangkit.
- Suka berkemas atau bersih-bersih
- Cepat merasa bosan.
- Sikap terlalu memilih dan cerewet.
- Kurang mempamerkan perasaan.
- Lambat sembuh apabila hatinya terluka.
- Mudah menjadi eksekutif.
- Kedegilan yang tidak terkontrol.
- Mempunyai prinsip: siapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.


JULAI
~~~~~
- Sangat senang apabila didampingi.
- Banyak berahasia dan sukar dimengerti, terutama lelaki.
- Agak pendiam kecuali dirangsang.
- Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
-Mudah dibujuk.
- Sangat menjaga hati atau perasaan orang lain.
- Sangat ramah.
- Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
- Berjiwa sentimental.
- Jarang mendendam.
- Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
- Membimbing secara fisik dan mental.
- Sangat peka, pengasih serta penyayang.
- Melayani semua orang dengan sama.
- Daya simpati yang tinggi.
- Pemerhatian yang tajam.
- Suka menilai orang lain.- Mudah dan rajin belajar.
- Suka mengenang peristiwa atau kawan lama.- Suka berdiam diri.
- Suka duduk atau diam di rumah.
- Suka menunggu kawan tapi tidak mencari kawan.
- Tidak agresif kecuali terpaksa.
- Lemah dari segi kesehatan perut.
- Mudah gemuk apabila tidak mengawal makanan melalui diet.
- Minta disayangi.
- Mudah terluka hati tapi lambat untuk pulih.
- Rajin dalam bekerja.


OGOS
~~~~~
- Suka bergurau.
- Sopan santun dan perhatian terhadap orang lain.
- Berani dan tidak mengenal kata takut.
- Orangnya agak tegas dan bersikap kepemimpinan.
- Pandai membujuk orang lain.
- Terlalu pemurah dan bersikap ego.
- Nilai harga diri yang sangat tinggi.
- Haus akan pujian.
- Semangat juang yang luar biasa.
- Cepat marah dan mudah mengamuk.
- Mudah marah apabila perkataannya dilawan.
- Sangat cemburu.
- Cepat berfikir.
- Fikiran yang berdikari.
- Suka memimpin dan dipimpin.
- Sifat suka berangan.
- Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat.
- Cepat ditimpa penyakit.
- Belajar untuk relax.
- Sikap kelam kabut.
- Romantik, pengasih, penyayang.
- Suka mencari kawan.


SEPTEMBER
~~~~~~~~~~
- Sangat sopan santun.
- Sangat cermat, teliti dan teratur.
- Suka menegur kesalahan orang lain dan mengkritik.
- Pendiam tapi pandai dalam bercakap-cakap.
- Sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati.
- Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
- Sangat sensitif tetapi tidak diketahui.
- orang yang banyak berfikir.
- Otak bijak dan mudah belajar.
- Suka mencari maklumat.
- Kontrol diri untuk tidak terlalu mengkritik.
- Pandai mendorong diri sendiri.
- Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) karena banyakmenyimpan rahasia.
- Suka akan hiburan dan melancong.
- Kurang menunjukan perasaannya.
- Luka hatinya sangat lama disimpan.
- Terlalu memilih pasangan.
- Sistematik.


OKTOBER
~~~~~~~~
- Menyukai orang yang sayang padanya.
- Suka mengambil jalan tengah.
- Sangat menawan dan sopan santun.
- Kecantikan luar dan dalam.
- Tidak pandai berbohong dan berpura-pura.
- Mudah rasa simpati, baik, lebih mementingkan kawan.
- Senantiasa berkawan.
- Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
- Cepat marah.
- Tidak menolong orang kecuali diminta.
- Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
- Tidak suka terima pandangan orang lain.
- Emosi yang mudah terusik.
- Suka berangan dan pandai bercakap.
- Emosi yang kelam kabut.
- Daya firasat yang sangat kuat (terutama perempuan).
- Suka melancong, bidang sastera dan seni.
- Pengasih, penyayang dan lemah lembut.
- Romantik dalam percintaan.
- Mudah terusik hati dan cemburu.
- Ambil berat tentang orang lain.
- Suka kegiatan luar.
- Orang yang adil.
- Boros dan mudah dipengaruhi sekitarnya.
- Mudah patah semangat.


NOVEMBER
~~~~~~~~~
- Banyak idea.
- Sukar untuk mengerti atau difahami sikapnya.
- Berfikiran ke depan.
- Berfikiran unik dan bijak.
- Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa.
- Pemikiran yang tajam.
- Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
- Bagus untuk jadi doktor.
- Cermat dan teliti.
- Sifat yang berahsia, pandai mengorek dan mencari rahsia.
- Banyak berfikir, kurang bicara tetapi mesra.
- Berani, pemurah, setia, dan sabar.
- Terlalu degil dan keras hati.
- Apabila mau akan diusahakan sehingga berhasil.
- Tidak suka marah kecuali digugat.
- Cara berfikir yang lain dari orang lain.
- Otak yang sangat tajam.
- Pandai mendorong diri sendiri.
- Tidak menghargai pujian.
- Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu akan mencoba sampai berhasil.
- Badan yang tough.
- Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam.
- Romantik.
- Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
- Suka duduk atau diam di rumah.
- Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
- Amanah, jujur setia dan pandai berahasia.
- Tidak berapa berjaya dalam mengontrol emosi.
- Bercita-cita tinggi.
- Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER
~~~~~~~~~
- Sangat setia dan pemurah.
- Bersifat patriotik.
- Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
- Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
- Bercita-cita tinggi.
- Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam oranganisasi.
- Senang apabila didampingi.
- Suka bergaul dengan orang.
- Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai.
- Sangat jujur.
- Tidak pandai berpura-pura
- Cepat marah.
- Perangai yang berubah-ubah.
- Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi.
- Benci apabila dikekang.
- Suka bergurau.
- Pandai membuat lelucon dan berfikir dengan logika.

* U/P : Hari lahir saya sama dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi ( 26 Nov )

Friday, March 26, 2010

Ainan Mahasiswa Genius Usia 10 Tahun

Pada usia tujuh tahun, Ainan mula mendapat perhatian dunia kerana kepintaran luar biasanya dan menjadi kanak-kanak termuda lulus subjek kimia di peringkat GCE O-Level. Hari ini dia mengukir satu sejarah lagi apabila bergelar mahasiswa universiti.



"SEJAK kelahirannya dia merupakan bayi yang luar biasa. Apabila saya bercakap, dia memalingkan kepalanya kepada saya dan terus berhenti menangis," luah Valentine Cawley, 41, mengenai anak sulungnya, Ainan Celeste Cawley, 10.

Petanda lain mengenai kelahiran anak sulung Valentine turut dirasai oleh isterinya, Syahidah Osman Cawley, 30, seorang pelukis potret dan penulis.

"Ketika saya mengandungkan Ainan, berlaku gerhana matahari penuh. Saya dan suami dapat menyaksikan gerhana matahari tersebut bersama-sama," katanya.

Bagi mereka, semua itu merupakan antara petanda baik bahawa anak sulung mereka mempunyai keistimewaan.

Tekaan mereka ternyata benar apabila Ainan menunjukkan perkembangan yang luar biasa selepas kelahirannya.

Ainan mula merangkak pada usia empat bulan, berjalan ketika enam bulan dan berlari ketika lapan bulan. Malah, pada usia Ainan mencecah enam tahun, dia mula menunjukkan minat membaca buku kimia.


Kelibat Ainan membaca buku kimia disedari ibu saudaranya. Lalu ibu saudaranya bertanya kepada Ainan sama ada dia faham isi kandungan buku tersebut.

"Ya, saya faham apa yang dibaca," jawab Ainan ringkas.

Sejak itu, buku kimia menjadi santapan mindanya. Ketika kanak-kanak seusianya baru menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, Ainan pula sudah mendalami subjek kimia.

"Setiap hari Ainan akan menunjukkan kertas kerja kimianya kepada saya termasuk idea-idea kimia yang direka sendiri olehnya. Hasil yang ditunjukkan kebanyakannya menghurai mengenai simbol kimia yang begitu kompleks.

"Otaknya begitu pantas memberi tindak balas kepada subjek kimia," kata Valentine.

Setahun selepas mempelajari subjek kimia, Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun. Kanak-kanak berdarah Ireland di sebelah bapa dan Melayu Singapura di sebelah ibunya itu lulus ujian tersebut menjadikan dia manusia termuda mencapai rekod itu.

Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records.

Sejak tahun 2007, nama genius muda itu sememangnya menjadi sebutan seluruh dunia. Beberapa rekod lain dicipta Ainan selepas itu seperti pelajar politeknik termuda di dunia.

Terbaru dia mencipta satu rekod lagi baru apabila menjadi kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti. Sejak awal tahun ini Valentine dan Syahidah memilih universiti di Malaysia, Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara untuk menyambung pengajian Ainan.

Ini bermakna pada usia 10 tahun, Ainan sudah bergelar seorang mahasiswa. Kanak-kanak itu meneruskan pengajian dalam Ijazah Program Amerika.

Ainan di HELP



AINAN mampu menghuraikan simbol kimia yang kompleks.

Berdepan dengan situasi yang hampir sama dengan ibu bapa kanak-kanak genius lain, Valentine dan Syahidah sebenarnya sedikit bergelut dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik buat Ainan.

"Kami berdepan dengan sistem pendidikan yang tidak sanggup membuat pengecualian untuk menampung keperluan Ainan.

"Ramai beranggapan kanak-kanak pintar tidak memerlukan bantuan khas, walaupun pada hakikatnya semakin pintar seseorang itu, semakin banyak yang mereka perlu pelajari," kata Valentine.

Sekiranya kanak-kanak genius dipaksa untuk menuruti sistem pendidikan konvensional, maka mereka akan merasa bosan, kecewa, sekali gus hilang minat terhadap pendidikan.

"Ainan menghadiri sekolah dasar selama tiga tahun di Singapura dan merasa bosan," cerita Valentine.

Bapa kanak-kanak genius itu merupakan seorang penulis, pakar fizik kerajaan, pengasas dan pengarang majalah Arts. Dia juga seorang artis persembahan yang pernah mendapat liputan saluran televisyen Cabel News Network (CNN) dan agensi berita, Reuters.

Mencari sebuah universiti yang dapat memberikan pendidikan terbaik kepada Ainan, usaha Valentine dan Syahidah akhirnya berlabuh di Malaysia. Mereka menghubungi Presiden Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia (NAGCM), Zuhairah Ali, untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Dalam masa seminggu, Zuhairah telah mendapatkan tawaran daripada beberapa buah kolej dan universiti di Malaysia.

Mereka mendapati Kolej Universiti HELP paling sesuai untuk Ainan.

Selain menuntut dalam Ijazah Program Amerika Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pengajian kimia, subjek fizik dan matematik peringkat A-Level.

"Dia juga akan mengambil subjek sastera liberal untuk menjamin satu latar belakang pendidikan yang luas serta sebagai persediaan menghadapi tugas dan cabaran akan datang. Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan," kata Valentine.

Memudahkan lagi pemantauan Valentine terhadap anak sulungnya itu, dia bersetuju menerima tugas Penyelidik Psikologi di Jabatan Psikologi, Fakulti Sains Tingkah Laku di Kolej Universiti HELP.

Demi Ainan juga, Syahidah dan dua adik Ainan, Fintan Cawley, 6, dan Tiarnan Cawley, 4, juga menetap di Malaysia.

VALENTINE percaya Ainan akan mendapat pendidikan yang lebih baik dan fleksibel di Kolej Universiti HELP.

Fintan dan Tiarnan turut menunjukkan perkembangan kecerdasan minda yang hampir dengan Ainan cuma mereka memiliki kekuatan masing-masing dalam bidang berbeza.

Sementara itu, Pengarah Jabatan A-Levels Kolej Universiti HELP, Jahn Cheah, melahirkan rasa gembira dan bangga kerana memperoleh seorang pelajar genius di universiti itu.

"Kami akan pastikan Ainan menerima sokongan penuh terutamanya sebagai kanak-kanak istimewa yang memerlukan pendidikan yang berbeza. Kami pasti Ainan akan seronok menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru di HELP," katanya.

Tiada makanan tambahan

Tidak terlalu bimbang dengan sajian makanan untuk Ainan di Malaysia, akui Syahidah tiada makanan khas atau istimewa diberikan untuk Ainan.

"Dia makan apa saja yang dia mahu. Apa yang saya tahu, Ainan sangat suka makan biskut cip coklat dan roti canai.

"Semasa saya mengandungkan Ainan, saya tidak mengidam makanan yang pelik-pelik. Saya mengandung normal seperti wanita lain," kata Syahidah.

Kanak-kanak pintar

VALENTINE bersama dengan isterinya, Syahidah dan tiga orang anaknya (dari kiri) Tiarnan, Ainan dan Fintan.

Malaysia juga mempunyai kanak-kanak pintar. Adi Putra Abd. Ghani, 11, yang merupakan seorang kanak-kanak prodigi dalam bidang matematik di Malaysia.

Adi yang dilahir di Bagan Serai, Perak memiliki kepintaran dalam matematik sejak berusia lima tahun lagi.

Dia mampu mencetuskan formula-formula baru dalam bidang matematik yang hanya boleh dilakukan oleh profesor matematik di universiti sahaja.

Adi juga begitu mahir dalam bidang matematik terutamanya algebra, trigonometri, darab antara lima hingga enam digit.

Menurut Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr. Jas Laile Suzana Jaafar, memang dari sudut psikologi beliau bersetuju terdapat faktor genetik dan persekitaran yang menyebabkan seorang kanak-kanak itu pintar.

"Kebanyakan kanak-kanak pintar disebabkan oleh faktor genetik. Namun begitu, jika ia ditambah dengan stimulasi, rancangan masa depan dan persekitaran yang sihat daripada ibu bapa mereka, kanak-kanak itu akan menjadi lebih pintar apabila mereka dewasa kelak," katanya.

Dipetik dari akhbar Kosmo :
Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my

Tuesday, March 23, 2010

Ratib Seorang Hamba

Di kamar sepi
Anjung baiti
Meratib seorang diri mengingat Illahi
Bersama sekeping hati yang noda
Menyebut Astaghfirullah...Astaghfirullah
Bergetar kalbu merintih maghfirah-Mu
Tika khusyuk itu hadir
Tergambar dosa yang menggunung tinggi
Hina dan dina terus dirasa

Allah..Allah..Allah
Terus meratib nama-Mu
Andai esok bukan milikku lagi
Azimat apa yang akan dibawa
Batang tubuh yang derhaka
Hati yang kotor dan nista

Namun,
Hamba ini selalu mengetuk pintu redha-Mu
Kerana rindu dan cinta
Mudah-mudahan ianya terbuka
Melalui rahmat-Mu yang luas
Kerana disitu ada jalan
Untuk ke kamar indah-Mu
Bersama kekasih-kekasih-Mu


Jurnal jalan kehidupan
Menuju Abadi...

Bait Izzah Qadim, Maarad

Antara Syeikh Sayyid Tantawi Rahimahullah dan Dr. Yusof Qardawi Hafizohullah



الأخ الصديق شيخ الأزهر الدكتور محمد سيد طنطاوي في ذمة الله

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ * الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ} [الملك:1، 2].

نحتسب عند الله تعالى فضيلة الأخ الكريم، والصديق العزيز، الإمام الأكبر الشيخ الدكتور محمد سيد طنطاوي شيخ الأزهر، الذي وافته المنية في مدينة الرياض، بالمملكة العربية السعودية صباح يوم الأربعاء الرابع والعشرين من شهر ربيع الأول سنة 1431هـ الموافق 10 من مارس 2010م.

لقد عرَفتُ شيخ الأزهر منذ كان طالبا في كلية أصول الدين، وقد دخلها عقب تخرُّجي فيها سنة 1953م.

وقد أخبرني بأنه عرَفني قبل أن أعرفه، حينما زرتُ معهد الإسكندرية، وكان طالبا فيه بالمرحلة الثانوية، وكنتُ طالبا في كلية أصول الدين ورئيسا لاتحاد طلاَّبها، وقد ألقيتُ خطبة أعجبت طلاَّب المعهد، ومنهم الطالب طنطاوي.

وكان بعد تخرُّجه يخطب في أحد جوامع منطقة شبرا، وكان يزورني بين الحين والحين، وأنا أسكن في حدائق شبرا، ويشاورني في بعض المسائل العلمية، وبعد زواجه اعتاد أن يزورني مع أهله، وتعرَّفت زوجته بزوجتي.

وأذكر أني حين اعتقلتُ سنة 1962م في قضية لا ناقة لي فيها ولا جمل، ذهب ليزورني، ففوجئ بأني معتقل، فعرض على زوجتي أن تكلِّفه بما شاءت من خدمات ليقوم بها هو وزوجته.

وحين كان يحضِّر رسالته للدكتوراه، وموضوعها: (بنو إسرائيل في الكتاب والسنة)، كان يتردَّد عليَّ، ويتناقش معي في بعض القضايا المتعلِّقة بالموضوع، حتى بعد إعارته إلى العراق ليخطب في أحد مساجد البصرة لعدَّة سنوات.

وقد طلبتُه أستاذا زائرا بكلية الشريعة في جامعة قطر، حين كنتُ عميدها، ثم بعدها بقليل عُيِّن مفتيًا للديار المصرية.

وظلَّت العلاقة بيننا على ما يرام، حتى بدأ الشيخ ينهج نهجا جديدا في الإفتاء، لم أرضَ عنه، ولا أكثر علماء المسلمين في مصر وفي غيرها، ولا سيما ما يتعلَّق بالبنوك وفوائدها، وهو ما اضطرَّني أن أردَّ عليه بقوَّة، وخصوصًا في كتابي: (فوائد البنوك هي الربا الحرام). فالحقُّ أقوى من الصداقات،
والعلم فوق المودَّات.




وحدثت بيننا قطيعة فترة من الزمن، وحدثت معركة بينه وبين الأخ الصديق الأستاذ الدكتور علي السالوس، الذي كان أستاذا بكلية الشريعة بجامعة قطر، وقد هاجمه بعنف وحدَّة في مقالات، وفي رسائل، ما جعل الشيخ يرفع عليه دعوى في المحاكم المصرية أنه تعدَّى عليه، وخرج عن حدوده، وعُيِّن يوم للمحاكمة، وكان الشيخ يستعين ببعض الشهود، والسالوس يستعين ببعض الشهود وأنا منهم.

وذهبنا إلى المحكمة، وتجمَّع حشدان من علماء الأزهر، هذا مع الشيخ، وهذا ضدُّه، ولكن الحكماء من إخواننا ومنهم الدكتور أحمد كمال ابو المجد، تداركوا الموقف، وأقنعوا الشيخ بضرورة الصلح والتنازل عن الدعوى، وقَبِل الشيخ رحمه الله، حفاظا على سمعة العلماء، ووحدة صفِّهم، وحسب ذلك في ميزانه، وسُرَّ الجميع بهذه النتيجة.

وبعد أن عُيِّن الشيخ طنطاوي شيخا للأزهر، تقابلنا في ندوة أو مؤتمر في الكويت، فبادرني الشيخ رحمه الله بالتحيَّة والمصافحة، ونسي ما وقع من خصومة، وأبى أن يتقدَّم عليَّ في دخول أو خروج، وكان هذا دأبه معي، حتى وافاه الأجل رحمه الله، أدبا وتواضعًا منه.

وقد قلتُ مرَّة قدمني فيها أمام الملأ: إنَّ الشيخ يحترم السنَّ، وأنا أكبر منه بأربع سنوات. فقال: بل بسنتين فقط. فقلتُ: أنت دخلتَ الكلية بعدي بأربع سنوات، وأنا دخلتَ الأزهر ابن أربعة عشر عاما! قال: ولكني دخلتُ الأزهر ابن ستة عشر عاما!

وقلتُ له مرَّة: أنت شيخ الأزهر، أكبر وأشهر منصب علمي ديني في العالم الإسلامي، ومن واجبنا ان نحترم هذا المنصب، ونقدِّمه على كلِّ مقام آخر. فقال رحمه الله: أنا أستحي أن أتقدَّم عليك، وأنت طول عمرك أستاذنا! ولا ريب أن هذه المواقف تعدُّ غاية في الأدب والتواضع وحسن الخلق.

كان الشيخ طنطاوي دمث الخلق، لطيف المعشر، ولكنه ابن الصعيد حقًّا، لا يحسن التجمُّل ولا التكلُّف، بل يتعامل على السجيَّة، فهو طيب القلب، يألف ويؤلف، ما لم يستفزَّه أحد بالحقِّ أو بالباطل، فيثور ويخرج عن طوره.

وكان رحمه الله أستاذا متميِّزا في التفسير، عاش عمره مشغولا بتدريسه، وألَّف فيه تفسيره الوسيط، حتى أني رشَّحتُه ليكون بديلا عني في تفسير القرآن الذي كان يشرف عليه الإذاعي المعروف الأستاذ محمد الطوخي، وكان فيه مجموعة من كبار المشايخ: الشيخ الغزالي، والشيخ عبدالمعز عبدالستار، ود. الأحمدي أبو النور، ود. عبد الله شحاته، ود. حسن عيسى عبد الظاهر، ود. محمد المهدي، والفقير إليه تعالى، وكنت قد اشتركت في تفسير الربع الأول من القرآن الكريم، ثم حدثت ظروف اقتضت أن أتخلف عن الربع الثاني والربع الثالث، وأن أشارك في الربع الأخير، فطلبوا مني أن أرشح لهم مفسرا بدلي، فاقترحت عليهم اسم الدكتور طنطاوي، وقام بالمهمَّة على ما ينبغي. ولكن الشيخ قد أدخل نفسه — أو أُدخل — في (بحر الفقه)، وهو لم يهيئ نفسه له، لا دراسة ولا ممارسة ولا تأليفا، ولم يتمرَّس على السباحة والغوص في أعماقه، فكثيرا ما خانه التوفيق في آرائه الجريئة، وهذا سرُّ اختلافنا معه، رغم المودَّة القديمة بيننا، ولكن كما قال الإمام ابن القيم في خلافة مع شيخ الإسلام إسماعيل الهروي الحنبلي، صاحب كتاب (منازل السائرين إلى مقامات إياك نعبد وإياك نستعين) الذي شرحه ابن القيم في موسوعته الصوفية (مدارج السالكين). وكان كثيرا ما يختلف في شرحه مع مصنِّف المتن، ويردُّ عليه، ويبيِّن خطأ موقفه، فلما سُئل في ذلك: قال: شيخ الإسلام حبيب إلينا، ولكن الحقَّ أحبُّ إلينا منه.

وهكذا ينبغي أن تكون مواقف العلماء، لا تؤثِّر الصداقة ولا العداوة على مواقفهم العلمية الفكرية، كما قال تعالى: {وَإِذَا قُلْتُمْ فَاعْدِلُوا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى} [الأنعام:152]، وقال: {وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآَنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى} [المائدة:8].

لقد خالفتُه في عدد من القضايا، وبخاصَّة تلك التي تتصل بشؤون الأمة، وعَلاقتها بالعالم من حولها، مثل استقباله لأكبر حاخامات إسرائيل في مكتبه، ومثل تبريره لفرنسا في منع حجاب الطالبات المسلمات في المدارس، بناء على أن كلَّ دولة حرَّة في اتخاذ ما ترى من قوانين، ناسيًا أنه ليس من حقِّ أي دولة أن تسنَّ قوانين تُلغي الحرية الشخصية، وتناقض الحرية الدينية، وهما من أقدس حقوق الإنسان.

وغير ذلك من المواقف التي أثارت جدلاً واسعًا في مصر، وفي غيرها من بلاد العرب والإسلام.

واليوم فصل بيننا الموت، الذي يفصل بين الأخ وأخيه، وبين الابن وأبيه، وبين الصديق وصديقه، كما يفصل بين المتجادلين بعضهم وبعض، وسيجمع الله بيننا في يوم لا ريب فيه، يوم تُبلى السرائر، ويحكم بيننا بالحقِّ، وهو خير الحاكمين. وقد شاء الله أن يأتيه أجله في الرياض، وأن يُدفن في (البقيع)، بجوار قبور الصحابة والصالحين، وفي هذا بشارة خير.

إننا لنعزِّي أنفسنا، ونعزِّي الأزهر الشريف بمعاهده وجامعته ومجمع بحوثه، ونعزِّي الشعب المصري، ونعزِّي الأمة الإسلامية في شيخ أزهرها، وإمامه الأكبر، وندعو الله أن يأجرنا في مصيبتنا ويخلفنا فيها خيرا.

كما نتمنَّى على مصر أن تنتهز هذه الفرصة لتستجيب لدعوات العلماء والمفكرين والمصلحين في مصر والعالم الإسلامي، أن يكون تعيين الإمام الأكبر بالانتخاب، أو على الأقل بترشيح ثلاثة يختار رئيس الجمهورية واحدا منهم.

ولا نملك لأخينا وصديقنا الشيخ الدكتور محمد سيد طنطاوي إلا أن ندعو الله له أن يغفر له ويرحمه، ويعافيه ويعفو عنه، ويَسَعَه بعفوه ولطفه، وبره وإحسانه، ويغسله بالماء والثلج والبَرَد، وأن ينقِّيه من الخطايا كما ينقَّى الثوب الأبيض من الدنس، ويسكنه فسيح جنته، إنه هو الغفور الرحيم، الشكور الحليم، {رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ} [الحشر:10].

الفقير إلى عفو ربه

يوسف القرضاوي

Rujukan :
http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7570&version=1&template_id=119&parent_id=13

Wednesday, February 17, 2010

Hukum Menyambut Kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam

Alhamdulillah, infiniti kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Illahi,Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam, para sahabat, tabi'in, dan tabi' tabi'in.

Apa khabar semua ? Fi sihhah Insya Allah. Tidak lama lagi kita akan menyambut hari kelahiran Baginda Sallallahu Alaihi Wa Sallam pada 12 Rabi'ul Awwal. Tarikh keramat ini jatuh hari Jumaat pada tahun ini.
Baru-baru ini selepas pengajian bersama Syeikh Ahmad Muhammad al-Maddah, syeikh telah menunjukkan beberapa keping kad kecil yang sengaja diletakkan di hadapan masjid oleh golongan-golongan yang tidak suka kepada sambutan Maulid Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Di dalam kepingan kad tersebut menjelaskan bahawa manyambut hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam adalah bid'ah.

Berikutan daripada perkara tersebut, semalam Fadhilah Syeikh memberikan artikel ringkas yang menerangkan tentang hukum menyambut kelahiran Baginda Nabi Muhammad Sallallahu laihi Wa Sallam adalah dibenarkan dalam Islam berserta dalil-dalilnya.
Dalil-dalilnya adalah seperti berikut :
1) Al-Quran
قل بفضل الله وبرحمته فبذلك فليفرحوا هو خير مما يجمعون

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa orang-orang yang beriman digalakkan untuk melahirkan rasa kegembiraan atas kurniaan dan limpahan rahmat Allah SWT kepada kita semua. Bukankah kelahiran Nabi kita Sallahu Alaihi Wa Sallam, merupakan satu nikmat dan rahmat. Hal ini dijelaskan berdasarkan hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam yang diriwayatkan oleh al-Hakim:
إنما انا رحمة مهداه
Ertinya: Aku hanya sebagai pemberi rahmat

Al-Quran juga menjelaskan perkara yang sama dengan menyatakan bahawa nabi Muhammad Sallalhu Alaihi Wa Sallam diutuskan sebagai rahmat kepada sekalian alam. Firman Allah SWT :
وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين
Ertinya: Dan tidaklah kami mengutuskan kamu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmar kepada seluruh alam

Kedua-dua dalil yang dinyatakan jelas menunjukkan bahawa kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam merupakan sebuah rahmat.

2) Hadith Rasullullah Sallahu Alaihi Wasallam dan perbutan para sahabat.
* Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam meraikan hari kelahirannya dengan berpuasa pada setiap hari Isnin. Diriwayatkan dalam Sahih Muslim :
عن أبي قتادة أن أعرايا قال: يارسول الله ما تقول في صوم يوم الإثنين ؟ قال: ذاك يوم ولدت فيه وأنزل عليه
Ertinya: Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, Wahai Raululullah kenapa engkau berpuasa pada hari Isnin? Rasulullah Sallalhu Alaihi Wa Sallam menjawab, Pada hari tersebut aku telah dilahirkan dan dijadikan.

Para sahabat juga meraikan kelahiran Baginda Salallahu Alaihi Wa Sallam dengan berzikir sebagai tanda syukur kepada Allah SWT atas nikmat kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam.

Bersambung...

Saturday, February 13, 2010

Peranan Nuqaba'

Sejak alam sekolah lagi rata-rata pelajar yang menuntut di institusi pengajian yang menitikberatkan soal agama akan ada aktiviti berkelompok yang dinamakan sebagai usrah. Kelompok seperti ini bukan hanya didedahkan pada peringkat persekolahan. Bahkan hingga ke alam pekerjaan dan pencen. Hal ini jelas menunjukkan bahawa usrah menjadi satu perkara yang amat penting. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang inginkan sebuah tarbiah yang berterusan.
Kelompok ini terdiri daripada 3 elemen penting :
1) Naqib ( Ketua kumpulan )
2) Ahli Usrah ( Anak buah kumpulan )
3) Manhaj ( produk atau pembawakan )

Apa yang ingin difokuskan pada hari ini ialah elemen yang terpenting dalam melaksanakan kerja murni ini iaitu naqib.

Naqib adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiyah, takwin, pengambilan baiah, pembentukan qiadah, dan membuat keputusan. Sila rujuk karya Said Hawa, Al Madkhal Ila Al-Muslimin : Hal 95-96

PENGERTIAN NUQABA'

Naqib berasal dari perkataan نقب على القوم- نقابة maknanya صار نقيبا عليهم، اى قام شخص برعاية شئونهم
ertinya : Seorang yang mengurus dan mengendalikan urusan masyarakat.

Firman Allah Taala : Al-Maidah : 12
"ولقد أخذ الله ميثاق بني إسرءيل وبعثنا منهم اثنى عشر نقيبا وقال الله إني معكم....."

Perkataan naqib maknanya كبير القوم المعنى بشئونهم ertinya : Pemimpin masyarakat yang bertanggungjawab tentang urusan mereka.

Naqib di dalam Harakah Islamiah bermaksud : Seorang ahli jamaah yang mempunyai kelayakan thaqafah, keistimewaan (khasais) dan komitmen (iltizamat) yang mantap dan diamanahkan untuk memimpin dan mentarbiyah ahli-ahli jamaah mengikut wasilah-wasilah tertentu (umum dan khusus).

As-Sheikh Said Hawwa membahagikan ahli jamaah kepada empat peringkat :

Pertama :الأنصار
Kedua : المجاهدين العاملين
Ketiga : النقباء
Keempat :النواب

NUQABA' DALAM KACAMATA JAMAAH ISLAM

Di dalam bahagian ini saya akan menggambarkan kedudukan nuqaba sebagai sebuah institusi / markaz yang amat penting dalam jamaah Islam. Nuqaba / Naqibat merupakan tenaga penggerak yang amat penting dalam jamaah, sebab itu jamaah tidak akan memiliki kekuatan sekiranya berlaku kepincangan di dalam institusi nuqaba.

Kelemahan para nuqaba' dalam memandu usrah dengan baik akan memberi kesan kepada arah perjuangan yang ingin dipimpin untuk anak buah mereka. Apabila perkara ini berlaku, maka timbullah cabang permasalahan lain seperti usaha untuk membina suasana tarbiyah rohaniah yang cukup penting dalam sebuah gerakan. begitu juga dengan kekuatan jasmani dan thaqafah mereka. Akhirnya, ahli-ahli usrah lemah dan tidak mampu untuk melaksanakan mandat-mandat dan kehendak jama'ah dengan sebaiknya.

Dengan itu kreadibiliti para nuqaba' memberikan satu kesan yang amat besar kepada pembentukan anak buah usrah ke arah yang berkualiti. Proses pentarbiahan ini perlu dimulai dengan sikap para nuqaba' itu sendiri. Barulah kita boleh menceritakan masalah anak buah usrah.

Kedudukan para nuqaba' di dalam saf jama'ah

Perlu kita ketahui, nuqaba' sebenarnya berada di posisi yang amat penting dalam sebuah jama'ah. Para nuqaba' diibaratkan seperti sepohon pokok yang baik dan berguna kepada manusia dan alam seluruhnya. Konteks ini dapat dilihat melalui firman Allah Taala di dalam surah Ibrahim ayat 24 yang bermaksud,


Ini bererti para nuqaba' merupakan pokok-pokok tersebut yang menghiasi taman-taman gerakan Islam. Namun, pokok ini tidak mampu tumbuh mekar dan megah sehingga mampu menghiasi sebuah taman tanpa keutuhan beberapa ikatan yang perlu dijaga dengan baik.

 Ikatan iman dan amal
 Ikatan ukhuwwah dan mahabbah.
 Ikatan saling hormat-menghormati
 Ikatan kerjasama dan jihad
 Ikatan syura
 Ikatan taaruf, tafahum dan takaful
 Ikatan perasaan

PERANAN PARA NUQABA'

Setelah kita ketahui akan maksud dan posisi sebenar para nuqaba'. Maka dapatlah difahami bahawa para nuqaba' merupakan :

1) Madrasah-madrasah kecil (usrah atau medan indoktrin school of thought jemaah) kepada jamaah bagi menyalurkan maklumat ilmu dan tarbiah kepada ahli-ahli mengikut manhaj / muqarrar yang ditentukan oleh jamaah.
2) Mursyid, tempat rujuk dan bernaung kepada ahli-ahli jamaah dalam melicinkan perjalanan hidup mereka terutama dalam memahami erti sebuah jama'ah.
3) Cermin dan tempat mengukur kekuatan dan kemantapan jamaah dan ahli-ahli. Sekiranya Nuqaba/ Naqibat lemah, maka kita dapat bayangkan realiti jamaah dan ahli-ahli .
4) Benteng pertama dan golongan teras(al-Qaedah as-Sulbah) kepada jamaah dalam mempertahankan kekuatan dari serangan dan tekanan-tekanan musuh dari luar.
5) Tentera-tentera jamaah yang bertanggungjawab mengawal keselamatan sempadan jamaah dari dicerobohi oleh syaitan dan musuh-musuh.
6) Pengawal-pengawal yang bekerja mengawal keselamatan dalaman jamaah dari sebrang anasir-anasir yang boleh menghuru-harakan kestabilan organisasi dan ahli-ahli atau pergerakan dalaman jamaah.

CIRI-CIRI ASAS PARA NUQABA'


CIRI PERTAMA
Ciri-ciri Murabbi :

Naqib ialah seorang Murabbi yang mempunyai syakhsiah yang unggul, semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli-ahli sehingga mampu memikul amanah perjuangan di semua peringkat. Para Murabbi adalah orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugas-tugas pentarbiahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Alaah Taala.

CIRI KEDUA
Ciri-ciri guru atau mu'alim :

Naqib adalah seorang mu'alim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka di dalam bidang keilmuan.

Ditegaskan di sini bahawa para Nuqaba' hendaklah mendalami pembacan dan pengetahuan tentang Fiqh Dakwah, gerakan dan jemaah-jamaah, Fiqh Al-Bina dan At-Taqwim.

CIRI KETIGA
Ciri seorang bapa atau ibu (Al-Ab atau Al-Umm) :

Naqib adalah seorang bapa atau ibu (yang bertanggungjawab) menumpukan sepenuhnya perhatian, kasih sayang, belaian mesra kepada anak-anaknya dengan menaruh harapan yang tinggi agar anak-anaknya menjadi manusia yang berguna dan berjasa kepada mereka setelah dewasa nanti.

Sifat-sifat seperti ini mesti dimiliki oleh para Nuqaba'. Segala tindak-tanduk Naqib adalah bermula dari rasa kasih sayang dan kasih mesra dengan niat mendidik ahli-ahli usrah supaya berjasa kepada Islam.

CIRI KEEMPAT
Ciri al-akh al-Muslim :

Naqib adalah seorang al-akh al-Muslim yang sejati yang hidup bersama dengan ahli-ahli usrah di atas landasan persaudaraan Islam, bersedia memberi teguran dengan baik dan menerima nasihat dan pandangan dengan rasa senang hati( salamah as-sadr )

Betapa besarnya peranan para nuqaba' selaku pembentuk dan pengacu ahli usrah ke arah memahami konsep pembawakan dan kefahaman Islam yang sebenar.

Tuesday, February 2, 2010

Hukum Solat Jumaat di Padang

Tidak dapat dinafikan lagi, ramai dikalangan masyarakat begitu minat menyaksikan permainan bola sepak. Apatahlagi apabila melibatkan skuad-skuad bola sepak yang mereka minati.Kebanyakan peminat-peminat bola sepak akan hadir dengan lebih awal bagi mendapatkan tempat yang selesa dan tidak terlepas untuk menyaksikan satu-satu perlawanan walaupun seketika. Persoalannya di sini, Sekiranya tarikh perlawanan tersebut jatuh pada hari Jumaat,maka adakah boleh bagi peminat fanatik bola sepak tersebut melakukan solat Jumaat di padang tersebut supaya tidak telepas peluang untuk menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung.

Berdasarkan kitab Fatawa Syar'iyyah Mu'asarih karangan Dr.Ibrahim Hafnawi yang merupakan salah seorang pensyarah Usul Fiqh di Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Al-Azhar cawangan Tanta. Untuk pengetahuan,beliau juga merupakan salah seorang daripada pentahqiq kitab Tafsir Jami' Al-Ahkam Al-Quran.

Beliau menyatakan bahawa hukumnya adalah seperti berikut:

Pendapat Jumhur = Hukumnya adalah dibolehkan dan sah solat tersebut. Hal ini kerana masjid bukan syarat sah solat Jumaat bagi mereka.

Mazhab Maliki = Tidak boleh dan tidak sah jika dilakukan di padang. Mereka berpendapat bahawa mendirikannya di masjid adalah syarat sah solat Jumaat.

Pendapat yang rajih adalah pendapat daripada Jumhur. Rentetan daripada itu, Imam Nawawi menyatakan bahawa mendirikan solat Jumaat di masjid bukanlah syarat sah solat Jumaat. Akan tetapi boleh mendirikan solat Jumaat ditempat yang terbuka dengan syarat solat tersebut diadakan di dalam dalam sesebuah kampung ataupun negeri. Sekiranya dilaksanakan di luar negeri walaupun berdekatan dengan sempadan maka hukumnya adalah tidak sah.

Ibnu Qudamah dan Abu Hanifah juga mengatakan bahawa solat Jumaat tidak disyaratkan untuk diadakan di dalam sebuah bangunan, bahkan doleh dilaksanakan di tempat yang luas dan terbuka.

BEWARE OF SATAN II

video

Saturday, January 30, 2010

BEWARE OF SATAN

video

Friday, January 29, 2010

Kenapa saya masih tidak mengetahuinya ?

Istilah Kewangan Islam sebagai Panduan


Pengenalan
Istilah Kewangan Islam sebagai Panduan Anda Pengenalan Dokumen ini mengandungi glosari istilah Mu’amalat yang paling kerap dan biasa digunakan dalam perniagan perbankan Islam..

Guideline to Islamic Financial Terminologies
Introduction
This document contains glossary of Mu’amalat terminologies which are most frequently and commonly used in the Islamic banking business.

Bai' Urbun | Bai’ Bithaman 'Ajil | Bai’ Murabahah | Bai’ Inah | Bai’ Dayn
Bai’ Istijrar | Bai’ Istisna’ | Bai’ Muzayadah | Bai’ Salam | Bai’ Wafa’
Batil | Darurah | Dhamanah | Fasid | Fatwa | Gharar | Ghish | Hadith | Halal
Haram | Haq Maliy | Hibah | Hiwalah | Ibra’ | Ijarah | Ijarah Thumma Bai’
Ijtihad | Syirkah ‘Inan | Jahl | Jua’lah | Kafalah | Khiyanah | Maisir | Mal
Muamalat | Mudarib | Mudharabah | Muqasah | Musaqah | Musawamah
Musharakah | Musharakah Mutanaqisah | Muzara’ah | Qabadh | Qardh
Qardh Hasan | Quran | Rabbul Mal | Rahnu | Riba | Sadaqah | Sarf | Shariah
Suftajah | Sukuk | Sunnah | Ta’widh | Tadlis al-‘aib | Takaful | Tanajush
Tawarruq | Ujrah | ‘Uqud Ishtirak | ‘Uqud Mua’wadat | ‘Uqud Tabarru’at
Usul Fiqh | Wadī’ah | Wakalah | Waqf | Zakat

Istilah

Makna

Bai’ Urbun
بيع العربون

Suatu perjanjian jualan di mana wang cagaran dibayar terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada pembayaran harga aset jika kontrak berterusan hingga selesai. Wang cagaran ini akan hilang jika pembeli tidak memenuhi kewajipan memuktamadkan pembelian aset. Wang cagaran yang hilang dianggap sebagai hibah (هبة/hadiah) kepada penjual.

A sale agreement in which a security deposit is paid in advance as part payment towards the price of the asset if the contract continues to its conclusion. The deposit is forfeited if the buyer does not meet his obligation to complete the purchase of the asset. The forfeited money is considered as hibah (هبة/ gift) to the seller.

Bai’ Bithaman 'Ajil
بيع بثمن آجل

Suatu kontrak jualan berdasarkan bayaran tertunda (bai' nasiah/ بيع النسيئة) dan ansuran (bai' bit taqsid/ (بيع بالتقسيط ) di dalam satu tempoh pembayaran yang dipersetujui.

A contract of sale on a deferred payment (bai' nasiah/ بيع النسيئة) and installment (bai' bit taqsid/ (بيع بالتقسيط basis within an agreed payment period.

Bai’ Murabahah
بيع المرابحة

Suatu kontrak jualan berdasarkan tokok kos dengan kos pemerolehan dan margin keuntungan penjual didedahkan kepada pembeli semasa kontrak dimetrai. Biasanya, penyelesaian harga dibuat mengikut terma pembayaran tertunda, iaitu bai’ bithaman ‘ajil.

A contract of sale based on cost plus where the acquisition cost and the seller’s profit margin are disclosed to the buyer at the time of the contract. The settlement of the price is normally made on deferred payment terms i.e. bai’ bithaman ‘ajil.

Bai’ Inah
بيع العينة

Satu kemudahan pembiayaan yang melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan pada aset yang sama dan ia boleh berbentuk dua pengaturan yang berikut:

  1. Pembiaya menjual aset kepada pelanggan mengikut terma pembayaran tertunda. Sebaik sahaja selepas itu, pembiaya membeli semula aset yang sama daripada pelanggan secara tunai pada harga yang lebih rendah daripada jualan pembayaran tertunda
  2. Pembiaya membeli aset daripada pelanggan secara tunai. Sebaik sahaja selepas itu, pembiaya menjual balik aset yang sama kepada pelanggan secara pembayaran tertunda pada harga yang lebih tinggi daripada jualan tunai.

A financing facility involving two separate sale and purchase contracts on a same asset and it can be in the following two arrangements:

  1. A financier sells an asset to a customer on deferred payment terms. Immediately thereafter, the financier repurchases the same asset from the customer on cash terms at a price lower than that of the deferred payment sale.

A financier buys an asset from a customer on cash terms. Immediately thereafter, the financier sells back the same asset to the customer on deferred payment terms at a price higher than that of the cash sale.

Bai’ Dayn
بيع الدين

Ia merujuk pada pembelian dan penjualan instrumen hutang seperti sijil, saham, dokumen perdagangan dan sekuriti dalam pasaran sekunder yang patuh pada kehendak Syariah. Pada dasarnya, kesemua dokumen ini dikeluarkan oleh penghutang kepada pemiutang sebagai bukti keberhutangan (syahadah al-dayn/ ) Bai’ Dayn terjadi apabila pemiutang menjual dokumen hutang kepada pihak ketiga. Hanya dokumen hutang yang terbukti benar ((الدين الثابت/dayn thabit), iaitu hutang yang berpunca daripada transaksi perniagaan "sebenar“ boleh diniagakan.

It refers to the buying and selling of debt instruments e.g. certificates, securities, trade documents and papers in the secondary market that conform to the Shariah requirements. All these documents are essentially issued by the debtors to the creditors as evidence of indebtedness (syahadah al-dayn/ ). The Bai’ Dayn happens when the creditor sell the debt documents to third parties. Only documents evidencing real debts (الدين الثابت/ dayn thabit) i.e. debts arising from “bona fide” business transactions may be traded.

Bai’ Istijrar
بيع الإستجرار

Suatu kontrak antara pembekal dengan pelanggan di mana pembekal membekalkan barangan tertentu secara berterusan mengikut mod pembayaran yang telah dipersetujui sehingga mereka menamatkan kontrak tersebut. Ia sama digunakan untuk kontrak antara pemborong dengan peruncit bagi membekalkan sejumlah aset yang telah dipersetujui.

A contract between a supplier and a customer whereby the supplier supplies a particular item on an ongoing basis on an agreed mode of payment until they terminate the contract. It is equally applicable for a contract between a wholesaler and retailer for the supply of a number of agreed assets.

Bai’ Istisna’
بيع الإستصناع

Suatu kontrak pesanan belian di mana pembeli mengarahkan penjual menyediakan aset mengikut spesifikasi yang terdapat dalam kontrak pembelian untuk diserahkan pada suatu tarikh masa depan tertentu. Pembayaran harga pembelian adalah mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak.

A purchase order contract whereby a buyer orders a seller to manufacture an asset according to specifications in the purchase contract to be delivered on a certain future date. The settlement of the purchase price is according to an agreed terms and conditions between the two parties.

Bai’ Muzayadah
بيع المزايدة

Jualan aset kepada orang ramai melalui proses pembidaan dalam kalangan bakal pembeli dan aset dijual kepada pembida tertinggi. Biasanya, ia dikenali sebagai jualan lelong.

A sale of an asset in public through the process of bidding among potential buyers and the asset is sold to the highest bidder. This is commonly known as auction sale.

Bai’ Salam
بيع السلم

Suatu kontrak di mana pembayaran harga dibuat sepenuhnya terlebih dahulu semasa kontrak dimetrai supaya aset dapat diserahkan kemudian pada suatu tarikh masa depan. Kualiti aset yang dirancang untuk dibeli perlu ditetapkan sepenuhnya tanpa meninggalkan kesamaran yang boleh mendorong kepada pertikaian. Barangan yang dijual merupakan aset biasa, bukannya emas, perak atau mata wang yang dianggap sebagai pertukaran nilai kewangan yang tertakluk di bawah peraturan Bai’ al Sarf, iaitu pertukaran bersama dari tangan ke tangan tanpa lengah. Mod pembiayaan ini sering digunakan dalam sektor pertanian, di mana bank mendahulukan wang bagi pembelian pelbagai input pengeluaran bagi mendapatkan saham dalam tanaman tersebut, yang kemudiannya dijual.

A contract in which a full payment of the price is paid in advance at the time of contract for assets to be delivered later at a future date. It is necessary that the quality of the assets intended to be purchased is fully specified leaving no ambiguity leading to dispute. The objects of this sale are ordinary assets and cannot be gold, silver or currencies because these are regarded as monetary values exchange of which is covered under rules of Bai’ al Sarf, i.e. mutual exchange is hand to hand without delay. This mode of financing is often applied in the agricultural sector, where the bank advances money for various inputs to receive a share in the crop, which it then sells.

Bai’ Wafa’
بيع الوفاء

Suatu kontrak dengan syarat bahawa apabila penjual membayar balik harga aset yang telah terjual itu, pembeli memulangkan semula aset tersebut kepada penjual. Ia merupakan bai’ (penjualan) dari segi bentuk (رهن/ rahn) tetapi jaminan dari segi isi.

A contract with a condition that when the seller pays back the price of the sold asset, the buyer returns the asset to the seller. It is a bai’ (sale) in form but a pledge (رهن/ rahn) in substance.

Batil
باطل

Batal dan tak sah.

Null and void.

Darurah
ضرورة

Darurat. Ketika dalam darurat, orang Islam boleh dikecualikan daripada aspek undang-undang Syariah bagi mempertahankan iman, nyawa, harta benda, daya fikir dan generasi pada masa akan datang.

Emergency. In the emergency, Muslims may disregard aspects of Sharī’ah laws in order to save their faith, life, property, intellect and posterity.

Dhamanah
ضمانة

Suatu kontrak di mana seseorang menaja jamin tuntutan atau kewajipan yang perlu dipenuhi oleh penghutang, pembekal atau kontraktor. Sekiranya penghutang, pembekal atau kontraktor gagal memenuhi kewajipan mereka, penjamin wajib bertanggungjawab bagi memenuhi kewajipan itu.

Majoriti para fuqaha berpendapat bahawa dhamanah adalah serupa dengan kafalah.

A contract where a person underwrites claims or obligations that should be fulfilled by a debtor, supplier or contractor. In the event that the debtor, supplier or contractor fails to fulfil his obligations, the guarantor is responsible to fulfil such obligations.

Majority of fuqaha’ view that the dhamanah is similar with kafalah.

Fasid
فاسد

Tidak kukuh dan tidak berdaya maju. Dalam sesuatu kontrak, keadaan fasid akan menyebabkan kontrak tidak sah.

Unsound or unviable. In a contract, a fasid condition will render the contract invalid.

Fatwa
فتوى

Suatu pendapat atau pengumuman mengenai Syariah yang dikemukakan oleh sekumpulan cendekiawan Islam (fuqaha) yang cukup berkelayakan dan berpengetahuan dalam kaedah mengeluarkan fatwa serta mantap dalam disiplin perundangan Islam (usul fiqh). Dari segi amalan dan bergantung pada bidang kuasa, fatwa juga boleh dirujuk sebagai “peraturan”, “edik” dan “pendapat”.

Di Malaysia, hanya Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri mempunyai kuasa mengeluarkan fatwa, sementara Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dan Jawatankuasa Syariah setiap bank hanya mempunyai kuasa mengumumkan “keputusan”.

An opinion or pronouncement on Shari’ah issued by a group of scholars (fuqaha’) whose are sufficiently qualified and knowledgeable of the methodology for the issuance of fatwa, as well-established under the discipline of Islamic jurisprudence (usul fiqh). In practice and depending on jurisdictions, fatwa may also be referred as Shari’ah “rulings”, “edicts” and “opinions.”

In Malaysia, only National Fatwa Council and states’ Fatwa Committees has the power to issue fatwa, while the Shari’ah Advisory Council of Bank Negara Malaysia, Shari’ah Advisory Council of Securities Commission and individual banks’ Shari’ah Committees only has the power to issue “decisions.”

Gharar
غرر

Fakta atau keadaan yang tidak diketahui. Dalam urus niaga komersial, gharar yang berlebih-lebihan/ utama ((غرر فاحش/gharar fâhish), contohnya fakta atau keadaan sama ada pihak yang mengikat kontrak atau aset yang terdapat dalam kontrak atau harga aset tidak diketahui atau tidak dimaklumkan kepada pihak yang mengikat kontrak mengakibatkan sesuatu kontrak itu batal dan tak sah.

An unknown fact or condition. In a commercial transaction, an excessive/ major gharar (غرر فاحش/ gharar fāhish) e.g. the fact or condition of either the contracting parties or the asset in the contract or the price of the asset are not known or made known to contracting parties makes a contract null and void.

Ghish
غش

Penipuan, fraud dan pendayaan. Kesemua ini adalah dilarang oleh Syariah.

Cheating, fraud, or deception. All of these are prohibited by the Shari'ah.

Hadith
حديث

Sabda (kata-kata), perbuatan dan pengesahan oleh nabi Muhammad SAW. Hadis juga dirujuk sebagai Sunnah.

The sayings, deeds and endorsement of the prophet Muhammad SAW. Hadith is also referred as Sunnah.

Halal
حلال

Sah atau dibenarkan. Konsep halal mempunyai nada kerohanian. Dalam Islam terdapat kegiatan, profesion, kontrak dan urus niaga yang dengan jelas dilarang (diharamkan) oleh Syariah. Semua kegiatan, profesion, kontrak dan urus niaga yang lain adalah halal.

Konsep halal itu membezakan antara ekonomi Islam dengan ekonomi konvensional. Dalam ekonomi konvensional kesemua kegiatan adalah dinilai mengikut utiliti ekonomi. Dalam ekonomi Islam, faktor kerohanian dan moral juga diambil kira, di mana sesuatu kegiatan nampak baik dari segi ekonomi tetapi mungkin tidak dibenarkan jika ditegah oleh Syariah.

Lawful or permissible. The concept of halal has spiritual overtones. In Islam there are activities, professions, contracts and transactions that are explicitly prohibited (haram) by the Shari’ah. All other activities, professions, contracts and transactions are halal.

The concept of halal differentiates Islamic economics from conventional economics. In conventional economics all activities are judged on economic utility. In Islamic economics, spiritual and moral factors are also involved, where an activity may be economically sound but may not be allowed if it is forbidden by the Shari’ah.

Haram
حرام

Menyalahi undang-undang atau ditegah. Kegiatan, profesion, kontrak atau urus niaga yang dengan jelas dilarang oleh Syariah.

Unlawful or forbidden. Activities, professions, contracts and transactions that are explicitly prohibited by the Shari’ah.

Haq Maliy
حق مالي

Merujuk pada hak atas asset. Contoh hak tersebut ialah haq dayn (hak untuk menuntut hutang) dan haq tamalluk (hak pemilikan).

Refers to rights on the asset. Examples of such rights are haq dayn (rights to the claim of a debt) and haq tamalluk (rights of ownership).

Hibah
هبة

Hadiah yang dianugerahkan kepada seseorang secara suka rela atau sesuatu diberikan kepada individu tanpa pertukaran.

A gift awarded to a person voluntarily or something given to a person without exchange.

Hiwalah
حوالة

Suatu kontrak pemindahan tanggungjawab hutang seorang penghutang kepada pihak ketiga.

A contract of transferring a debt obligation of a debtor to a third party.

Ibra’
إبراء

Memberikan hak. Dalam urus niaga komersial, pemiutang memberikan sebahagian atau semua haknya kepada penghutang, biasanya untuk penyelesaian awal hutang itu. Beberapa cendekiawan (fuqaha) berpendapat bahawa Ibra’ adalah serupa dengan rebat.

Walau bagaimanapun, di bank-bank Islam, konsep ini digunakan dalam konteks yang lebih luas seperti dalam pelaksanaan produk kadar terapung dengan harga jualan yang ditetapkan.

Giving up of a right. In a commercial transaction a creditor gives up part or all of his right to a debtor usually for early settlement of the debt. Some scholars (fuqaha’) opine that Ibra’ is similar with rebate.

However, in Islamic banks this concept is applied in wider context such as in implementation of floating rate products with a fixed selling price.

Ijarah
إجارة

Suatu kontrak di mana pemberi pajak (pemilik aset) menyewakan aset kepada pelanggan/pemajak pada kadar sewa yang dipersetujui dan tempoh pajakan ditetapkan terlebih dahulu sebelum ‘aqd (kontrak). Pemilikan harta tanah kekal dengan pemberi pajak, sementara pemajak hanya memiliki hak penggunaan harta tanah tersebut.

A contract whereby a lessor (owner of an asset) leases out an asset to a customer/ lessee at an agreed rental payment and pre-determined lease period upon the ‘aqd (contract). The ownership of the property remains with the lessor while the lessee only owns the right of the use of the property.

Ijarah Thumma Bai’
إجارة ثم البيع

Merujuk pada kontrak Ijarah (pajakan) yang akan diikuti oleh kontrak bai’ (jualan). Di bawah kontrak pertama, pemberi pajak menyewakan aset kepada pemajak pada kadar sewaan yang telah dipersetujui sepanjang tempoh yang ditetapkan. Menjelang tiba tamat tempoh pajakan, pemajak mengikat kontrak kedua untuk membeli harta tanah daripada pemilik pada harga yang telah dipersetujui.

Dalam bidang kuasa tertentu, Ijarah Thumma Bai’ digelar Ijarah Muntahiah Bit-Tamlik.

A contract whereby a lessor (owner of an asset) leases out an asset to a customer/ lessee at an agreed rental payment and pre-determined lease period upon the ‘aqd (contract). The ownership of the property remains with the lessor while the lessee only owns the right of the use of the property.

Ijtihad
اجتهاد

Pakar undang-undang (faqih) berusaha merumuskan peraturan atau keputusan menurut undang-undang (hukum) dengan memberi tafsiran bukti (dalil) yang terdapat dalam sumber Syariah.

A jurist (faqih)’s endeavor to formulate a rule or legal decision (hukum) by interpretation of the evidence (dalil) found in the Shari’ah sources.

Syirkah ‘Inan
شركة العنان

Perkongsian kewangan.

Financial partnership.

Jahl
جهل

Kejahilan.

Ignorance.

Jua’lah
جعالة

Satu kontrak sehala yang menjanjikan hadiah atas penyempurnaan sesuatu tugas khas.

A unilateral contract promising a reward for the accomplishment of a specific task.

Kafalah
كفالة

Merujuk pada Dhamanah.

Refer to Dhamanah.

Khiyanah
خيانة

Pecah amanah, pengkhianatan atau pembelotan yang jelas dilarang oleh Syariah.

A breach of trust, betrayal or treachery which is clearly prohibited by Shari’ah.

Maisir
ميسير
or
Qimar
قمار

Perjudian. Sebarang kegiatan yang melibatkan pertaruhan, yang membabitkan wang atau apa-apa perkara mengenai hasil daripada peristiwa yang tidak boleh dijangkakan. Pertaruhan akan hilang jika hasilnya tidak seperti yang dijangkakan oleh pembuat pertaruhan dan sebaliknya individu penerima pertaruhan mendapat pertaruhan itu. Sememangnya, kegiatan ini jelas dilarang oleh Syariah.

Gambling. Any activity that involves betting, involving money or any items on the outcome of an unpredictable event. The bet is forfeited if the outcome is not as predicted by the bettor and the person against whom the bet is made takes the bet. This activity is clearly prohibited by the Shari’ah.

Mal
مال

Sebarang keinginan semulajadi manusia, dan boleh disimpan untuk keperluan akan datang; yang mempunyai kegunaan khusus atau am dan dibenarkan oleh Syariah bagi tujuan mendapatkan manfaat daripadanya.

Anything of natural desire by humankind, and can be stored for times of necessity; has specific or general use and is permissible by Shari’ah for the purpose of extracting its benefit.

Muamalat
معاملات

Transaksi ekonomi dalam kalangan manusia.

Economic transactions among human being.

Mudarib
مضارب

Usahawan dalam kontrak mudharabah.

Entrepreneur in a mudharabah contract.

Mudharabah
مضاربة

Suatu perjanjian antara pemodal (rabbul mal) yang memberi 100% modal untuk perniagaan dengan usahawan (mudharib) yang menguruskan perniagaan dengan menggunakan kepakarannya. Di bawah kontrak ini, keuntungan yang diperoleh akan dibahagikan antara mereka mengikut nisbah yang dipersetujui sebelumnya, sementara sebarang kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh pemodal.

An agreement between a provider of capital (rabbul mal) who provides 100% capital for a business and entrepreneur (mudharib) who manages the business applying his expertise. Under this contract, the resulting profit is to be shared between them according to a pre-agreed ratio, while any loss is to be borne solely by the provider of capital.

Muqasah
مقاسة

Penyelesaian hutang mengikut urus niaga kontra atau tolak selesai.

Debt settlement by contra transaction or setting off.

Musaqah
مساقة

Kontrak pertanian di mana pemilik tanah pertanian berkongsi pengeluaran dengan individu lain sebagai pulangan atas khidmatnya mengairi kebun itu.

An agricultural contract whereby the owner of agricultural land shares its produces with another person in return for his services in irrigating the garden.

Musawamah
مساومة

Sejenis jualan am di mana terdapat tawar menawar dalam harga komoditi yang akan didagangkan antara penjual dengan pembeli tanpa sebarang rujukan terhadap kos perolehan yang ditanggung oleh penjual.

A general kind of sale in which price of the commodity to be traded is bargained between seller and the purchaser without any reference to the acquisition cost incurred by the seller.

Musharakah
مشاركة

Suatu kontrak ke arah perkongsian antara dua pihak atau lebih untuk menyumbang modal dalam pelbagai perkadaran. Keuntungan yang dijana oleh perkongsian dibahagikan mengikut terma kontrak musyarakah, manakala kerugian dikongsi mengikut perkadaran bahagian sumbangan masing-masing kepada modal.

A contract between two or more parties to contribute capital in various proportions to a partnership. Profits generated by the partnership are shared in accordance with the terms of musharakah contract whilst lossess is shared in proportion to the respective contributors’ shares of the capital.

Musharakah Mutanaqisah
مشاركة متناقصة

Musyarakah berkurangan; membenarkan penyertaan ekuiti dan perkongsian untung mengikut nisbah yang ditetapkan sebelumnya, dan perkongsian kerugian mengikut bahagian tertentu. Ini menyediakan kaedah, dengan melaluinya bank boleh terus mengurangkan ekuitinya dalam aset itu, yang akhirnya memindahkan pemilikan aset tersebut kepada pelanggan/ rakan kongsi. Kontrak ini menyediakan pembayaran untuk membeli saham ekuiti yang dipegang oleh bank, selain daripada keuntungan yang dibayar kepada bank. Secara serentak, pelanggan membeli sebahagian daripada ekuiti bank, dari semasa ke semasa mengurangkannya sehingga bank tidak mempunyai ekuiti dan ini mengakibatkan perkongsian berakhir.

Diminishing musharakah; allows equity participation and sharing of profits in a pre-agreed ratio, and sharing of losses on a pro-rata basis. This provides a method through which the bank keeps on reducing its equity in the asset, ultimately transferring ownership of the asset to the customer/ partner. The contract provides for payment to purchase equity shares held by the bank, over and above the profit paid to the bank. Simultaneously the customer purchases some of the bank's equity, progressively reducing it until the bank has no equity and that results in ending the partnership.

Muzara’ah
مزارعة

Suatu kontrak pertanian di mana individu mengerjakan tanah milik individu lain dengan mendapat pulangan mengikut bahagian hasil tanah itu.

An agricultural contract whereby a person works the land of another person in return for a share in the produce of the land.

Qabadh
قبض

Qabadh bermaksud mengambil pemilikan dalam kontrak pertukaran (‘uqud mu’awadhat). Pada amnya, qabadh diamalkan berdasarkan urf, iaitu amalan biasa komuniti tempatan dalam mengiktiraf cara pemilikan sesuatu aset berlaku. Qabadh berbeza mengikut jenis aset.

Qabadh means taking possession in the contracts of exchange (‘uqud mu’awadhat). Generally qabadh is practiced based on urf i.e. the common practices of the local community in recognizing the way the possession of an asset has taken place. Qabadh is varies from one type of asset to another

Qardh
قرض

Pinjaman

Loan.

Qardh Hasan
قرض الحسن

Merujuk pada pinjaman ihsan, iaitu satu kontrak pinjaman antara dua pihak tanpa caj tambahan selain daripada pinjaman itu. Sebarang tambahan pembayaran yang dikenakan oleh pemberi peminjam atau janji yang dibuat oleh peminjam adalah dilarang. Walau bagaimanapun, peminjam dibenarkan membayar lebih atas budi bicara beliau sepenuhnya sebagai tanda penghargaan.

Refers to benevolent loan, i.e. a loan contract between two parties with no extra charge over and above the loan. Any extra payment imposed by the lender or promised by the borrower is prohibited. However the borrower is permitted to pay extra on payment at his absolute discretion as a token of appreciation.

Quran
قرءان

Kitab suci Islam, iaitu firman Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab yang disampaikan melalui malaikat Jibril AS.

The holy scriptures of Islam i.e. the words of Allah revealed to the Prophet Muhammad SAW in Arabic conveyed by the angel Jibrail AS.

Rabbul Mal
رب المال

Pelabur atau pemodal dalam kontrak mudharabah.

The investor or capital provider in a mudharabah contract.

Rahnu
رهن

Menjadikan aset sebagai jaminan atau cagaran terhadap hutang. Cagaran akan digunakan untuk menyelesaikan hutang apabila penghutang ingkar. Cagaran juga akan digunakan sebagai satu nama sejenis pinjaman dengan cagaran atau perniagaan pajak gadai.

Making an asset a security or collateral for a debt. The collateral will be used to settle the debt when the debtor is in default. It may also be used as a name for a kind of borrowing with collateral or pawn broking.

Riba
ربا

Peningkatan dalam transaksi pinjaman atau pertukaran aset ribawi, terakru kepada pemilik (pemberi pinjaman atau penjual) tanpa memberi nilai kaunter yang setara atau pampasan sebagai pulangan kepada pihak yang satu lagi. Riba adalah dilarang menurut Syariah.

Dalam pemberian pinjaman, terdapat lebihan pembayaran dikenakan oleh pemberi pinjaman atau janji oleh peminjam selain daripada pinjaman (dikenali sebagai riba qardh)

Dari segi perdagangan, ia lebih merupakan perbezaan dalam berat dalam pertukaran emas mengikut sukatan ketulenan berbeza, contohnya 10 gram daripada 750 emas dengan 8 gram daripada 835 emas (dikenali sebagi riba fadhl); atau perbezaan dari segi masa antara pembayaran dengan penyerahan dalam kadar pertukaran mata wang asing, contohnya pembayaran atau RM10,000 pada 1 Januari 2008 dan penghantaran USD3,800 pada 2 Januari 2008 (dikenali sebagai riba nasiah).

An increase, in a loan transaction or in exchange of a ribawi asset, accrued to the owner (lender or seller) without giving an equivalent counter value or compensation in return to the other party. It is prohibited according to Shari’ah.

In lending, it is the extra payment imposed by the lender or promised by the borrower over and above the loan (known as riba qardh).

In trade it is mostly the difference in weight in the exchange of gold of different measures of purity, e.g. 10 grams of 750 gold with the 8 grams of 835 gold (known as riba fadhl); or the difference in time between payment and delivery in foreign currency exchange, e.g. payment or RM10,000 on 1st January 2008 and delivery of USD3,800 on 2nd January 2008 (known as riba nasiah).

Sadaqah
صدقة

Pemberian amal secara suka rela.

Voluntary charitable giving.

Sarf
صرف

Satu kontrak pembelian dan penjualan mata wang.

A contract of buying and selling of currencies.

Shariah
شريعة

Undang-undang Islam berkaitan dengan semua aspek kehidupan manusia yang ditetapkan oleh Allah kepada hambanya. Undang-undang ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu undang-undang yang berkaitan dengan kepercayaan (akidah), undang-undang yang berkaitan dengan ibadat (fiqh) dan yang berkaitan dengan etika (akhlaq) Berdasarkan makna ini, Syariah juga merupakan perkataan lain untuk Islam.

Islamic laws relating to all aspects of human life established by Allah for his servants. The laws are divided into three, i.e. those relating to belief (‘aqidah), those relating to deeds (fiqh) and those relating to ethics (akhlaq). In this meaning, Shari’ah is another word for Islam.

Suftajah
سفتجة

Bil Pertukaran.

Bill of Exchange.

Sukuk
صكوك

Bon bersandarkan aset yang berstruktur mengikut prinsip Syariah. Sukuk menandakan pemilikan aset semasa mengikut kadar yang tak dibahagi. Kebanyak bon ini boleh didagangkan dalam pasaran, bergantung pada bagaimana bon-bon ini distrukturkan; pada tara, premium atau diskaun.

Asset backed bonds which are structured in accordance with Shariah. Sukuk evidencing an undivided pro-rata ownership of underlying asset. Most of these bonds may be traded in the market, depending upon how they are structured; at par, premium or discount.

Sunnah
سنة

Merujuk pada Hadis.

Refer to Hadith.

Ta’widh
تعويض

Pampasan yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang mengikat kontrak sebagai pembayaran yang boleh dituntut oleh pemiutang apabila penghutang ingkar dalam pembayaran hutang mereka.

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia membuat keputusan bahawa ta’widh boleh dikenakan atas penghutang ingkar yang gagal memenuhi tanggungjawabnya membayar pembiayaan berdasarkan keadaan-keadaan yang berikut:

i. Amaun ta’widh tidak boleh melebihi kerugian sebenar yang ditanggung oleh pembiaya;

  1. Penentuan pampasan dibuat oleh pihak ketiga, iaitu Bank Negara Malaysia; dan

iii. Keingkaran atau penangguhan bayaran disebabkan oleh kelalaian di pihak penghutang.

Compensation agreed upon by the contracting parties as a payment that can be claimed by the creditor when the debtor defaults in the payment of his debt.

Shariah Advisory Council of Bank Negara Malaysia decided that the ta’widh may be imposed on the defaulting debtor who fails to meet his obligation to pay the financing based on the following conditions:
i. The amount of ta’widh cannot exceed the actual loss suffered by the financier;
ii. The determination of compensation is made by a third party, which is Bank Negara Malaysia; and
iii. The default or delay of payment is due to negligence on the part of the debtor.

Tadlis al-‘aib
تدليس العيب

Tindakan penjual yang dengan sengaja menyembunyi kecacatan (kerosakan) barangan yang jelas dilarang oleh Syariah.

An act of a seller intentionally hiding the defects of goods, which is clearly prohibited by Shari’ah.

Takaful
تكافل

Insurans patuh Syariah, iaitu satu pelan perlindungan berdasarkan kehendak Syariah (konsep saling berkongsi dan melindungi antara satu sama lain melalui sumbangan kepada satu kumpulan dengan mengambil kelebihan kumpulan yang besar).Seseorang individu itu akan menjadi peserta dengan melaksanakan kontrak tabarru dan membuat sumbangan penyertaan (tabarru) ke dalam dana takaful umum di mana beliau membenarkan carumannya digunakan bagi membantu peserta-peserta lain apabila mereka ditimpa musibah yang tertentu. Kontrak komersial mudharabah dan wakalah digabungkan ke dalam kontrak tabarru’ bagi meningkatkan saiz dana takaful.

Shari’ah compliant insurance i.e. a protection plan based on Shari’ah requirements (concept of sharing and protecting of one another via contribution to a pool by taking advantage of a sizeable group). A person becomes a participant by undertaking a contract of tabarru’ and paying a participative contribution (tabarru’) to a common takaful fund whereby he allows his contributions to be used to help other participants whenever they suffer defined losses. The commercial contracts of mudharabah and wakalah are incorporated into tabarru’ contracts to increase the size of the takaful fund.

Tanajush
تناجش

Suatu konspirasi antara penjual dengan pembeli di mana penjual sanggup menjual aset pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Ini dilakukan supaya pihak lain akan terburu-buru untuk membeli aset itu pada harga yang lebih tinggi, dan hasilnya penjual mendapat keuntungan yang besar. Kegiatan ini sememangnya jelas dilarang oleh Syariah.

A conspiracy between a seller and a buyer wherein the seller is willing to sell the asset at a price higher than that of the market. This is done so that others world rush to buy the asset at a higher price, resulting in the seller obtaining a huge profit. This act is clearly prohibited by Shari’ah.

Tawarruq
تورق

Ia merupakan pembelian satu komoditi (iaitu, kandungan tawarruq) berasaskan perbayaran tertunda, sama ada secara bai' musawamah atau bai’ murabahah. Kemudiannya, komoditi itu dijual secara tunai kepada pihak lain selain daripada penjual asal.

Dalam pembiayaan peribadi, seseorang pelanggan membeli satu komoditi daripada bank berasaskan pembayaran tertunda dan dengan segera menjual semula komoditi itu kepada pihak ketiga untuk mendapatkan wang tunai (wariq). Dengan cara ini, pelanggan boleh mendapatkan wang tunai tanpa mengambil pinjaman berasaskan faedah.

It is the purchase of a commodity (i.e the subject matter of tawarruq) on deferred payment basis by way of either bai’ musawamah or bai’ murabahah. The commodity is then sold for cash to a party other than the original seller.

In personal financing, a customer buys a commodity from the bank on a deferred payment basis and the immediately resells it for cash (wariq) to a third party. In this way, the customer can obtain cash without taking out an interest-based loan.

Ujrah
أجرة

Suatu pembayaran untuk manfa’ah, iaitu usufruk atas penggunaan harta benda orang lain. Istilah lain yang berkaitan dengan ujrah ialah ajr (jamak ujur) yang merujuk pada pembayaran untuk sesuatu perkhidmatan. Ujrah juga berhubung kait dengan gaji, upah, bayaran, fi, caj, pendaftaran, honorarium, ganjaran, anugerah dan lain-lain.

A payment for manfa’ah i.e. usufruct on the use of another’s property. Another term related to ujrah is ajr (plural ujur), which refers to payment for a service. It is also applied to salary, wage, pay, fee(s), charge, enrolment, honorarium, remuneration, reward, etc.

‘Uqud Ishtirak
عقود الإشتراك

Kontrak penyertaan atau perkongsian.

Contracts of participation or partnership.

‘Uqud Mua’wadat
عقود المعاوضات

Kontrak pertukaran.

Contracts of exchange.

‘Uqud Tabarru’at
عقود التبرعات

Kontrak hadiah atau derma.

Contracts of gift or donation.

Usul Fiqh
فقه

Juga disebut perundangan Islam, iaitu disiplin ilmu dan kaedah memahami dan mentafsir Syariah.

Also called Islamic jurisprudence, i.e. the discipline of knowledge and methodologies of understanding and interpreting Shari’ah.

Wadī’ah
وديعة

Jagaan selamat. Asalnya, jagaan selamat dirujuk sebagai wadi’ah yad amanah, iaitu jagaan pemegang amanah. Menurut Syariah penjaga pemegang amanah mempunyai tanggungjawab untuk menjaga harta tanah yang dipegang badan amanah.

Wadī’ah yad amanah berubah kepada wadi’ah yad dhamanah (jagaan terjamin) apabila penjaga pemegang amanah mencabuli syarat untuk melindungi harta benda itu. Kemudian, beliau (penjaga) perlu menjamin harta benda tersebut.

Safe custody. Originally, safe custody is referred to as wadi’ah yad amanah, i.e. trustee custody, which according to Shari’ah, the trustee custodian has the duty to safeguard the property held in trust.

Wadi’ah yad amanah changes to wadi’ah yad dhamanah (guaranteed custody) when the trustee custodian violates the conditions to safeguard the property. He (the custodian) then has to guarantee the property.

Wakalah
وكالة

Suatu kontrak pelantikan ejen di mana seseorang individu melantik seseorang yang lain untuk bertindak bagi pihak beliau.

A contract of appointment of an agent whereby a person appoints another to act on his behalf.

Waqf
وقف

Amanah endowmen dan khairat yang diwujudkan untuk tujuan yang berkaitan dengan Islam (biasanya untuk pendidikan, masjid, atau untuk orang miskin). Waqf melibatkan tambatan harta benda untuk selama-lamanya supaya harta itu tidak boleh dijual, diwarisi, atau didermakan kepada sesiapa.

An endowment or a charitable trust set up for Islamic purposes (usually for education, mosques, or for the poor). It involves tying up a property in perpetuity so that it cannot be sold, inherited, or donated to anyone.

Zakat
زكاة

Satu tanggungjawab agama melalui pemberian zakat kepada orang Islam dengan jumlah tertentu daripada harta kekayaan mereka setiap tahun kepada salah satu daripada lapan kategori orang Islam yang serba kekurangan (asnaf). Matlamatnya adalah untuk mengambil sebahagian daripada kekayaan orang berada untuk diagihkan dalam kalangan asnaf. Menurut Syariah, zakat mensucikan harta kekayaan dan jiwa.

A religious obligation of alms-giving on a Muslim to pay a certain amount of his wealth annually to one of the eight categories of needy Muslims (asnaf). The objective is to take away a part of the wealth of the well-to-do to be distributed among the asnaf. According to the Shari’ah, zakat purities wealth and souls.