Istilah Kewangan Islam sebagai Panduan
Pengenalan
Istilah Kewangan Islam sebagai Panduan Anda Pengenalan Dokumen ini mengandungi glosari istilah Mu’amalat yang paling kerap dan biasa digunakan dalam perniagan perbankan Islam..
Guideline to Islamic Financial Terminologies
Introduction
This document contains glossary of Mu’amalat terminologies which are most frequently and commonly used in the Islamic banking business.
Bai' Urbun | Bai’ Bithaman 'Ajil | Bai’ Murabahah | Bai’ Inah | Bai’ Dayn
Bai’ Istijrar | Bai’ Istisna’ | Bai’ Muzayadah | Bai’ Salam | Bai’ Wafa’
Batil | Darurah | Dhamanah | Fasid | Fatwa | Gharar | Ghish | Hadith | Halal
Haram | Haq Maliy | Hibah | Hiwalah | Ibra’ | Ijarah | Ijarah Thumma Bai’
Ijtihad | Syirkah ‘Inan | Jahl | Jua’lah | Kafalah | Khiyanah | Maisir | Mal
Muamalat | Mudarib | Mudharabah | Muqasah | Musaqah | Musawamah
Musharakah | Musharakah Mutanaqisah | Muzara’ah | Qabadh | Qardh
Qardh Hasan | Quran | Rabbul Mal | Rahnu | Riba | Sadaqah | Sarf | Shariah
Suftajah | Sukuk | Sunnah | Ta’widh | Tadlis al-‘aib | Takaful | Tanajush
Tawarruq | Ujrah | ‘Uqud Ishtirak | ‘Uqud Mua’wadat | ‘Uqud Tabarru’at
Usul Fiqh | Wadī’ah | Wakalah | Waqf | Zakat
Istilah | Makna |
Suatu perjanjian jualan di mana wang cagaran dibayar terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada pembayaran harga aset jika kontrak berterusan hingga selesai. Wang cagaran ini akan hilang jika pembeli tidak memenuhi kewajipan memuktamadkan pembelian aset. Wang cagaran yang hilang dianggap sebagai hibah (هبة/hadiah) kepada penjual. A sale agreement in which a security deposit is paid in advance as part payment towards the price of the asset if the contract continues to its conclusion. The deposit is forfeited if the buyer does not meet his obligation to complete the purchase of the asset. The forfeited money is considered as hibah (هبة/ gift) to the seller. | |
Suatu kontrak jualan berdasarkan bayaran tertunda (bai' nasiah/ بيع النسيئة) dan ansuran (bai' bit taqsid/ (بيع بالتقسيط ) di dalam satu tempoh pembayaran yang dipersetujui. A contract of sale on a deferred payment (bai' nasiah/ بيع النسيئة) and installment (bai' bit taqsid/ (بيع بالتقسيط basis within an agreed payment period. | |
Suatu kontrak jualan berdasarkan tokok kos dengan kos pemerolehan dan margin keuntungan penjual didedahkan kepada pembeli semasa kontrak dimetrai. Biasanya, penyelesaian harga dibuat mengikut terma pembayaran tertunda, iaitu bai’ bithaman ‘ajil. A contract of sale based on cost plus where the acquisition cost and the seller’s profit margin are disclosed to the buyer at the time of the contract. The settlement of the price is normally made on deferred payment terms i.e. bai’ bithaman ‘ajil. | |
Satu kemudahan pembiayaan yang melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan pada aset yang sama dan ia boleh berbentuk dua pengaturan yang berikut:
A financing facility involving two separate sale and purchase contracts on a same asset and it can be in the following two arrangements:
A financier buys an asset from a customer on cash terms. Immediately thereafter, the financier sells back the same asset to the customer on deferred payment terms at a price higher than that of the cash sale. | |
Ia merujuk pada pembelian dan penjualan instrumen hutang seperti sijil, saham, dokumen perdagangan dan sekuriti dalam pasaran sekunder yang patuh pada kehendak Syariah. Pada dasarnya, kesemua dokumen ini dikeluarkan oleh penghutang kepada pemiutang sebagai bukti keberhutangan (syahadah al-dayn/ ) Bai’ Dayn terjadi apabila pemiutang menjual dokumen hutang kepada pihak ketiga. Hanya dokumen hutang yang terbukti benar ((الدين الثابت/dayn thabit), iaitu hutang yang berpunca daripada transaksi perniagaan "sebenar“ boleh diniagakan. It refers to the buying and selling of debt instruments e.g. certificates, securities, trade documents and papers in the secondary market that conform to the Shariah requirements. All these documents are essentially issued by the debtors to the creditors as evidence of indebtedness (syahadah al-dayn/ ). The Bai’ Dayn happens when the creditor sell the debt documents to third parties. Only documents evidencing real debts (الدين الثابت/ dayn thabit) i.e. debts arising from “bona fide” business transactions may be traded. | |
Suatu kontrak antara pembekal dengan pelanggan di mana pembekal membekalkan barangan tertentu secara berterusan mengikut mod pembayaran yang telah dipersetujui sehingga mereka menamatkan kontrak tersebut. Ia sama digunakan untuk kontrak antara pemborong dengan peruncit bagi membekalkan sejumlah aset yang telah dipersetujui. A contract between a supplier and a customer whereby the supplier supplies a particular item on an ongoing basis on an agreed mode of payment until they terminate the contract. It is equally applicable for a contract between a wholesaler and retailer for the supply of a number of agreed assets. | |
Suatu kontrak pesanan belian di mana pembeli mengarahkan penjual menyediakan aset mengikut spesifikasi yang terdapat dalam kontrak pembelian untuk diserahkan pada suatu tarikh masa depan tertentu. Pembayaran harga pembelian adalah mengikut terma dan syarat yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak. A purchase order contract whereby a buyer orders a seller to manufacture an asset according to specifications in the purchase contract to be delivered on a certain future date. The settlement of the purchase price is according to an agreed terms and conditions between the two parties. | |
Jualan aset kepada orang ramai melalui proses pembidaan dalam kalangan bakal pembeli dan aset dijual kepada pembida tertinggi. Biasanya, ia dikenali sebagai jualan lelong. A sale of an asset in public through the process of bidding among potential buyers and the asset is sold to the highest bidder. This is commonly known as auction sale. | |
Suatu kontrak di mana pembayaran harga dibuat sepenuhnya terlebih dahulu semasa kontrak dimetrai supaya aset dapat diserahkan kemudian pada suatu tarikh masa depan. Kualiti aset yang dirancang untuk dibeli perlu ditetapkan sepenuhnya tanpa meninggalkan kesamaran yang boleh mendorong kepada pertikaian. Barangan yang dijual merupakan aset biasa, bukannya emas, perak atau mata wang yang dianggap sebagai pertukaran nilai kewangan yang tertakluk di bawah peraturan Bai’ al Sarf, iaitu pertukaran bersama dari tangan ke tangan tanpa lengah. Mod pembiayaan ini sering digunakan dalam sektor pertanian, di mana bank mendahulukan wang bagi pembelian pelbagai input pengeluaran bagi mendapatkan saham dalam tanaman tersebut, yang kemudiannya dijual. A contract in which a full payment of the price is paid in advance at the time of contract for assets to be delivered later at a future date. It is necessary that the quality of the assets intended to be purchased is fully specified leaving no ambiguity leading to dispute. The objects of this sale are ordinary assets and cannot be gold, silver or currencies because these are regarded as monetary values exchange of which is covered under rules of Bai’ al Sarf, i.e. mutual exchange is hand to hand without delay. This mode of financing is often applied in the agricultural sector, where the bank advances money for various inputs to receive a share in the crop, which it then sells. | |
Suatu kontrak dengan syarat bahawa apabila penjual membayar balik harga aset yang telah terjual itu, pembeli memulangkan semula aset tersebut kepada penjual. Ia merupakan bai’ (penjualan) dari segi bentuk (رهن/ rahn) tetapi jaminan dari segi isi. A contract with a condition that when the seller pays back the price of the sold asset, the buyer returns the asset to the seller. It is a bai’ (sale) in form but a pledge (رهن/ rahn) in substance. | |
Batal dan tak sah. Null and void. | |
Darurat. Ketika dalam darurat, orang Islam boleh dikecualikan daripada aspek undang-undang Syariah bagi mempertahankan iman, nyawa, harta benda, daya fikir dan generasi pada masa akan datang. Emergency. In the emergency, Muslims may disregard aspects of Sharī’ah laws in order to save their faith, life, property, intellect and posterity. | |
Suatu kontrak di mana seseorang menaja jamin tuntutan atau kewajipan yang perlu dipenuhi oleh penghutang, pembekal atau kontraktor. Sekiranya penghutang, pembekal atau kontraktor gagal memenuhi kewajipan mereka, penjamin wajib bertanggungjawab bagi memenuhi kewajipan itu. Majoriti para fuqaha berpendapat bahawa dhamanah adalah serupa dengan kafalah. A contract where a person underwrites claims or obligations that should be fulfilled by a debtor, supplier or contractor. In the event that the debtor, supplier or contractor fails to fulfil his obligations, the guarantor is responsible to fulfil such obligations.
| |
Tidak kukuh dan tidak berdaya maju. Dalam sesuatu kontrak, keadaan fasid akan menyebabkan kontrak tidak sah. Unsound or unviable. In a contract, a fasid condition will render the contract invalid. | |
Suatu pendapat atau pengumuman mengenai Syariah yang dikemukakan oleh sekumpulan cendekiawan Islam (fuqaha) yang cukup berkelayakan dan berpengetahuan dalam kaedah mengeluarkan fatwa serta mantap dalam disiplin perundangan Islam (usul fiqh). Dari segi amalan dan bergantung pada bidang kuasa, fatwa juga boleh dirujuk sebagai “peraturan”, “edik” dan “pendapat”. Di Malaysia, hanya Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri mempunyai kuasa mengeluarkan fatwa, sementara Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti dan Jawatankuasa Syariah setiap bank hanya mempunyai kuasa mengumumkan “keputusan”. An opinion or pronouncement on Shari’ah issued by a group of scholars (fuqaha’) whose are sufficiently qualified and knowledgeable of the methodology for the issuance of fatwa, as well-established under the discipline of Islamic jurisprudence (usul fiqh). In practice and depending on jurisdictions, fatwa may also be referred as Shari’ah “rulings”, “edicts” and “opinions.”
| |
Fakta atau keadaan yang tidak diketahui. Dalam urus niaga komersial, gharar yang berlebih-lebihan/ utama ((غرر فاحش/gharar fâhish), contohnya fakta atau keadaan sama ada pihak yang mengikat kontrak atau aset yang terdapat dalam kontrak atau harga aset tidak diketahui atau tidak dimaklumkan kepada pihak yang mengikat kontrak mengakibatkan sesuatu kontrak itu batal dan tak sah. An unknown fact or condition. In a commercial transaction, an excessive/ major gharar (غرر فاحش/ gharar fāhish) e.g. the fact or condition of either the contracting parties or the asset in the contract or the price of the asset are not known or made known to contracting parties makes a contract null and void. | |
Penipuan, fraud dan pendayaan. Kesemua ini adalah dilarang oleh Syariah. Cheating, fraud, or deception. All of these are prohibited by the Shari'ah. | |
Sabda (kata-kata), perbuatan dan pengesahan oleh nabi Muhammad SAW. Hadis juga dirujuk sebagai Sunnah. The sayings, deeds and endorsement of the prophet Muhammad SAW. Hadith is also referred as Sunnah. | |
Sah atau dibenarkan. Konsep halal mempunyai nada kerohanian. Dalam Islam terdapat kegiatan, profesion, kontrak dan urus niaga yang dengan jelas dilarang (diharamkan) oleh Syariah. Semua kegiatan, profesion, kontrak dan urus niaga yang lain adalah halal. Konsep halal itu membezakan antara ekonomi Islam dengan ekonomi konvensional. Dalam ekonomi konvensional kesemua kegiatan adalah dinilai mengikut utiliti ekonomi. Dalam ekonomi Islam, faktor kerohanian dan moral juga diambil kira, di mana sesuatu kegiatan nampak baik dari segi ekonomi tetapi mungkin tidak dibenarkan jika ditegah oleh Syariah. Lawful or permissible. The concept of halal has spiritual overtones. In Islam there are activities, professions, contracts and transactions that are explicitly prohibited (haram) by the Shari’ah. All other activities, professions, contracts and transactions are halal.
| |
Menyalahi undang-undang atau ditegah. Kegiatan, profesion, kontrak atau urus niaga yang dengan jelas dilarang oleh Syariah. Unlawful or forbidden. Activities, professions, contracts and transactions that are explicitly prohibited by the Shari’ah. | |
Merujuk pada hak atas asset. Contoh hak tersebut ialah haq dayn (hak untuk menuntut hutang) dan haq tamalluk (hak pemilikan). Refers to rights on the asset. Examples of such rights are haq dayn (rights to the claim of a debt) and haq tamalluk (rights of ownership). | |
Hadiah yang dianugerahkan kepada seseorang secara suka rela atau sesuatu diberikan kepada individu tanpa pertukaran. A gift awarded to a person voluntarily or something given to a person without exchange. | |
Suatu kontrak pemindahan tanggungjawab hutang seorang penghutang kepada pihak ketiga. A contract of transferring a debt obligation of a debtor to a third party. | |
Memberikan hak. Dalam urus niaga komersial, pemiutang memberikan sebahagian atau semua haknya kepada penghutang, biasanya untuk penyelesaian awal hutang itu. Beberapa cendekiawan (fuqaha) berpendapat bahawa Ibra’ adalah serupa dengan rebat. Walau bagaimanapun, di bank-bank Islam, konsep ini digunakan dalam konteks yang lebih luas seperti dalam pelaksanaan produk kadar terapung dengan harga jualan yang ditetapkan. Giving up of a right. In a commercial transaction a creditor gives up part or all of his right to a debtor usually for early settlement of the debt. Some scholars (fuqaha’) opine that Ibra’ is similar with rebate.
| |
Suatu kontrak di mana pemberi pajak (pemilik aset) menyewakan aset kepada pelanggan/pemajak pada kadar sewa yang dipersetujui dan tempoh pajakan ditetapkan terlebih dahulu sebelum ‘aqd (kontrak). Pemilikan harta tanah kekal dengan pemberi pajak, sementara pemajak hanya memiliki hak penggunaan harta tanah tersebut. A contract whereby a lessor (owner of an asset) leases out an asset to a customer/ lessee at an agreed rental payment and pre-determined lease period upon the ‘aqd (contract). The ownership of the property remains with the lessor while the lessee only owns the right of the use of the property. | |
Merujuk pada kontrak Ijarah (pajakan) yang akan diikuti oleh kontrak bai’ (jualan). Di bawah kontrak pertama, pemberi pajak menyewakan aset kepada pemajak pada kadar sewaan yang telah dipersetujui sepanjang tempoh yang ditetapkan. Menjelang tiba tamat tempoh pajakan, pemajak mengikat kontrak kedua untuk membeli harta tanah daripada pemilik pada harga yang telah dipersetujui. Dalam bidang kuasa tertentu, Ijarah Thumma Bai’ digelar Ijarah Muntahiah Bit-Tamlik. A contract whereby a lessor (owner of an asset) leases out an asset to a customer/ lessee at an agreed rental payment and pre-determined lease period upon the ‘aqd (contract). The ownership of the property remains with the lessor while the lessee only owns the right of the use of the property. | |
Pakar undang-undang (faqih) berusaha merumuskan peraturan atau keputusan menurut undang-undang (hukum) dengan memberi tafsiran bukti (dalil) yang terdapat dalam sumber Syariah. A jurist (faqih)’s endeavor to formulate a rule or legal decision (hukum) by interpretation of the evidence (dalil) found in the Shari’ah sources. | |
Perkongsian kewangan. Financial partnership. | |
Kejahilan. Ignorance. | |
Satu kontrak sehala yang menjanjikan hadiah atas penyempurnaan sesuatu tugas khas. A unilateral contract promising a reward for the accomplishment of a specific task. | |
Merujuk pada Dhamanah. Refer to Dhamanah. | |
Pecah amanah, pengkhianatan atau pembelotan yang jelas dilarang oleh Syariah. A breach of trust, betrayal or treachery which is clearly prohibited by Shari’ah. | |
Perjudian. Sebarang kegiatan yang melibatkan pertaruhan, yang membabitkan wang atau apa-apa perkara mengenai hasil daripada peristiwa yang tidak boleh dijangkakan. Pertaruhan akan hilang jika hasilnya tidak seperti yang dijangkakan oleh pembuat pertaruhan dan sebaliknya individu penerima pertaruhan mendapat pertaruhan itu. Sememangnya, kegiatan ini jelas dilarang oleh Syariah. Gambling. Any activity that involves betting, involving money or any items on the outcome of an unpredictable event. The bet is forfeited if the outcome is not as predicted by the bettor and the person against whom the bet is made takes the bet. This activity is clearly prohibited by the Shari’ah. | |
Sebarang keinginan semulajadi manusia, dan boleh disimpan untuk keperluan akan datang; yang mempunyai kegunaan khusus atau am dan dibenarkan oleh Syariah bagi tujuan mendapatkan manfaat daripadanya. Anything of natural desire by humankind, and can be stored for times of necessity; has specific or general use and is permissible by Shari’ah for the purpose of extracting its benefit. | |
Transaksi ekonomi dalam kalangan manusia. Economic transactions among human being. | |
Usahawan dalam kontrak mudharabah. Entrepreneur in a mudharabah contract. | |
Suatu perjanjian antara pemodal (rabbul mal) yang memberi 100% modal untuk perniagaan dengan usahawan (mudharib) yang menguruskan perniagaan dengan menggunakan kepakarannya. Di bawah kontrak ini, keuntungan yang diperoleh akan dibahagikan antara mereka mengikut nisbah yang dipersetujui sebelumnya, sementara sebarang kerugian akan ditanggung sepenuhnya oleh pemodal. An agreement between a provider of capital (rabbul mal) who provides 100% capital for a business and entrepreneur (mudharib) who manages the business applying his expertise. Under this contract, the resulting profit is to be shared between them according to a pre-agreed ratio, while any loss is to be borne solely by the provider of capital. | |
Penyelesaian hutang mengikut urus niaga kontra atau tolak selesai. Debt settlement by contra transaction or setting off. | |
Kontrak pertanian di mana pemilik tanah pertanian berkongsi pengeluaran dengan individu lain sebagai pulangan atas khidmatnya mengairi kebun itu. An agricultural contract whereby the owner of agricultural land shares its produces with another person in return for his services in irrigating the garden. | |
Sejenis jualan am di mana terdapat tawar menawar dalam harga komoditi yang akan didagangkan antara penjual dengan pembeli tanpa sebarang rujukan terhadap kos perolehan yang ditanggung oleh penjual. A general kind of sale in which price of the commodity to be traded is bargained between seller and the purchaser without any reference to the acquisition cost incurred by the seller. | |
Suatu kontrak ke arah perkongsian antara dua pihak atau lebih untuk menyumbang modal dalam pelbagai perkadaran. Keuntungan yang dijana oleh perkongsian dibahagikan mengikut terma kontrak musyarakah, manakala kerugian dikongsi mengikut perkadaran bahagian sumbangan masing-masing kepada modal. A contract between two or more parties to contribute capital in various proportions to a partnership. Profits generated by the partnership are shared in accordance with the terms of musharakah contract whilst lossess is shared in proportion to the respective contributors’ shares of the capital. | |
Musyarakah berkurangan; membenarkan penyertaan ekuiti dan perkongsian untung mengikut nisbah yang ditetapkan sebelumnya, dan perkongsian kerugian mengikut bahagian tertentu. Ini menyediakan kaedah, dengan melaluinya bank boleh terus mengurangkan ekuitinya dalam aset itu, yang akhirnya memindahkan pemilikan aset tersebut kepada pelanggan/ rakan kongsi. Kontrak ini menyediakan pembayaran untuk membeli saham ekuiti yang dipegang oleh bank, selain daripada keuntungan yang dibayar kepada bank. Secara serentak, pelanggan membeli sebahagian daripada ekuiti bank, dari semasa ke semasa mengurangkannya sehingga bank tidak mempunyai ekuiti dan ini mengakibatkan perkongsian berakhir. Diminishing musharakah; allows equity participation and sharing of profits in a pre-agreed ratio, and sharing of losses on a pro-rata basis. This provides a method through which the bank keeps on reducing its equity in the asset, ultimately transferring ownership of the asset to the customer/ partner. The contract provides for payment to purchase equity shares held by the bank, over and above the profit paid to the bank. Simultaneously the customer purchases some of the bank's equity, progressively reducing it until the bank has no equity and that results in ending the partnership. | |
Suatu kontrak pertanian di mana individu mengerjakan tanah milik individu lain dengan mendapat pulangan mengikut bahagian hasil tanah itu. An agricultural contract whereby a person works the land of another person in return for a share in the produce of the land. | |
Qabadh bermaksud mengambil pemilikan dalam kontrak pertukaran (‘uqud mu’awadhat). Pada amnya, qabadh diamalkan berdasarkan urf, iaitu amalan biasa komuniti tempatan dalam mengiktiraf cara pemilikan sesuatu aset berlaku. Qabadh berbeza mengikut jenis aset. Qabadh means taking possession in the contracts of exchange (‘uqud mu’awadhat). Generally qabadh is practiced based on urf i.e. the common practices of the local community in recognizing the way the possession of an asset has taken place. Qabadh is varies from one type of asset to another | |
Pinjaman Loan. | |
Merujuk pada pinjaman ihsan, iaitu satu kontrak pinjaman antara dua pihak tanpa caj tambahan selain daripada pinjaman itu. Sebarang tambahan pembayaran yang dikenakan oleh pemberi peminjam atau janji yang dibuat oleh peminjam adalah dilarang. Walau bagaimanapun, peminjam dibenarkan membayar lebih atas budi bicara beliau sepenuhnya sebagai tanda penghargaan. Refers to benevolent loan, i.e. a loan contract between two parties with no extra charge over and above the loan. Any extra payment imposed by the lender or promised by the borrower is prohibited. However the borrower is permitted to pay extra on payment at his absolute discretion as a token of appreciation. | |
Kitab suci Islam, iaitu firman Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab yang disampaikan melalui malaikat Jibril AS. The holy scriptures of Islam i.e. the words of Allah revealed to the Prophet Muhammad SAW in Arabic conveyed by the angel Jibrail AS. | |
Pelabur atau pemodal dalam kontrak mudharabah. The investor or capital provider in a mudharabah contract. | |
Menjadikan aset sebagai jaminan atau cagaran terhadap hutang. Cagaran akan digunakan untuk menyelesaikan hutang apabila penghutang ingkar. Cagaran juga akan digunakan sebagai satu nama sejenis pinjaman dengan cagaran atau perniagaan pajak gadai. Making an asset a security or collateral for a debt. The collateral will be used to settle the debt when the debtor is in default. It may also be used as a name for a kind of borrowing with collateral or pawn broking. | |
Peningkatan dalam transaksi pinjaman atau pertukaran aset ribawi, terakru kepada pemilik (pemberi pinjaman atau penjual) tanpa memberi nilai kaunter yang setara atau pampasan sebagai pulangan kepada pihak yang satu lagi. Riba adalah dilarang menurut Syariah. Dalam pemberian pinjaman, terdapat lebihan pembayaran dikenakan oleh pemberi pinjaman atau janji oleh peminjam selain daripada pinjaman (dikenali sebagai riba qardh) Dari segi perdagangan, ia lebih merupakan perbezaan dalam berat dalam pertukaran emas mengikut sukatan ketulenan berbeza, contohnya 10 gram daripada 750 emas dengan 8 gram daripada 835 emas (dikenali sebagi riba fadhl); atau perbezaan dari segi masa antara pembayaran dengan penyerahan dalam kadar pertukaran mata wang asing, contohnya pembayaran atau RM10,000 pada 1 Januari 2008 dan penghantaran USD3,800 pada 2 Januari 2008 (dikenali sebagai riba nasiah). An increase, in a loan transaction or in exchange of a ribawi asset, accrued to the owner (lender or seller) without giving an equivalent counter value or compensation in return to the other party. It is prohibited according to Shari’ah.
| |
Pemberian amal secara suka rela. Voluntary charitable giving. | |
Satu kontrak pembelian dan penjualan mata wang. A contract of buying and selling of currencies. | |
Undang-undang Islam berkaitan dengan semua aspek kehidupan manusia yang ditetapkan oleh Allah kepada hambanya. Undang-undang ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu undang-undang yang berkaitan dengan kepercayaan (akidah), undang-undang yang berkaitan dengan ibadat (fiqh) dan yang berkaitan dengan etika (akhlaq) Berdasarkan makna ini, Syariah juga merupakan perkataan lain untuk Islam. Islamic laws relating to all aspects of human life established by Allah for his servants. The laws are divided into three, i.e. those relating to belief (‘aqidah), those relating to deeds (fiqh) and those relating to ethics (akhlaq). In this meaning, Shari’ah is another word for Islam. | |
Bil Pertukaran. Bill of Exchange. | |
Bon bersandarkan aset yang berstruktur mengikut prinsip Syariah. Sukuk menandakan pemilikan aset semasa mengikut kadar yang tak dibahagi. Kebanyak bon ini boleh didagangkan dalam pasaran, bergantung pada bagaimana bon-bon ini distrukturkan; pada tara, premium atau diskaun. Asset backed bonds which are structured in accordance with Shariah. Sukuk evidencing an undivided pro-rata ownership of underlying asset. Most of these bonds may be traded in the market, depending upon how they are structured; at par, premium or discount. | |
Merujuk pada Hadis. Refer to Hadith. | |
Pampasan yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang mengikat kontrak sebagai pembayaran yang boleh dituntut oleh pemiutang apabila penghutang ingkar dalam pembayaran hutang mereka. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia membuat keputusan bahawa ta’widh boleh dikenakan atas penghutang ingkar yang gagal memenuhi tanggungjawabnya membayar pembiayaan berdasarkan keadaan-keadaan yang berikut: i. Amaun ta’widh tidak boleh melebihi kerugian sebenar yang ditanggung oleh pembiaya;
iii. Keingkaran atau penangguhan bayaran disebabkan oleh kelalaian di pihak penghutang. Compensation agreed upon by the contracting parties as a payment that can be claimed by the creditor when the debtor defaults in the payment of his debt.
| |
Tindakan penjual yang dengan sengaja menyembunyi kecacatan (kerosakan) barangan yang jelas dilarang oleh Syariah. An act of a seller intentionally hiding the defects of goods, which is clearly prohibited by Shari’ah. | |
Insurans patuh Syariah, iaitu satu pelan perlindungan berdasarkan kehendak Syariah (konsep saling berkongsi dan melindungi antara satu sama lain melalui sumbangan kepada satu kumpulan dengan mengambil kelebihan kumpulan yang besar).Seseorang individu itu akan menjadi peserta dengan melaksanakan kontrak tabarru dan membuat sumbangan penyertaan (tabarru) ke dalam dana takaful umum di mana beliau membenarkan carumannya digunakan bagi membantu peserta-peserta lain apabila mereka ditimpa musibah yang tertentu. Kontrak komersial mudharabah dan wakalah digabungkan ke dalam kontrak tabarru’ bagi meningkatkan saiz dana takaful. Shari’ah compliant insurance i.e. a protection plan based on Shari’ah requirements (concept of sharing and protecting of one another via contribution to a pool by taking advantage of a sizeable group). A person becomes a participant by undertaking a contract of tabarru’ and paying a participative contribution (tabarru’) to a common takaful fund whereby he allows his contributions to be used to help other participants whenever they suffer defined losses. The commercial contracts of mudharabah and wakalah are incorporated into tabarru’ contracts to increase the size of the takaful fund. | |
Suatu konspirasi antara penjual dengan pembeli di mana penjual sanggup menjual aset pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Ini dilakukan supaya pihak lain akan terburu-buru untuk membeli aset itu pada harga yang lebih tinggi, dan hasilnya penjual mendapat keuntungan yang besar. Kegiatan ini sememangnya jelas dilarang oleh Syariah. A conspiracy between a seller and a buyer wherein the seller is willing to sell the asset at a price higher than that of the market. This is done so that others world rush to buy the asset at a higher price, resulting in the seller obtaining a huge profit. This act is clearly prohibited by Shari’ah. | |
Ia merupakan pembelian satu komoditi (iaitu, kandungan tawarruq) berasaskan perbayaran tertunda, sama ada secara bai' musawamah atau bai’ murabahah. Kemudiannya, komoditi itu dijual secara tunai kepada pihak lain selain daripada penjual asal.
It is the purchase of a commodity (i.e the subject matter of tawarruq) on deferred payment basis by way of either bai’ musawamah or bai’ murabahah. The commodity is then sold for cash to a party other than the original seller.
| |
Suatu pembayaran untuk manfa’ah, iaitu usufruk atas penggunaan harta benda orang lain. Istilah lain yang berkaitan dengan ujrah ialah ajr (jamak ujur) yang merujuk pada pembayaran untuk sesuatu perkhidmatan. Ujrah juga berhubung kait dengan gaji, upah, bayaran, fi, caj, pendaftaran, honorarium, ganjaran, anugerah dan lain-lain. A payment for manfa’ah i.e. usufruct on the use of another’s property. Another term related to ujrah is ajr (plural ujur), which refers to payment for a service. It is also applied to salary, wage, pay, fee(s), charge, enrolment, honorarium, remuneration, reward, etc. | |
Kontrak penyertaan atau perkongsian. Contracts of participation or partnership. | |
Kontrak pertukaran. Contracts of exchange. | |
Kontrak hadiah atau derma. Contracts of gift or donation. | |
Juga disebut perundangan Islam, iaitu disiplin ilmu dan kaedah memahami dan mentafsir Syariah. Also called Islamic jurisprudence, i.e. the discipline of knowledge and methodologies of understanding and interpreting Shari’ah. | |
Jagaan selamat. Asalnya, jagaan selamat dirujuk sebagai wadi’ah yad amanah, iaitu jagaan pemegang amanah. Menurut Syariah penjaga pemegang amanah mempunyai tanggungjawab untuk menjaga harta tanah yang dipegang badan amanah. Wadī’ah yad amanah berubah kepada wadi’ah yad dhamanah (jagaan terjamin) apabila penjaga pemegang amanah mencabuli syarat untuk melindungi harta benda itu. Kemudian, beliau (penjaga) perlu menjamin harta benda tersebut. Safe custody. Originally, safe custody is referred to as wadi’ah yad amanah, i.e. trustee custody, which according to Shari’ah, the trustee custodian has the duty to safeguard the property held in trust.
| |
Suatu kontrak pelantikan ejen di mana seseorang individu melantik seseorang yang lain untuk bertindak bagi pihak beliau. A contract of appointment of an agent whereby a person appoints another to act on his behalf. | |
Amanah endowmen dan khairat yang diwujudkan untuk tujuan yang berkaitan dengan Islam (biasanya untuk pendidikan, masjid, atau untuk orang miskin). Waqf melibatkan tambatan harta benda untuk selama-lamanya supaya harta itu tidak boleh dijual, diwarisi, atau didermakan kepada sesiapa. An endowment or a charitable trust set up for Islamic purposes (usually for education, mosques, or for the poor). It involves tying up a property in perpetuity so that it cannot be sold, inherited, or donated to anyone. | |
Satu tanggungjawab agama melalui pemberian zakat kepada orang Islam dengan jumlah tertentu daripada harta kekayaan mereka setiap tahun kepada salah satu daripada lapan kategori orang Islam yang serba kekurangan (asnaf). Matlamatnya adalah untuk mengambil sebahagian daripada kekayaan orang berada untuk diagihkan dalam kalangan asnaf. Menurut Syariah, zakat mensucikan harta kekayaan dan jiwa. A religious obligation of alms-giving on a Muslim to pay a certain amount of his wealth annually to one of the eight categories of needy Muslims (asnaf). The objective is to take away a part of the wealth of the well-to-do to be distributed among the asnaf. According to the Shari’ah, zakat purities wealth and souls. |
3 comments:
jazakumullah
terima kasih...
terima kasih...
Post a Comment