Wednesday, February 17, 2010

Hukum Menyambut Kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam

Alhamdulillah, infiniti kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Illahi,Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam, para sahabat, tabi'in, dan tabi' tabi'in.

Apa khabar semua ? Fi sihhah Insya Allah. Tidak lama lagi kita akan menyambut hari kelahiran Baginda Sallallahu Alaihi Wa Sallam pada 12 Rabi'ul Awwal. Tarikh keramat ini jatuh hari Jumaat pada tahun ini.
Baru-baru ini selepas pengajian bersama Syeikh Ahmad Muhammad al-Maddah, syeikh telah menunjukkan beberapa keping kad kecil yang sengaja diletakkan di hadapan masjid oleh golongan-golongan yang tidak suka kepada sambutan Maulid Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam. Di dalam kepingan kad tersebut menjelaskan bahawa manyambut hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam adalah bid'ah.

Berikutan daripada perkara tersebut, semalam Fadhilah Syeikh memberikan artikel ringkas yang menerangkan tentang hukum menyambut kelahiran Baginda Nabi Muhammad Sallallahu laihi Wa Sallam adalah dibenarkan dalam Islam berserta dalil-dalilnya.
Dalil-dalilnya adalah seperti berikut :
1) Al-Quran
قل بفضل الله وبرحمته فبذلك فليفرحوا هو خير مما يجمعون

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa orang-orang yang beriman digalakkan untuk melahirkan rasa kegembiraan atas kurniaan dan limpahan rahmat Allah SWT kepada kita semua. Bukankah kelahiran Nabi kita Sallahu Alaihi Wa Sallam, merupakan satu nikmat dan rahmat. Hal ini dijelaskan berdasarkan hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam yang diriwayatkan oleh al-Hakim:
إنما انا رحمة مهداه
Ertinya: Aku hanya sebagai pemberi rahmat

Al-Quran juga menjelaskan perkara yang sama dengan menyatakan bahawa nabi Muhammad Sallalhu Alaihi Wa Sallam diutuskan sebagai rahmat kepada sekalian alam. Firman Allah SWT :
وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين
Ertinya: Dan tidaklah kami mengutuskan kamu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmar kepada seluruh alam

Kedua-dua dalil yang dinyatakan jelas menunjukkan bahawa kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam merupakan sebuah rahmat.

2) Hadith Rasullullah Sallahu Alaihi Wasallam dan perbutan para sahabat.
* Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam meraikan hari kelahirannya dengan berpuasa pada setiap hari Isnin. Diriwayatkan dalam Sahih Muslim :
عن أبي قتادة أن أعرايا قال: يارسول الله ما تقول في صوم يوم الإثنين ؟ قال: ذاك يوم ولدت فيه وأنزل عليه
Ertinya: Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam, Wahai Raululullah kenapa engkau berpuasa pada hari Isnin? Rasulullah Sallalhu Alaihi Wa Sallam menjawab, Pada hari tersebut aku telah dilahirkan dan dijadikan.

Para sahabat juga meraikan kelahiran Baginda Salallahu Alaihi Wa Sallam dengan berzikir sebagai tanda syukur kepada Allah SWT atas nikmat kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam.

Bersambung...

Saturday, February 13, 2010

Peranan Nuqaba'

Sejak alam sekolah lagi rata-rata pelajar yang menuntut di institusi pengajian yang menitikberatkan soal agama akan ada aktiviti berkelompok yang dinamakan sebagai usrah. Kelompok seperti ini bukan hanya didedahkan pada peringkat persekolahan. Bahkan hingga ke alam pekerjaan dan pencen. Hal ini jelas menunjukkan bahawa usrah menjadi satu perkara yang amat penting. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang inginkan sebuah tarbiah yang berterusan.
Kelompok ini terdiri daripada 3 elemen penting :
1) Naqib ( Ketua kumpulan )
2) Ahli Usrah ( Anak buah kumpulan )
3) Manhaj ( produk atau pembawakan )

Apa yang ingin difokuskan pada hari ini ialah elemen yang terpenting dalam melaksanakan kerja murni ini iaitu naqib.

Naqib adalah teras jemaah kerana ia memiliki hak tarbiyah, takwin, pengambilan baiah, pembentukan qiadah, dan membuat keputusan. Sila rujuk karya Said Hawa, Al Madkhal Ila Al-Muslimin : Hal 95-96

PENGERTIAN NUQABA'

Naqib berasal dari perkataan نقب على القوم- نقابة maknanya صار نقيبا عليهم، اى قام شخص برعاية شئونهم
ertinya : Seorang yang mengurus dan mengendalikan urusan masyarakat.

Firman Allah Taala : Al-Maidah : 12
"ولقد أخذ الله ميثاق بني إسرءيل وبعثنا منهم اثنى عشر نقيبا وقال الله إني معكم....."

Perkataan naqib maknanya كبير القوم المعنى بشئونهم ertinya : Pemimpin masyarakat yang bertanggungjawab tentang urusan mereka.

Naqib di dalam Harakah Islamiah bermaksud : Seorang ahli jamaah yang mempunyai kelayakan thaqafah, keistimewaan (khasais) dan komitmen (iltizamat) yang mantap dan diamanahkan untuk memimpin dan mentarbiyah ahli-ahli jamaah mengikut wasilah-wasilah tertentu (umum dan khusus).

As-Sheikh Said Hawwa membahagikan ahli jamaah kepada empat peringkat :

Pertama :الأنصار
Kedua : المجاهدين العاملين
Ketiga : النقباء
Keempat :النواب

NUQABA' DALAM KACAMATA JAMAAH ISLAM

Di dalam bahagian ini saya akan menggambarkan kedudukan nuqaba sebagai sebuah institusi / markaz yang amat penting dalam jamaah Islam. Nuqaba / Naqibat merupakan tenaga penggerak yang amat penting dalam jamaah, sebab itu jamaah tidak akan memiliki kekuatan sekiranya berlaku kepincangan di dalam institusi nuqaba.

Kelemahan para nuqaba' dalam memandu usrah dengan baik akan memberi kesan kepada arah perjuangan yang ingin dipimpin untuk anak buah mereka. Apabila perkara ini berlaku, maka timbullah cabang permasalahan lain seperti usaha untuk membina suasana tarbiyah rohaniah yang cukup penting dalam sebuah gerakan. begitu juga dengan kekuatan jasmani dan thaqafah mereka. Akhirnya, ahli-ahli usrah lemah dan tidak mampu untuk melaksanakan mandat-mandat dan kehendak jama'ah dengan sebaiknya.

Dengan itu kreadibiliti para nuqaba' memberikan satu kesan yang amat besar kepada pembentukan anak buah usrah ke arah yang berkualiti. Proses pentarbiahan ini perlu dimulai dengan sikap para nuqaba' itu sendiri. Barulah kita boleh menceritakan masalah anak buah usrah.

Kedudukan para nuqaba' di dalam saf jama'ah

Perlu kita ketahui, nuqaba' sebenarnya berada di posisi yang amat penting dalam sebuah jama'ah. Para nuqaba' diibaratkan seperti sepohon pokok yang baik dan berguna kepada manusia dan alam seluruhnya. Konteks ini dapat dilihat melalui firman Allah Taala di dalam surah Ibrahim ayat 24 yang bermaksud,


Ini bererti para nuqaba' merupakan pokok-pokok tersebut yang menghiasi taman-taman gerakan Islam. Namun, pokok ini tidak mampu tumbuh mekar dan megah sehingga mampu menghiasi sebuah taman tanpa keutuhan beberapa ikatan yang perlu dijaga dengan baik.

 Ikatan iman dan amal
 Ikatan ukhuwwah dan mahabbah.
 Ikatan saling hormat-menghormati
 Ikatan kerjasama dan jihad
 Ikatan syura
 Ikatan taaruf, tafahum dan takaful
 Ikatan perasaan

PERANAN PARA NUQABA'

Setelah kita ketahui akan maksud dan posisi sebenar para nuqaba'. Maka dapatlah difahami bahawa para nuqaba' merupakan :

1) Madrasah-madrasah kecil (usrah atau medan indoktrin school of thought jemaah) kepada jamaah bagi menyalurkan maklumat ilmu dan tarbiah kepada ahli-ahli mengikut manhaj / muqarrar yang ditentukan oleh jamaah.
2) Mursyid, tempat rujuk dan bernaung kepada ahli-ahli jamaah dalam melicinkan perjalanan hidup mereka terutama dalam memahami erti sebuah jama'ah.
3) Cermin dan tempat mengukur kekuatan dan kemantapan jamaah dan ahli-ahli. Sekiranya Nuqaba/ Naqibat lemah, maka kita dapat bayangkan realiti jamaah dan ahli-ahli .
4) Benteng pertama dan golongan teras(al-Qaedah as-Sulbah) kepada jamaah dalam mempertahankan kekuatan dari serangan dan tekanan-tekanan musuh dari luar.
5) Tentera-tentera jamaah yang bertanggungjawab mengawal keselamatan sempadan jamaah dari dicerobohi oleh syaitan dan musuh-musuh.
6) Pengawal-pengawal yang bekerja mengawal keselamatan dalaman jamaah dari sebrang anasir-anasir yang boleh menghuru-harakan kestabilan organisasi dan ahli-ahli atau pergerakan dalaman jamaah.

CIRI-CIRI ASAS PARA NUQABA'


CIRI PERTAMA
Ciri-ciri Murabbi :

Naqib ialah seorang Murabbi yang mempunyai syakhsiah yang unggul, semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli-ahli sehingga mampu memikul amanah perjuangan di semua peringkat. Para Murabbi adalah orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugas-tugas pentarbiahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Alaah Taala.

CIRI KEDUA
Ciri-ciri guru atau mu'alim :

Naqib adalah seorang mu'alim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka di dalam bidang keilmuan.

Ditegaskan di sini bahawa para Nuqaba' hendaklah mendalami pembacan dan pengetahuan tentang Fiqh Dakwah, gerakan dan jemaah-jamaah, Fiqh Al-Bina dan At-Taqwim.

CIRI KETIGA
Ciri seorang bapa atau ibu (Al-Ab atau Al-Umm) :

Naqib adalah seorang bapa atau ibu (yang bertanggungjawab) menumpukan sepenuhnya perhatian, kasih sayang, belaian mesra kepada anak-anaknya dengan menaruh harapan yang tinggi agar anak-anaknya menjadi manusia yang berguna dan berjasa kepada mereka setelah dewasa nanti.

Sifat-sifat seperti ini mesti dimiliki oleh para Nuqaba'. Segala tindak-tanduk Naqib adalah bermula dari rasa kasih sayang dan kasih mesra dengan niat mendidik ahli-ahli usrah supaya berjasa kepada Islam.

CIRI KEEMPAT
Ciri al-akh al-Muslim :

Naqib adalah seorang al-akh al-Muslim yang sejati yang hidup bersama dengan ahli-ahli usrah di atas landasan persaudaraan Islam, bersedia memberi teguran dengan baik dan menerima nasihat dan pandangan dengan rasa senang hati( salamah as-sadr )

Betapa besarnya peranan para nuqaba' selaku pembentuk dan pengacu ahli usrah ke arah memahami konsep pembawakan dan kefahaman Islam yang sebenar.

Tuesday, February 2, 2010

Hukum Solat Jumaat di Padang

Tidak dapat dinafikan lagi, ramai dikalangan masyarakat begitu minat menyaksikan permainan bola sepak. Apatahlagi apabila melibatkan skuad-skuad bola sepak yang mereka minati.Kebanyakan peminat-peminat bola sepak akan hadir dengan lebih awal bagi mendapatkan tempat yang selesa dan tidak terlepas untuk menyaksikan satu-satu perlawanan walaupun seketika. Persoalannya di sini, Sekiranya tarikh perlawanan tersebut jatuh pada hari Jumaat,maka adakah boleh bagi peminat fanatik bola sepak tersebut melakukan solat Jumaat di padang tersebut supaya tidak telepas peluang untuk menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung.

Berdasarkan kitab Fatawa Syar'iyyah Mu'asarih karangan Dr.Ibrahim Hafnawi yang merupakan salah seorang pensyarah Usul Fiqh di Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Al-Azhar cawangan Tanta. Untuk pengetahuan,beliau juga merupakan salah seorang daripada pentahqiq kitab Tafsir Jami' Al-Ahkam Al-Quran.

Beliau menyatakan bahawa hukumnya adalah seperti berikut:

Pendapat Jumhur = Hukumnya adalah dibolehkan dan sah solat tersebut. Hal ini kerana masjid bukan syarat sah solat Jumaat bagi mereka.

Mazhab Maliki = Tidak boleh dan tidak sah jika dilakukan di padang. Mereka berpendapat bahawa mendirikannya di masjid adalah syarat sah solat Jumaat.

Pendapat yang rajih adalah pendapat daripada Jumhur. Rentetan daripada itu, Imam Nawawi menyatakan bahawa mendirikan solat Jumaat di masjid bukanlah syarat sah solat Jumaat. Akan tetapi boleh mendirikan solat Jumaat ditempat yang terbuka dengan syarat solat tersebut diadakan di dalam dalam sesebuah kampung ataupun negeri. Sekiranya dilaksanakan di luar negeri walaupun berdekatan dengan sempadan maka hukumnya adalah tidak sah.

Ibnu Qudamah dan Abu Hanifah juga mengatakan bahawa solat Jumaat tidak disyaratkan untuk diadakan di dalam sebuah bangunan, bahkan doleh dilaksanakan di tempat yang luas dan terbuka.

BEWARE OF SATAN II

video