Wednesday, July 14, 2010

Kehidupan Sayyidi Ahmad Badawi Siri 2

Menjadi antara perkara yang agak penting untuk kita mengetahui siapa yang hidup sezaman dengan Sayyidi Ahmad Badawi. Antara tujuannya, seperti yang disebutkan di dalam buku rujukan saya adalah kerana individu penting yang hidup pada satu-satu zaman akan memberikan kesan terhadap pembentukan bi'ah ( suasana ) sesebuah tempat.
Di sini, akan dinyatakan 3 kelompok yang hidup pada zaman beliau.

*Kelompok pemimpin
Sayyidi Badawi sempat hidup di bawah tampok kepimpinan 6 generasi Khalifah Bani Abbas ( 575 H-701 H )

*Kelompok ulama' Fuqaha' :
1- Sultan Al-Ulama' Izzuddin Bin Abdul Salam (Pakar Ilmu Feqh, Usul Fiqh, Ulama Tafsir, Hadith & Tasauf ) Meninggal pada tahun 660H.
2- Al-Imam Qadhi Al-Qhudhah Tajuddin Abdul Wahhab Bin Khalf. ( Bermazhab Syafi'e )
Meninggal pada 665H.
3- Al-Imam Al-Hafidz Al-Kabir Syaikhul Islam Zakiuddin Amdul Azim Al-Mundziri. ( Pengarang kitab Tarhib & Targhib)Hidup sekitar tahun 581H-656H.
4- Al-Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya Bin Syarfun Nawawi @ Imam Nawawi ( Pakar Mazhab Syafi'e, antara ulama' besar yang masyhur, banyak mengarang kitab Hadith, Feqh dan Tasauf ). Antara hasil karya beliau ialah kitab Riadus Salihin, al-Majmuk, al-Raudhah, al-Minhaj dan banyak lagi. Hidup sekitar 631H-676H.
5- Ibnu Daqiq Al-Aid. Hidup sekitar tahun 625H-795H. Antara beliau dan Sayyidi Ahmad Badawi mempunyai kisah yang tersendiri dan agak menarik untuk dikongsi bersama. Saya akan sebutkannya pada siri yang lain, Insya Allah.
6- Ramai lagi...

*Kelompok ulama' Tasauf
1- Syeikh Abu Hasan As-Syazuli. Meninggal pada tahun 656H.
2- Syeikh Abu Al-Abas Al-Mursi. Beliau adalah anak murid kepada Syeikh Abu Hasan. Kerap bertemu dengan Rasullah S.A.W.
3- Syeikh Abu Al-Ainain Sayyidi Ibrahim Ad-Dusuqi. Hidup sekitar 633H-672H.Mendapat gelaran sebagai Syaikhul Islam. Untuk mengetahui kisah hidup dan karamah beliau boleh merujuk kepada kitab Lisanu al-Ta'rif Bi Syarh Wali as-Syarif karangan Syeikh Jalaluddin Al-Karki.

Sambung pada siri seterusnya...

Tuesday, July 13, 2010

Kehidupan Sayyidi Ahmad Badawi Siri 1

Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar semua ? Kheir mudah-mudahan. Rupa-rupanya sudah hampir 4 tahun saya berada di bumi Mesir ataupun spesifiknya di bumi Badawi. Namun, sejauh mana saya memahami akan sejarah hidup ulama' agung yang pernah hidup di bumi bertuah ini. Entah mengapa, tiba-tibateringin rasanya untuk mengetahui kisah hidupnya secara mendalam. Sebenarnya saya baru sahaja pulang dari Maktabah Qurbah( kedai buku ) di Jalan Saied. Di sana saya menemui dua buah buku yang mungkin banyak dapat membantu untuk mendalami sejarah Sayyidi Ahmad Badawi.
Buku yang pertama, Haqiqatu al-Quthbi al-Nabawi as-Sayyidu Ahmadu al-Badawi dan yang kedua, Aqthobu at-Tasawwuf. Insya Allah, akan saya kongsikan bersama kalian semua berkaitan sejarah ahli sufi yang mulia ini. Lebih-lebih lagi buat mahasiswa Malaysia yang berada di Tanta. Mungkin saya akan ceritakan secara bersiri dan agak ringkas supaya mudah difahami dan tidak bosan untuk membaca. Mudah-mudahan dapat menambahkan perasaan cinta dan kasih kita kepada kekasih-kekasih Allah lantas cuba untuk mengikuti jejak langkah mereka. Amin ya Rabb!!

Tarikh kelahiran : 596 H ( kata sepakat daripada pengkaji sejarah)
- Anak muridnya : Syeikh Ahmad Hijab mengatakan bahawa beliau meninggal dunia pada malam Rabu hari terakhir daripada bulan Zulhijjah.
- Kelahirannya selepas kejatuhan Kerajaan Fathimiah dan pembentukan kerajaan Ayyubiah di bawah kuasa pemerintahan Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 567 H ( sekitar 29 tahun )

Keturunan : Bani Bara, salah satu qabilah Arab di Syam
Tempat kelahiran : Kota Fas, Maghribi( sekarang dikenali sebagai Morocco )


Peta kota Fas

Bandar Fas terdiri daripada 2 bandar :
1) Persisiran Qurawi ( tempat kelahiran Sayyidi Ahmad Badawi )
2) Persisiran Andalus

Kedua-dua bandar ini berada di kawasan kaki gunung.
Bandar Fas juga terkenal sebagai gedung ilmu pengetahuan.Ia juga menjadi salah satu pusat penyebaran dakwah Islam pada masa itu sehingga mampu mempengaruhi negara-negara Afrika Tengah.


Bersambung di lain waktu...

Monday, July 12, 2010

Isu Panas Yang Cuba Disejukkan

Teringat saya atas apa yang berlaku kira-kira sebulan sebelum periksa. Saya telah difitnah menyalahguna kuasa Kedutaan Malaysia. Lebih menyedihkan lagi, insan yang bertanggungjawab terhadap isu ini adalah seorang yang berstatus pegawai.Ya, Pegawai Atase Pendidikan di Mesir. Sepatutnya, beliau membantu untuk memudahkan urusan pelajar dan bukannya menyusahkan. Adakah saya bukan rakyat Malaysia sehingga dilakukan sedemikian.
Kita telah sedia maklum, setiap wakil kedutaan yang datang ke Muhafazah perlulah memaklumkan kepada Pihak Keselamatan Mesir melalui Pengerusi. Wakil pihak keselamatan yang bertugas sendiri mengatakan bahawa kehadiran mana-mana wakil kedutaan perlu dimaklumkan. Bukannya sukar, hanya memaklumkan kepada kami dan memberikan maklumat yang dikehendaki oleh pihak keselamatan Mesir. Itu sahaja.
Mungkin saya boleh memaafkan jika beliau tidak memaklumkan kepada pihak kami tentang kehadirannya di sini memandangkan beliau adalah pegawai yang baru di Mesir. Namun yang saya tidak boleh terima, dakwaan yang dilemparkan oleh beliau terhadap saya.

Waktu itu, hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya. Bayangkanlah, isu yang sekecil ini cuba dipanjangkan oleh beliau untuk di bawa ke dalam parlimen. Sedangkan banyak lagi isu umat yang lebih besar dan berautoriti untuk dibincangkan di dalam parlimen.Sungguh pelik. Adakah kerana saya orang kuat PMRAM? Sudah kering air liur rasanya dalam menjelaskan status PMRAM di bumi Mesir. PMRAM berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Dalam Negeri dan berhak untuk beroperasi di sini di bawah pantauan pihak tersebut.

Saya sungguh menyesali akan tindakan yang dilakukan oleh beliau. Lebih saya sesali, apabila saya menghubungi beliau untuk menafikan dakwaan tersebut yang katanya bahawa maklumat yang mengatakan bahawa saya mengaku sebagai wakil kedutaan diterima oleh Puan Salwa daripada wakil Keselamatan Mesir sendiri. Apabila saya bertanya kepada wakil pihak keselamatan samada benar atau tidak perkara tersebut, wakil Keselamatan Mesir menafikannya dan ingin bercakap dengan Puan Salwa untuk menafikan perkara tersebut. Tetapi pegawai tersebut enggan memberikan peluang untuk bercakap dengan Puan Salwa. Mengapa?

Keputusan Control & Dr.Ismail...

Assalamualaikum w.b.t, apa khabar semua? Mudah-mudahan sihat dan berada di dalam rahmat Allah. Semalam, usai membantu saudara Tengku Ahmad Safwan yang menghadapi masalah berkaitan iqamah( visa ) di pejabat Amnu Daulah, saya terus bergegas ke kuliah Syariah di Syberbay untuk melihat kepututsan control yang dikhabarkan telah pun keluar. Namun, rupa-rupanya keputusan tersebut masih lagi berada di dalam peringkat tashih( semakan ). Saya memerhatikan bilik control Tahun 4 Syariah dari sudut yang agak jauh. Kelihatan Dr.Amir( Pensyarah kuliah Syari'ah Islamiyah ) sedang tekun menyemak semula markah-markah pelajar bersama beberapa pemeriksa yang lain. Nampaknya hasrat untuk melihat keputusan control pada hari initerpaksa dibatalkan. Tidak lama kemudian, saya ternampak Dr.Ismail baru selesai solat(sempat berguru dengan beliau untuk membaca Kitab Riadus Salihin pada musim panas tahun lepas). Dia mengangkat tangan dan melambai-lambai dari jauh. Saya menyambut lambaian tersebut. Dari jarak yang agak jauh itu, dia bertanya kepada saya apa yang sedang aku nantikan di situ. Saya menunjuk ke arah bilik control. Dr.Ismail mengangguk menandakan beliau memahami akan isyarat saya itu dan apa yang saya nantikan. Lebih-lebih lagi tahun lepas beliau juga yang telah membantu saya untuk melihat keputusan peperiksaan. Beliau kelihatan agak sibuk pada waktu itu dan terus bergegas ke tempat lain.
Sewaktu menunggu bas untuk pulang ke rumah, saya terserempak dengan Dr.Ismail buat kali kedua. Kebetulan kami menaiki bas yang sama. Dalam perjalan yang agak pendek itu, kami sempat berbual mesra. Dr. Ismail memberitahu bahawa natijah masih lagi dalam peroses pentashihan. Selepas itu,beliau meminta nombor angka giliran beserta nama penuh dan mengatakan bahawa jika keputusan telah keluar beliau akan menghubungi saya. Sebenarnya saya agak segan dan silu untuk memberikan maklumat tersebut, lebih-lebih kepada guruku yang mulia itu...Malu jika dia melihat keputusan saya nanti.

Saturday, July 10, 2010

SELAMAT HARI LAHIR UMMI ( 11/7/1965 )


Kesempatan ini anakanda ingin mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' buat ummi tersayang. Semoga Allah panjangkan usia, murahkan rezeki dan tambahkan berkat dalam mengharungi kehidupan. Love u so much!