Monday, July 12, 2010

Isu Panas Yang Cuba Disejukkan

Teringat saya atas apa yang berlaku kira-kira sebulan sebelum periksa. Saya telah difitnah menyalahguna kuasa Kedutaan Malaysia. Lebih menyedihkan lagi, insan yang bertanggungjawab terhadap isu ini adalah seorang yang berstatus pegawai.Ya, Pegawai Atase Pendidikan di Mesir. Sepatutnya, beliau membantu untuk memudahkan urusan pelajar dan bukannya menyusahkan. Adakah saya bukan rakyat Malaysia sehingga dilakukan sedemikian.
Kita telah sedia maklum, setiap wakil kedutaan yang datang ke Muhafazah perlulah memaklumkan kepada Pihak Keselamatan Mesir melalui Pengerusi. Wakil pihak keselamatan yang bertugas sendiri mengatakan bahawa kehadiran mana-mana wakil kedutaan perlu dimaklumkan. Bukannya sukar, hanya memaklumkan kepada kami dan memberikan maklumat yang dikehendaki oleh pihak keselamatan Mesir. Itu sahaja.
Mungkin saya boleh memaafkan jika beliau tidak memaklumkan kepada pihak kami tentang kehadirannya di sini memandangkan beliau adalah pegawai yang baru di Mesir. Namun yang saya tidak boleh terima, dakwaan yang dilemparkan oleh beliau terhadap saya.

Waktu itu, hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya. Bayangkanlah, isu yang sekecil ini cuba dipanjangkan oleh beliau untuk di bawa ke dalam parlimen. Sedangkan banyak lagi isu umat yang lebih besar dan berautoriti untuk dibincangkan di dalam parlimen.Sungguh pelik. Adakah kerana saya orang kuat PMRAM? Sudah kering air liur rasanya dalam menjelaskan status PMRAM di bumi Mesir. PMRAM berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Dalam Negeri dan berhak untuk beroperasi di sini di bawah pantauan pihak tersebut.

Saya sungguh menyesali akan tindakan yang dilakukan oleh beliau. Lebih saya sesali, apabila saya menghubungi beliau untuk menafikan dakwaan tersebut yang katanya bahawa maklumat yang mengatakan bahawa saya mengaku sebagai wakil kedutaan diterima oleh Puan Salwa daripada wakil Keselamatan Mesir sendiri. Apabila saya bertanya kepada wakil pihak keselamatan samada benar atau tidak perkara tersebut, wakil Keselamatan Mesir menafikannya dan ingin bercakap dengan Puan Salwa untuk menafikan perkara tersebut. Tetapi pegawai tersebut enggan memberikan peluang untuk bercakap dengan Puan Salwa. Mengapa?

1 comments:

Fakir Ilallah said...

sahabatku..beginilah dugaan org yg memperjuangkan kebenaran...org yg punya kuasa yg xseberapa pula cuba menindas pihak yg lemah..atas dunia je bole wat cmni..akhirat kamu xterlepas wahai manusia..