Wednesday, July 14, 2010

Kehidupan Sayyidi Ahmad Badawi Siri 2

Menjadi antara perkara yang agak penting untuk kita mengetahui siapa yang hidup sezaman dengan Sayyidi Ahmad Badawi. Antara tujuannya, seperti yang disebutkan di dalam buku rujukan saya adalah kerana individu penting yang hidup pada satu-satu zaman akan memberikan kesan terhadap pembentukan bi'ah ( suasana ) sesebuah tempat.
Di sini, akan dinyatakan 3 kelompok yang hidup pada zaman beliau.

*Kelompok pemimpin
Sayyidi Badawi sempat hidup di bawah tampok kepimpinan 6 generasi Khalifah Bani Abbas ( 575 H-701 H )

*Kelompok ulama' Fuqaha' :
1- Sultan Al-Ulama' Izzuddin Bin Abdul Salam (Pakar Ilmu Feqh, Usul Fiqh, Ulama Tafsir, Hadith & Tasauf ) Meninggal pada tahun 660H.
2- Al-Imam Qadhi Al-Qhudhah Tajuddin Abdul Wahhab Bin Khalf. ( Bermazhab Syafi'e )
Meninggal pada 665H.
3- Al-Imam Al-Hafidz Al-Kabir Syaikhul Islam Zakiuddin Amdul Azim Al-Mundziri. ( Pengarang kitab Tarhib & Targhib)Hidup sekitar tahun 581H-656H.
4- Al-Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya Bin Syarfun Nawawi @ Imam Nawawi ( Pakar Mazhab Syafi'e, antara ulama' besar yang masyhur, banyak mengarang kitab Hadith, Feqh dan Tasauf ). Antara hasil karya beliau ialah kitab Riadus Salihin, al-Majmuk, al-Raudhah, al-Minhaj dan banyak lagi. Hidup sekitar 631H-676H.
5- Ibnu Daqiq Al-Aid. Hidup sekitar tahun 625H-795H. Antara beliau dan Sayyidi Ahmad Badawi mempunyai kisah yang tersendiri dan agak menarik untuk dikongsi bersama. Saya akan sebutkannya pada siri yang lain, Insya Allah.
6- Ramai lagi...

*Kelompok ulama' Tasauf
1- Syeikh Abu Hasan As-Syazuli. Meninggal pada tahun 656H.
2- Syeikh Abu Al-Abas Al-Mursi. Beliau adalah anak murid kepada Syeikh Abu Hasan. Kerap bertemu dengan Rasullah S.A.W.
3- Syeikh Abu Al-Ainain Sayyidi Ibrahim Ad-Dusuqi. Hidup sekitar 633H-672H.Mendapat gelaran sebagai Syaikhul Islam. Untuk mengetahui kisah hidup dan karamah beliau boleh merujuk kepada kitab Lisanu al-Ta'rif Bi Syarh Wali as-Syarif karangan Syeikh Jalaluddin Al-Karki.

Sambung pada siri seterusnya...

0 comments: