Tuesday, July 13, 2010

Kehidupan Sayyidi Ahmad Badawi Siri 1

Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar semua ? Kheir mudah-mudahan. Rupa-rupanya sudah hampir 4 tahun saya berada di bumi Mesir ataupun spesifiknya di bumi Badawi. Namun, sejauh mana saya memahami akan sejarah hidup ulama' agung yang pernah hidup di bumi bertuah ini. Entah mengapa, tiba-tibateringin rasanya untuk mengetahui kisah hidupnya secara mendalam. Sebenarnya saya baru sahaja pulang dari Maktabah Qurbah( kedai buku ) di Jalan Saied. Di sana saya menemui dua buah buku yang mungkin banyak dapat membantu untuk mendalami sejarah Sayyidi Ahmad Badawi.
Buku yang pertama, Haqiqatu al-Quthbi al-Nabawi as-Sayyidu Ahmadu al-Badawi dan yang kedua, Aqthobu at-Tasawwuf. Insya Allah, akan saya kongsikan bersama kalian semua berkaitan sejarah ahli sufi yang mulia ini. Lebih-lebih lagi buat mahasiswa Malaysia yang berada di Tanta. Mungkin saya akan ceritakan secara bersiri dan agak ringkas supaya mudah difahami dan tidak bosan untuk membaca. Mudah-mudahan dapat menambahkan perasaan cinta dan kasih kita kepada kekasih-kekasih Allah lantas cuba untuk mengikuti jejak langkah mereka. Amin ya Rabb!!

Tarikh kelahiran : 596 H ( kata sepakat daripada pengkaji sejarah)
- Anak muridnya : Syeikh Ahmad Hijab mengatakan bahawa beliau meninggal dunia pada malam Rabu hari terakhir daripada bulan Zulhijjah.
- Kelahirannya selepas kejatuhan Kerajaan Fathimiah dan pembentukan kerajaan Ayyubiah di bawah kuasa pemerintahan Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 567 H ( sekitar 29 tahun )

Keturunan : Bani Bara, salah satu qabilah Arab di Syam
Tempat kelahiran : Kota Fas, Maghribi( sekarang dikenali sebagai Morocco )


Peta kota Fas

Bandar Fas terdiri daripada 2 bandar :
1) Persisiran Qurawi ( tempat kelahiran Sayyidi Ahmad Badawi )
2) Persisiran Andalus

Kedua-dua bandar ini berada di kawasan kaki gunung.
Bandar Fas juga terkenal sebagai gedung ilmu pengetahuan.Ia juga menjadi salah satu pusat penyebaran dakwah Islam pada masa itu sehingga mampu mempengaruhi negara-negara Afrika Tengah.


Bersambung di lain waktu...

0 comments: