Monday, October 18, 2010

Kenyataan Rasmi Pengerusi DPMT Sama Tarikh Dengan Surat Penubuhan AC Satu Persoalan

Assalamualaikum w.b.t, apa khabar semua ? Sihat mudah-mudahan. Baru-baru ini, wakil agen Medic Mesir telah mengeluarkan kenyataan bagi menjawab isu yang telah disebut oleh Pengerusi DPMT. Saya melihat ummi tidak awas dalam mengeluarkan kenyataan. Sahabat-sahabat sekalian, jika kita lihat pada kenyataan tersebut, http://tantamedicmesir.blogspot.com/2010/10/penjelasan-academic-center-mmtanta.html jelas tidak menjawab isu yang diperkatakan oleh Pengerusi DPMT. Mengapa saya berkata sedemikian? Baik, cuba teliti surat dikeluarkan oleh pihak JPMK. Surat tersebut telah pun dikeluarkan pada tarikh 10/10/2010. Sama tarikhnya dengan tarikh Pengerusi DPMT mengeluarkan kenyataan. Sila lihat ini http://edpmt.org/v03/modules.php?name=News&file=article&sid=353&mode=&order=0&thold=0 .

Dalam kenyataan tersebut, Pengerusi DPMT, Us.Sulaiman Bin Ismail telah menyatakan bahawa beliau telah berkali-kali membatalkan pertemuan dengan pihak keselamatan Mesir kerana wakil agen tersebut tidak hadir apabila diminta berbuat demikian. Kenyataan ini menunjukkan bahawa Us.Sulaiman telah meminta pihak agen tersebut bertemu muka untuk berbincang masalah berkaitan penubuhan AC tersebut beberapa hari sebelum kenyataan daripada beliau dan juga wakil agen Medic Mesir iaitu 10/10/2010. Saya yakin, Us.Sulaiman telah mengeluarkan kenyataan rasmi tersebut setelah menghubungi wakil agen tersebut BEBERAPA KALI sebelum 10/10/2010, tetapi TIDAK JALAN.

Berkaitan surat yang dikeluarkan oleh pihak JPMK, saya merasakan bahawa wakil agen tersebut berada di dalam keadaan terdesak dan terpaksa mencari surat sokongan bagi memastikan usahanya untuk menubuhkan AC tersebut benar-benar mendapat sokongan. Selang beberapa hari berikutnya, pihak JPMK telah mengeluarkan satu lagi surat yang bertarikh 13/10/2010. Bukti surat tersebut dibuat dalam keadaan tergopoh-gapah dan terdesak adalah kerana terdapat beberapa kesalahan ejaan yang TIDAK WAJAR berlaku di dalam surat yang begitu penting seperti ini. Terdapat dua kesalahan ejaan. Pertama , Academic menjadi Adademic dan yang kedua Amnu Daulah menjadi Amir Daulah. Saya yakin surat ini dikeluarkan dalam keadaan tergesa-gesa. Ada beberapa persoalan yang ingin saya timbulkan. Mengapa dalam keadaan terdesak seperti ini baru hendak mencari surat tersebut? Mengapa sebelum ini pihak DPMT menghubungi wakil agen tersebut tidak memberikan respon ? Adakah wakil agen tersebut menganggap bahawa isu keselamatan ini isu remeh dan pada masa yang sama mewar-warkan kepada pelajar agen Medic Mesir bahawa begitu CAKNA dengan keselamatan pelajar ?

Mudah-mudahan pelajar-pelajar agen Medic Mesir dapat mengetahu keadaan yang sebenarnya dan tidak mudah mempercayai apa yang dilakukan oleh wakil agen tersebut tanpa mendengar suara-suara daripada pihak lain.

0 comments: